Sunday, March 20, 2011

Aku Cuba Mencitaimu Tuhan


Aku Cuba Mencitaimu Tuhan

Album : 
Munsyid : Diwani
http://liriknasyid.com


aku cuba mencintaiMu tuhan
hati tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa apa juga
aku fikir-fikir nikmatMu... Lihat seterusnya..
aku kenang-kenangkan rahmatMu
agar nampak kemurahanMu


atas nama ilmu aku akur….
Namun aku belum jatuh hati juga denganMu
aku susah hati, aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedangkan aku tahuaku akui
nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung,tidak mungkin terhitung



Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensucikan dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka memujaMU merintih padaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi



mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibr mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! keras hatiku,keras hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah dan hidayahMu
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah



aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah
wahai tuhan ALHANNAN WAL MANNAN......

Saturday, March 19, 2011

Rongga Hati



“Astaghfirullahal’azim,” hanya itu yang mampu terucap dari mulutnya ketika mengenangkan kelalaiannya dalam menjalankan amanah yang diberikan. Rentetan dari kesibukan menyelesaikan urusan-urusan akademik, keluarga dan jemaah, hampir 3 minggu Abdullah tidak bertemu adik-adik usrahnya. Rindu kepada mereka kian membara, lantas satu panggilan dibuat untuk mengaturkan pertemuan antara mereka.

……….

Alhamdulillah, pertemuan telah berjaya dirancang.
“insyaAllah rindu hatiku akan terubat pada esok hari,” getus hatinya.

………

Seperti yang dijanjikan, mereka bertemu pada keesokan harinya. Aiman, Syafiq dan Faiz; adik-adik usrahnya lengkap berpakaian kemas  dengan buku catatan dipegang erat di tangan mereka. Mereka hadir  dengan segunung harapan agar dapat menimba selautan kefahaman berkaitan agama Allah S.W.T yang tidak dapat digarap di dalam sistem pendidikan konvensional yang dilalui oleh mereka.

“Apa pula yang ingin dikongsikan oleh naqibku pada hari ni?” persoalan ini menerjah di benak fikiran mereka.

Setiap kali bertemu, Abdullah tidak lekang dari menyediakan idea-idea perbincangan yang membuka mata, hati dan pemikiran adik-adik usrahnya. Namun begitu, kesibukan yang melandanya sejak kebelakangan ini menyebabkan persiapan untuk melaksanakan usrah tidak dapat dilakukan dengan sempurna, oleh itu, dia berhasrat untuk hanya membawa tajuk yang tidak begitu membebankan pada pertemuan kali ini.

‘Qalbun’ menjadi tajuk perbincangan mereka pada kali ini. setelah memulakan pertemuan mereka dengan ummul furqan dan sedikit sebanyak bertukar-tukar khabar berkenaan iman , akademik dan kehidupan semasa, perbualan mereka diteruskan seperti yang ternukil di bawah ini;

Aiman : Abang, betulkah ada firman Allah S.W.T yang menyatakan bahawa tidak ada 2 hati  di dalam satu rongga dada diciptakan di dalam tubuh setiap manusia?

Abdullah : Benar, memang ada ayat tersebut. cuba Aiman ambil senaskhah Al-Quran dan terjemahannya di hujung almari sana (sambil menunjukkan jarinya kearah sebuah almari yang tidak jauh dari kedudukan mereka).  Buka Surah Al-Ahzab ayat 4 dan bacakan kepada kami semua.

Aiman:

“ Allah tidak sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya…” (Surah Al-Ahzab : 4)

Syafiq : Apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut?

Abdullah : Secara ringkasnya dapat difahami bahawa, jika seseorang  memiliki hati yang cenderung ke arah makhluk, dia tidak akan sesekali memiliki hati yang cenderung ke arah Allah, dan sebaliknya.  Begitu juga dengan mereka yang mempunyai hati yang penuh dengan cahaya kebenaran, kegelapan batil tidak akan sesekali menerjah ke dalam hatinya and vice versa. (rujuk Al-Anwar Al-Sabil Al-Aqwam Fi Syarh Al-Hikam : halaman 107)

Faiz : Ooo… Saya selalu juga mendengar berkenaan perkara tersebut dalam beberapa pengisian berkaitan tasawuf sebelum ini. Dan ada satu kemusykilan yang kerap kali bermain di fikiran saya. Katakanlah hati seseorang itu penuh dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T, pasti tidak akan ada ruang di dalam hatinya untuk mencintai ibubapa, isteri, anak-anak dan makhluk-makhluk yang lain. Adakah orang yang memenuhkan hatinya dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T, tidak mampu untuk memberikan cintanya kepada makhluk?

Syafiq : Ye lah. Kalau macam tu, macam mana dengan ‘hablum minan nas’ mereka? Adakah telah diketepikan begitu sahaja?

Abdullah : mm..abang jawab mengikut kadar pemahaman abang sahaja ye.. maaf kalau tak memuaskan hati adik-adik abang ni…

Perbincangan ini perlu dimulai dengan persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan cinta kepada Allah S.W.T?

