Saturday, March 19, 2011

Rongga Hati







“Astaghfirullahal’azim,” hanya itu yang mampu terucap dari mulutnya ketika mengenangkan kelalaiannya dalam menjalankan amanah yang diberikan. Rentetan dari kesibukan menyelesaikan urusan-urusan akademik, keluarga dan jemaah, hampir 3 minggu Abdullah tidak bertemu adik-adik usrahnya. Rindu kepada mereka kian membara, lantas satu panggilan dibuat untuk mengaturkan pertemuan antara mereka.

……….

Alhamdulillah, pertemuan telah berjaya dirancang.
“insyaAllah rindu hatiku akan terubat pada esok hari,” getus hatinya.

………

Seperti yang dijanjikan, mereka bertemu pada keesokan harinya. Aiman, Syafiq dan Faiz; adik-adik usrahnya lengkap berpakaian kemas  dengan buku catatan dipegang erat di tangan mereka. Mereka hadir  dengan segunung harapan agar dapat menimba selautan kefahaman berkaitan agama Allah S.W.T yang tidak dapat digarap di dalam sistem pendidikan konvensional yang dilalui oleh mereka.

“Apa pula yang ingin dikongsikan oleh naqibku pada hari ni?” persoalan ini menerjah di benak fikiran mereka.

Setiap kali bertemu, Abdullah tidak lekang dari menyediakan idea-idea perbincangan yang membuka mata, hati dan pemikiran adik-adik usrahnya. Namun begitu, kesibukan yang melandanya sejak kebelakangan ini menyebabkan persiapan untuk melaksanakan usrah tidak dapat dilakukan dengan sempurna, oleh itu, dia berhasrat untuk hanya membawa tajuk yang tidak begitu membebankan pada pertemuan kali ini.

‘Qalbun’ menjadi tajuk perbincangan mereka pada kali ini. setelah memulakan pertemuan mereka dengan ummul furqan dan sedikit sebanyak bertukar-tukar khabar berkenaan iman , akademik dan kehidupan semasa, perbualan mereka diteruskan seperti yang ternukil di bawah ini;

Aiman : Abang, betulkah ada firman Allah S.W.T yang menyatakan bahawa tidak ada 2 hati  di dalam satu rongga dada diciptakan di dalam tubuh setiap manusia?

Abdullah : Benar, memang ada ayat tersebut. cuba Aiman ambil senaskhah Al-Quran dan terjemahannya di hujung almari sana (sambil menunjukkan jarinya kearah sebuah almari yang tidak jauh dari kedudukan mereka).  Buka Surah Al-Ahzab ayat 4 dan bacakan kepada kami semua.

Aiman:

“ Allah tidak sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya…” (Surah Al-Ahzab : 4)

Syafiq : Apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut?

Abdullah : Secara ringkasnya dapat difahami bahawa, jika seseorang  memiliki hati yang cenderung ke arah makhluk, dia tidak akan sesekali memiliki hati yang cenderung ke arah Allah, dan sebaliknya.  Begitu juga dengan mereka yang mempunyai hati yang penuh dengan cahaya kebenaran, kegelapan batil tidak akan sesekali menerjah ke dalam hatinya and vice versa. (rujuk Al-Anwar Al-Sabil Al-Aqwam Fi Syarh Al-Hikam : halaman 107)

Faiz : Ooo… Saya selalu juga mendengar berkenaan perkara tersebut dalam beberapa pengisian berkaitan tasawuf sebelum ini. Dan ada satu kemusykilan yang kerap kali bermain di fikiran saya. Katakanlah hati seseorang itu penuh dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T, pasti tidak akan ada ruang di dalam hatinya untuk mencintai ibubapa, isteri, anak-anak dan makhluk-makhluk yang lain. Adakah orang yang memenuhkan hatinya dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T, tidak mampu untuk memberikan cintanya kepada makhluk?

Syafiq : Ye lah. Kalau macam tu, macam mana dengan ‘hablum minan nas’ mereka? Adakah telah diketepikan begitu sahaja?

