Saturday, January 21, 2017

Panduan Kerjaya



Assalamu'alaikum wrt. dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkan untuk menulis topik khusus untuk kali ini.


Di zaman ekonomi yang tidak menentu ini, pencarian kerja merupakas satu topik hangat yang menjadi igauan bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kiralah korang adalah seorang garaduan universiti, lepasan sekolah atau telahpun bergelar profeisional.

"Bagaimana untuk mencari pekerjaan?"

"Apa persediaan yang perlu dilakukan untuk medapatkan kerja?"

"Apakah cara menyediakan resume terbaik?

"Bagaimana hendak menghadapi temuduga?"


Sebenarnya terdapat banyak cara untuk korang dapatkan jawapan bagi soalan-soalan di atas.

Sama ada ianya mahal atau murah.

Sukar diikuti atau mudah.

Nak sertai seminar yang tentunya berkos tinggi atau hanya nak baca ebook panduan yang insyaAllah kosnya akan lebih murah?

Segala pilihan di atas adalah tertakluk kepada kehendak dan komitmen masing-masing


BAGAIMANA UNTUK MENCARI PEKERJAAN?

Ok, untuk soalan ini aku rasa korang boleh buat dengan pelbagai cara:

1. Pergi dari satu premis ke premis yang lain.

Walaupun cara ni nampak memenatkan tapi ada sesetengah majikan yang suka anda gunakan cara ini sebab ia menunjukkan komitmen anda yang tinggi terhadap sesuatu pekerjaan.

Tapi hasil kajian aku dan team, kebiasaannya cara ini hanya terpakai untuk syarikat-syarikat yang kecil.


2. Baca iklan pekerjaan di ruangan iklan akhbar dan majalah.

Sambil korang belek-belek majalah dan surat khabar tu, adalah lebih elok kalau korang dapat fokus pada ruangan KERJA KOSONG di situ.


3. Buat carian di laman sesawang.

Lawan web popular yang menjadi pilihan ramai semestinya;

- JOBSTREET-

-JOBSMALAYSIA-

-SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM-


BAGAIMANA MEMBUAT PERSEDIAN UNTUK MENCARI KERJA?

Ok. Langkah asas untuk persediaan sebelum mencari kerja ni adalah korang kena tahu bagaimana untuk sediakan resume yang baik dan cara menjawab temuduga yang baik dan meyakinkan.


1. Penyediaan Resume

Ok, ada 2 cara yang korang boleh gunakan di sini.

Pertama, korang boleh upah je orang untuk buat resume tu. Kalau tak silap aku kos dia lebih kurang RM 10 - RM 50 je..


Kedua, buat resume korang sendiri. Tapi korang kena selidik cara bagaimana untuk menghasilkan resume yang baik. Korang boleh buat carian online ataupun beli ebook terpilih.

Contoh resume yang aku pernah buat adalah seperti di bawah;



untuk ebook berkenaan penulisan resume ni, aku nak recommend korang untuk dapat ebook di bawah ni. SEMOGA BERMANFAAT!

KLIK GAMBAR UNTUK KETERANGAN LANJUT


2. Persediaan Temuduga

Ok persediaan ni, cara paling murah tetapi bersiko adalah korang pergi je temuduga tanpa ILMU, dan kalau gagal belajar dari PENGALAMAN.

Kenapa aku cakap cara ni sangat berisiko dan kadang-kadang merugikan?

Sebab cuba korang bayangkan jika pekerjaan yang korang minta tu memang bidang yang korang minat, atau sebenarnya requirement dia tak banyak pun (Kalau korang persediaan sket insyaAllah boleh dapat punyer..), adalah menjadi satu kerugian besar kepada korang  jika mengabaikan peluang tersebut.

Berlatih pengucapan awam dan baca ebook yang aku cadangkan di bawah. InsyaAllah yang lain serah pada Allah.

KLIK GAMBAR UNTUK KETERANGAN LANJUT


Tunggu, untuk yang nak pergi kerja kerajaan, ebook di bawah ni insyaAllah berguna untuk korang..