Aiman : Cinta kepada Allah S.W.T menurut kefahaman saya adalah bagaimana kita mengutamakan Allah S.W.T dalam setiap perkara dalam kehidupan ini dan dimanifestasikan melalui ketaatan kepada segala perintah-Nya. Ini termasuklah menta’ati segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ia mungkin juga boleh diertikan sebagai menyukai apa yang disukai-Nya dan membenci apa yang dibenci-Nya.

Syafiq : Saya setuju dengan apa yang Aiman cakapkan tu..ngee…

Abdullah : Haha..ok2...betul apa yang disebutkan oleh Aiman tu…

Terdiam seketika..

Insan yang telah memenuhkan hatinya dengan kelazatan perasaan cinta kepada Allah S.W.T pasti akan berusaha untuk menunaikan segala suruhan dan larangan Allah S.W.T. Antara suruhan Allah S.W.T adalah untuk kita sebagai manusia menyintai dan menyayangi ibubapa, kaum keluarga, isteri, anak-anak dan saudara se-agama yang lain. Namun begitu, cinta mereka kepada makhluk ini tidak langsung menjejaskan kecintaan mereka kepada tuhan mereka.

Faiz : Maaf bang, boleh abang jelaskan dengan lebih lanjut?

Abdullah : Mereka mencintai makhluk kerana Allah S.W.T. Mungkin itu yang mampu abang ringkaskan tentang perkara ni. Mungkin gambar ini boleh menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan perkara ini.



Cinta kepada makhluk adalah subset bagi cinta kepada Allah S.W.T kerana ia adalah sebahagian tanda cinta kita kepada Allah S.W.T.

Faiz : oo..Adakah semua cinta kepada makhluk boleh manjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T?

Abdullah : Abang tak nak jawab soalan ni. Ada yang mahu mencuba?

Syafiq : Ok, saya cuba insyaAllah. Pada pendapat saya, tidak semua kecintaan kepada makhluk menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Hanya kecintaan yang berlandaskan prinsip syariat sahaja yang mampu menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Betul tak?

Abdullah dan Aiman : Betul 3x…

Abdullah : Alhamdulillah, semoga apa yang kita dapat hari ini dapat menjadi sedikit sebanyak panduan kepada kita dalam memacu kehidupan ke arah mardotillah insyaAllah. Ada apa-apa lagi yang hendak dibincangkan?

Aiman : Saya ada satu persoalan, ni just nak mintak pandangan abang sahaja. Boleh tak kita meletakkan rasa cinta kepada perempuan yang ajnabi? Cinta tu kan fitrah, kadang-kadang kita tidak dapat menghalangnya dari terbit di lubuk hati ni.

Abdullah : Yup, cinta memang suatu perkara yang fitrah. Namun begitu, ia adalah fitrah yang mampu DIKAWAL dengan izin-Nya. Perasaan cinta kepada wanita adalah suatu anugerah buat kita semua. Tetapi, ia perlu dihadkan mengikut batasan-batasannya. Janganlah kita meletakkan perasaan cinta yang terlalu mendalam kepada wanita ajnabi ini kerana kelak ia bakal memakan diri kita sendiri, Apatah lagi dengan tahap keimanan kita sekarang ini, ia lebih-lebih lagi akan membawa BENCANA yang besar kepada diri kita. Oleh itu, selagi mereka belum halal bagi kita, letakkan cinta kepada mereka sekadarnya, dan pastikan agar diri kita semua terlindung dari segala fitnah yang bakal menodai sekeping hati yang dipinjamkan Allah S.W.T ini. Ini sekadar pendapat dari abang. Wallahu’alam.


***************************************************

p/s: ada perkara lagi yang ingin disentuh di sini, tapi malaslah pulak nak tulis...
Ni kaedah pemahamam aku berkenaan perkara ni, mohon dibetulkan jika terdapat kesalahan.

Tuesday, March 15, 2011

Tafaqqud Fiddeen : Syeikh Nuruddin


Sumber: Al-Fanshuri

Monday, March 14, 2011

KCB The Series : Meraih Redho Ilahi


Bersulam Noda



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Percampuran atau pergaulan antara lelaki dan perempuan menjadi satu ‘kewajipan’ pada masa kini. Namun begitu, ramai yang tertipu dengan’ kewajipan’ tersebut, dan tidak kurang pula yang menipu dengan ‘kewajipan’ tersebut.


Siapakah golongan yang tertipu dan menipu dengan ‘kewajipan’ tersebut?


Golongan Yang Tertipu

Mereka ini adalah di kalangan mereka yang beranggapan bahawa HARUSnya perhubungan antara lelaki dan perempuan dalam SEMUA perkara tanpa mengira tujuan dan situasi pada masa tersebut.

Macam mana nak study kalau tak ada kawan perempuan, diorang lebih rajin sikit dari kitorang lelaki ni?

Perkara ni memerlukan lelaki dan perempuan untuk berbicang supaya ianya berlaku adil, sebab tu kami berbincang berdua malam ni…

Astaghfirullahal’azim. Memang di dalam Islam terdapat keringanan di dalam hubungan antara lelaki-perempuan ini, namun begitu, ia sangat bersangkut paut dengan tujuan dan situasi pada waktu tersebut.

