Tuesday, September 4, 2012

Dunia Baru, Rentaknya Tetap Sama..

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, hampir 2 bulan berada dalam dunia baru.. Dunia pekerjaan yang sangat mendebarkan dari hari ke hari.. setiap hari akan tertanya-tanya.. what's going to happen today?.. Dunia pekerjaan yang mengajar erti khauf wa raja'... dan dunia baru yang sedang diusahakan untuk mengubahnya menjadi suatu gubahan indah yang tidak akan dikesali apabila melaluinya..

Alhamdulillah.. dalam masa 2 bulan ini juga, beberapa buku sudah habis dibaca dan ada juga yang sedang diusahakan untuk menghabiskannya insyaAllah..



sebuah buku untuk beginner dalam self financial planning macam aku..



Buku yang membuka mata dan minda dalam persediaan ke arah sebuah perkahwinan..



Sebuah buku yang dekat dengan hati dan realiti..


Sedang berusaha untuk memahami..

dan terdapat beberapa buku lagi yang cuba untuk dihabiskan dan insyaAllah akan dikongsikan pada masa akan datang..





Jutaan penghargaan buat along, mak ayah dan mereka yang terlibat dalam proses ini... semoga urusan yang berikutnya akan dipermudahkan dan diberkati..



Alhamdulillah.. berpeluang berbincang mengenai perkahwinan dan isu kekeluargaan dengan sahabat-sahabat housemen yang lain.. secara kesimpulannya dapat aku fahami bahawa berada dalam lingkungan yang baik dan cakna mengenai isu kekeluargaan akan menjadikan anda seorang insan yang memikirkan tentang hal perkahwinan dan kekeluargaan ini dari sudut pandang sisi yang lebih matang dan islami..


wallahua'lam..