KLIK GAMBAR UNTUK KETERANGAN LANJUT


Kesimpulan

Dari apa yang tercatit di atas, apa yang ingin aku tekankan adalah berkenaan persiapan kita dalam mencari pekerjaan di zaman yang sangat mendesak ini.

Panduan di atas juga ditujukan kepada aku kerana aku pun tak pasti tentang nasib aku pada masa akan datang.


p/s: insyaAllah aku akan buat review dan cadangAn lain untuk ebook dan cadangan bacaan lain untuk panduan bersama selepas ini.

Wallahua'lam.


Friday, January 20, 2017

Kemelesetan Ekonomi Bencana Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja


Assalamu’alaikum wrt.


Kemelesetan Ekonomi

Seperti yang diketahui dan dirasai umum, cabaran ekonomi masa kini telah mengheret pelbagai masalah di dalam masyarakat. Masalah yang diburukkan lagi dengan kebobrokkan pemimpin-pemimpin negara dalam mengurus tadbir negara ini menjadikan ianya seakan episod malang yang tiada kesudahannya.

Isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja juga tidak terkecuali dari terkena tempias isu yang melemaskan ini.

Namun begitu, tidak ramai yang terfikir berkenaan impak sebenar isu kemerosotan aspek keselamatan, kesihatan, dan kebajikan di kalangan pekerja dek kerana masalah eknomi ini.




Pekerja

Apabila menyebut tentang perkataan ‘pekerja’, ia sebenarnya merujuk kepada diri sendiri, ahli keluarga, kenalan atau sesiapa juga yang berkhidmat di dalam mana-mana sektor pekerjaan.

Oleh itu, jangan kita mengasingkan diri apabila disebutkan isu berkaitan pekerja ini.


Keadaan yang Sedia Parah

Pada hakikatnya, walaupun aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara kita telah banyak menunjukkan peningkatan berbanding dahulu, ianya masih di takuk yang agak rendah berbanding negara-negara maju yang lain.

Berdasarkan tahap sedia ada, ianya tidak dapat menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di negara ini secara menyeluruh, dan ditambah pula dengan cabaran ekonomi yang semakin memburuk ini, pasti ianya akan menjunamkan lagi tahap penjagaan keselamatan dan kesihatan  pekerjaan di negara ini ke dasar yang lebih dalam kelak.



Dilema Pekerja

Tiada seorang pun dari kita yang berimpian untuk mendapat kemalangan atau penyakit disebabkan pekerjaan yang kita lakukan. Pasti niat utama kita ketika keluar bekerja adalah untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengisi perut keluarga masing-masing selain berkhidmat untuk masyarakat.

Dengan situasai ekonomi yang mendesak ini, pekerja dipaksa untuk bekerja di dalam persekitaran yang tidak selamat dan sihat secara tidak langsung. Bahkan aspek kebajikan juga pasti akan terabai disebabkan isu ini.

Pekerja terdedah kepada bahaya-bahaya pekerjaan seperti;

  •          Keletihan dan tekanan akibat kerja lebih masa yang disebabkan oleh pengecilan bilangan pekerja di tempat kerja;
  •             Kehilangan fokus dan motivasi untuk bekerja akibat pemotongan gaji dan elaun;
  •         Risiko kecederaan disebabkan jentera yang tidak diselenggari dengan baik;

4.       Dan lain-lain lagi bahaya yang mungkin berlaku akibat kekurangan peruntukan bagi menjaga aspek keselamatan, kesiahtan dan kebajikan pekerja ini.

Namun begitu, pekerja tidak dapat membuat apa-apa tindakan berkenaan perkara ini kerana bagi mereka, lebih baik bekerja di dalam keadaan yang berbahaya daripada kehilangan mata pencarian.


Kitaran Malang yang Tidak Terhenti

Dengan kelonggaran aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja, ianya pasti akan mewujudkan kesan berantai yang lain seperti;
  •       Peningkatan kes kemalangan dan penyakit pekerjaan
  •         Peningkatan tuntutan sama ada melalui PERKESO atau Ex-Gratia bagi kakitangan.
  •         Penurunan produktiviti.