Sebagai contoh, Islam mengharuskan berlakunya ikhtilat dalam bidang perubatan. Namun begitu, kebenaran tersebut mestilah diaplikasikan apabila tiada ikhtiar lain untuk mengelakkan proses ikhtilat tersebut. Oleh itu, perlu bagi kita untuk  berusaha  mencari pengamal perubatan yang mempunyai jantina yang sama  dengan kita. insyaAllah perkara ini boleh di’request’ kepada semua pengamal perbuatan, dan kebanyakan pengamal perubatan di negara ini akan faham dengan permintaan tersebut kerana keperluan sosio-budaya masyarakat di negara ini yang sangat mementingkan penjagaan maruah. Jika terpaksa untuk berjumpa dengan pengamal perubatan yang berlainan jantina dari kita, perlu bagi kita untuk menyediakan seorang mahram untuk menjadi peneman bagi kita sepanjang proses perawatan tersebut (saranan ini ditujukan kepada kaum wanita terutamanya).

 Sebagai penegasan, Islam tidak berlaku zalim kepada umatnya, rukhsah yang disediakan adalah bertujuan untuk memudahkan umat Islam itu sendiri, TETAPI, rukhsah yang disediakan mestilah menepati SYARAT-SYARATNYA yang tertentu sebelum diaplikasikan dalam kehidupan seharian.


Golongan Yang Menipu

Perkara ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang mempunyai fikrah Islam, terutamanya yang bergelar DU’AT.

Ana tanya pendapat pada akhwat tersebut sebab ana selesa berbincang dengan dia..

Kami tak buat apa pun, hanya bertukar-tukar pandangan mengenai MASA DEPAN ISLAM sahaja..

Kami berhubung atas dasar ukhwah? Salahkah kami?


Alahai..

Wahai akhi dan ukhti yang disayangi, tiada muslimin atau muslimat lain kah yang boleh diajak berbincang atau bertukar-tukar pendapat? Atau kita lebih rela hati kita dirosakkan secara senyap oleh syaitan?

Fikirkan semula wahai ikhwah dan akhwat sekalian..

Tidak guna jika menerima ni’mat berada di dalam suatu gerakan Islam, tapi kita menodainya dengan menghalalkan perbuatan yang sepatutnya dielakkan ini. perbuatan yang bakal mendatangkan noda di hati. yang akhirnya membuka ruang kejatuhan da’ie di arena da’wah ini.


Perkahwinan

Satu persoalan yang suka untuk aku lontarkan kepada antum semua..

“Sanggupkah enta memperisterikan seorang muslimah yang kerap berhubung dengan muslimin lain tanpa ada keperluan yang mendesak?”

“Sanggupkah enti mempunyai suami yang tidak menjaga batas-batas hubungan antara muslimin-muslimat ini?”

Jika sanggup, silakan… Namun hati tidak akan menipu…


Jangan Cemari Mereka

Ikhwah yang dikasihi sekalian, seperti mana kita tidak menyukai bakal isteri kita berhubunagn bebas dengan muslimin lain, begitu juga dengan insan-insan lain. Tiada yang rela melihat bakal isteri mereka berinteraksi bebas dengan muslimin lain.

Perkara ini juga ditekankan buat akhwat sekalian…


Jom Jaga Diri

Jika kita pernah melakukannya pada masa yang lalu, masih tidak terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan ini. lupakan kisah yang lalu, bukalah suatu lembaran baru dalam kehidupan yang bakal menentukan kebahagiaan kita pada masa akan datang dengan izin Allah S.W.T.


Syadid Tak Bertempat

Ada perkara yang memerlukan kita untuk berinteraksi dengan golongan yang berlawanan jantina dengan kita terutamanya di dalam aspek perlaksanaan amanah. Janganlah kerana kita ingin menjaga diri masing-masing sehinggakan terlupa dengan amanah yang diberikan.

Berinteraksi sekadarnya agar tidak menjadi fitnah pada diri dan gerakkerja tersebut.


Khotimah

Aku bukanlah orang sesuai untuk membicarakan mengenai perkara ini kerana aku juga sedang berusaha menjaga ikhtilat dan terkadang masih lagi terdapat kekhilafan di dalam proses penjagaannya.

Namun aku yakin bahawa, usaha yang dilakukan ini walaupun dilihat remeh akan membuahkan sinar kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti insyaAllah.

Aku akhiri luahan pada kali ini dengan sepotong daripada kalamulah;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan dirinya.” (Surah Al-Baqarah: 222)


P/s: Aku sengaja tidak meletakkan sebaran dalil naqli berkenaan ikhtilat ini kerana terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dimanfaatkan untuk mengetahui tentang perkara tersebut. Walaupun kebanyakan perbahasan mengenai ikhtilat ini akan menyentuh berkenaan kesannya pada hati, namun aku lebih suka untuk tidak menyentuhnya di sini keran aku yakin bahawa ‘bukannya antum orang tidak tahu…’