Thursday, January 19, 2017

Pembangunan Yang Membunuh





Assalamualaikum wrt.

Pasti kita kerap melihat projek-projek pembinaan di sekeliling kita. Ada projek yang dilakukan berhampiran sekolah, taman perumahan dan jalan-jalan utama yang dilalui orang ramai.

Kren-kren bergerak, kren menara dan beberapa struktur binaan kadang-kala diletakkan begitu hampir dengan kawasan lalulintas orang awam.




Sedarkah kita akan bahaya yang mampu disebabkan oleh projek pembinaan ini?

Ya, pasti kita banyak mendengar berkenaan kes kren tumbang, binaan runtuh, barangan terjatuh dari tempat yang tinggi dan lain-lain kes yang membabitkan tapak binaan ini.

Kes-kes tersebut bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, bahkan ia juga menyebabakan KEMATIAN dan KECEDERAAN SERIUS kepada mangsa.




CUBA KITA BAYANGKAN JIKA KEJADIAN TERSEBUT BERLAKU KEPADA DIRI KITA, AHLI KELUARGA KITA ATAU KENALAN KITA, ADAKAH KITA AKAN BERDIAM DIRI?

Jika berlaku kes-kes kemalangan seperti ini, pasti semua pihak akan menuding jari kepada KONTRAKTOR dan PIHAK BERKUASA.

Ya, mengikut SESYEN 17, AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan bukan sahaja kepada pekerjanya malah mereka juga bertanggungjawab melindungi orang lain di persekitaran tempat kerja mereka dari sebarang bahaya yang berpunca dari proses kerja mereka.

Pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu memastikan perkara ini dpatuhi oleh para kontraktor binaan.

Kerap menuding jari, apakah TANGGUNGJAWAB KITA?

Adalah menjadi keperluan bagi kita sebagai orang awam untuk melaporkan sebarang keadaan bahaya yang mungkin mendatangkan kecederaan atau kematian kepada pihak berkuasa seperti JKKP.

Pesanan buat syarikat kontraktor

Pembangunan yang diusahakan oleh pihak anda amatalah kami hargai, tetapi ia bukanlah menjadi lesen kepada anda untuk membahayakan keselamatan dan kesihatan orang di sekeliling.

Ambil pengajaran dari kes-kes yang berlaku sebelum ini. Semoga ianya tidak menimpa ahli keluarga anda sendiri.

Sayangi orang lain sebagaimana anda menyayangi diri sendiri dan ahlli keluarga anda sendiri!

Kesimpulan

Kita sebagai warganegara yang prihatin perlu berganding bahu dalam memastikan keselamatan dan kesihatan persekitaran kita berada di dalam keadaan yang optimum dan terkawal. Tindakan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang mampu meragut nyawa ini.

p/s: aku belum menyentuh aspek kesihatan berkaitan isu ini kerana ianya teramat asing di kalangan sebahagian dari kita.

Wallahua’lam.

0 maklum balas:

Post a Comment