Wednesday, August 31, 2011

Selawat Quraniah

Selawat Quraniah






Selawat dan salam
buat junjungan yang diwahyukan al- Quran
serta ahli keluarga baginda
juga para sahabat pembawa al-Quran

Salam dan keredhaan Allah
buat mereka yang memuliakan al-Quran
dengan hati tulus lagi ikhlas
mencintai penggemar al-Quran

Bertuahlah bagi mereka yang mempelajari
kemudian pula mengajarkan al-Quran
berterusan sepanjang detik
dengan tartil menghayati al-Quran

Berjaya juga mereka yang berbicara
dengan Tuhannya melalui al-Quran
dosa pula bagi yang menjauhi
laknat al-Quran buat mereka.