Yang akhirnya akan menatijahkan kesan jangka panjang yang mungkin akan meruntuhkan negara ini.


Penyediaan Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang Murah dan Berkualiti

Pihak-pihak berwajib berkaitan isu ini bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan pihak industri mematuhi setiap perundangan yang ada, bahkan menjadi kewajiban bagi mereka untuk membantu industry dalam menyediakan prasarana yang mencukupi bagi menjaga aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja yang bersifat kos efektif dan berkualiti.

NIOSH, JKKP, CIDB, PERKESO, Jabatan Tenaga Manusia dan agensi-aganesi lain yang berkaitan perlu duduk semeja dan memeras segala idea yang ada bagi menjayakan usaha ini.


Kesimpulan


Isu ini bukanlah isu picisan yang boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak kerana ianya pasti akan mengakibatkan kesan negatif  jangka panjang yang akan membarah di negara ini.

Thursday, January 19, 2017

Pembangunan Yang Membunuh

Assalamualaikum wrt.

Pasti kita kerap melihat projek-projek pembinaan di sekeliling kita. Ada projek yang dilakukan berhampiran sekolah, taman perumahan dan jalan-jalan utama yang dilalui orang ramai.

Kren-kren bergerak, kren menara dan beberapa struktur binaan kadang-kala diletakkan begitu hampir dengan kawasan lalulintas orang awam.




Sedarkah kita akan bahaya yang mampu disebabkan oleh projek pembinaan ini?

Ya, pasti kita banyak mendengar berkenaan kes kren tumbang, binaan runtuh, barangan terjatuh dari tempat yang tinggi dan lain-lain kes yang membabitkan tapak binaan ini.

Kes-kes tersebut bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, bahkan ia juga menyebabakan KEMATIAN dan KECEDERAAN SERIUS kepada mangsa.




CUBA KITA BAYANGKAN JIKA KEJADIAN TERSEBUT BERLAKU KEPADA DIRI KITA, AHLI KELUARGA KITA ATAU KENALAN KITA, ADAKAH KITA AKAN BERDIAM DIRI?

Jika berlaku kes-kes kemalangan seperti ini, pasti semua pihak akan menuding jari kepada KONTRAKTOR dan PIHAK BERKUASA.

Ya, mengikut SESYEN 17, AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan bukan sahaja kepada pekerjanya malah mereka juga bertanggungjawab melindungi orang lain di persekitaran tempat kerja mereka dari sebarang bahaya yang berpunca dari proses kerja mereka.

Pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu memastikan perkara ini dpatuhi oleh para kontraktor binaan.

Kerap menuding jari, apakah TANGGUNGJAWAB KITA?

Adalah menjadi keperluan bagi kita sebagai orang awam untuk melaporkan sebarang keadaan bahaya yang mungkin mendatangkan kecederaan atau kematian kepada pihak berkuasa seperti JKKP.

Pesanan buat syarikat kontraktor

Pembangunan yang diusahakan oleh pihak anda amatalah kami hargai, tetapi ia bukanlah menjadi lesen kepada anda untuk membahayakan keselamatan dan kesihatan orang di sekeliling.

Ambil pengajaran dari kes-kes yang berlaku sebelum ini. Semoga ianya tidak menimpa ahli keluarga anda sendiri.

Sayangi orang lain sebagaimana anda menyayangi diri sendiri dan ahlli keluarga anda sendiri!

Kesimpulan

Kita sebagai warganegara yang prihatin perlu berganding bahu dalam memastikan keselamatan dan kesihatan persekitaran kita berada di dalam keadaan yang optimum dan terkawal. Tindakan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang mampu meragut nyawa ini.

p/s: aku belum menyentuh aspek kesihatan berkaitan isu ini kerana ianya teramat asing di kalangan sebahagian dari kita.

Wallahua’lam.

New Chapter

Sumber gambar: https://motherswithcancer.files.wordpress.com/2013/02/the-next-chapter-1-470x264.jpg


Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dari dunia blog ini, insyaAllah blog ini akan dihidupkan semula untuk mencoret sedikit sebanyak dari pengalaman, kenangan dan pemikiran aku.

Semoga terus istiqomah!!