Abdullah : mm..abang jawab mengikut kadar pemahaman abang sahaja ye.. maaf kalau tak memuaskan hati adik-adik abang ni…

Perbincangan ini perlu dimulai dengan persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan cinta kepada Allah S.W.T?

Aiman : Cinta kepada Allah S.W.T menurut kefahaman saya adalah bagaimana kita mengutamakan Allah S.W.T dalam setiap perkara dalam kehidupan ini dan dimanifestasikan melalui ketaatan kepada segala perintah-Nya. Ini termasuklah menta’ati segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ia mungkin juga boleh diertikan sebagai menyukai apa yang disukai-Nya dan membenci apa yang dibenci-Nya.

Syafiq : Saya setuju dengan apa yang Aiman cakapkan tu..ngee…

Abdullah : Haha..ok2...betul apa yang disebutkan oleh Aiman tu…

Terdiam seketika..

Insan yang telah memenuhkan hatinya dengan kelazatan perasaan cinta kepada Allah S.W.T pasti akan berusaha untuk menunaikan segala suruhan dan larangan Allah S.W.T. Antara suruhan Allah S.W.T adalah untuk kita sebagai manusia menyintai dan menyayangi ibubapa, kaum keluarga, isteri, anak-anak dan saudara se-agama yang lain. Namun begitu, cinta mereka kepada makhluk ini tidak langsung menjejaskan kecintaan mereka kepada tuhan mereka.

Faiz : Maaf bang, boleh abang jelaskan dengan lebih lanjut?

Abdullah : Mereka mencintai makhluk kerana Allah S.W.T. Mungkin itu yang mampu abang ringkaskan tentang perkara ni. Mungkin gambar ini boleh menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan perkara ini.



Cinta kepada makhluk adalah subset bagi cinta kepada Allah S.W.T kerana ia adalah sebahagian tanda cinta kita kepada Allah S.W.T.

Faiz : oo..Adakah semua cinta kepada makhluk boleh manjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T?

Abdullah : Abang tak nak jawab soalan ni. Ada yang mahu mencuba?

Syafiq : Ok, saya cuba insyaAllah. Pada pendapat saya, tidak semua kecintaan kepada makhluk menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Hanya kecintaan yang berlandaskan prinsip syariat sahaja yang mampu menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Betul tak?

Abdullah dan Aiman : Betul 3x…

Abdullah : Alhamdulillah, semoga apa yang kita dapat hari ini dapat menjadi sedikit sebanyak panduan kepada kita dalam memacu kehidupan ke arah mardotillah insyaAllah. Ada apa-apa lagi yang hendak dibincangkan?

Aiman : Saya ada satu persoalan, ni just nak mintak pandangan abang sahaja. Boleh tak kita meletakkan rasa cinta kepada perempuan yang ajnabi? Cinta tu kan fitrah, kadang-kadang kita tidak dapat menghalangnya dari terbit di lubuk hati ni.

Abdullah : Yup, cinta memang suatu perkara yang fitrah. Namun begitu, ia adalah fitrah yang mampu DIKAWAL dengan izin-Nya. Perasaan cinta kepada wanita adalah suatu anugerah buat kita semua. Tetapi, ia perlu dihadkan mengikut batasan-batasannya. Janganlah kita meletakkan perasaan cinta yang terlalu mendalam kepada wanita ajnabi ini kerana kelak ia bakal memakan diri kita sendiri, Apatah lagi dengan tahap keimanan kita sekarang ini, ia lebih-lebih lagi akan membawa BENCANA yang besar kepada diri kita. Oleh itu, selagi mereka belum halal bagi kita, letakkan cinta kepada mereka sekadarnya, dan pastikan agar diri kita semua terlindung dari segala fitnah yang bakal menodai sekeping hati yang dipinjamkan Allah S.W.T ini. Ini sekadar pendapat dari abang. Wallahu’alam.


***************************************************

p/s: ada perkara lagi yang ingin disentuh di sini, tapi malaslah pulak nak tulis...
Ni kaedah pemahamam aku berkenaan perkara ni, mohon dibetulkan jika terdapat kesalahan.

0 maklum balas:

Post a Comment