Wednesday, November 23, 2011

Muzakarah Cinta

sedang cuba untuk mengkhatamkan buku ini..


Allahu Allah.. setelah sekalian lama tidak dapat berbicara mengenai iman dan amal, akhirnya dengan izin-Nya, Allah ta’ala mendatangkan seorang sahabat yang mampu diajak berbicara mengenai perkara ini.  Allah.. Allah.. mana mungkin seorang yang terlampau rindu terhadap yang sesuatu yang dicintainya mampu untuk menghalang dirinya dari terus menyebut-nyebut akannya, dan dari berterusan mengingatinya, dan apatah lagi dari perasaan rindu yang mendalam ini…Allahu Allah...

Setiap butir bicaranya adalah rahmat dari Tuhan-Ku, yang dengan izin-Nya mampu melunakkan hati yang kian keras ini…Allahu Allah..


“ Akhi, jangan mudah tertipu dengan amalan yang kita lakukan kerana ia semuanya tidak lain tidak bukan hanyalah kurniaan rahmat dan kasih-sayang Allah kepada kita. Segala usaha persiapan yang kita lakukan untuk melaksanakan amal tersebut hanyalah sebagai adab kita kepada-Nya kerana hanya Dia lah yang berhak menetukan siapa yang paling layak untuk mengecapi kemanisan , keasyikan dan keni’matan untuk menjadi hamba kepada-Nya..”

“Akhi, mungkin secara zahirnya kita nampak bahawa yang bangun untuk menunaikan tahajud itu adalah dari kekuatan kita, yang bangun untuk solat subuh secara berjemaah itu adalah dari kehendak kita.. tapi pada hakikatnya, ia tidak lain hanyalah secebis rahmat Allah ta’ala buat hamba-Nya yang terpilih..”

“Rahmat yang diberikan oleh-Nya dengan izin dan kehendak-Nya.. ia mungkin menjadi refleksi kepada apa yang kita lakukan di waktu siang dan malam, di waktu bersunyian atau di khalayak ramai, dan menjadi cerminan dari kehendak kita yang sebenar..”

“Akhi, jika kita tidak dapat menjaga ibadah sunat kita di waktu kurang sibuk ini, jangan terkejut jika suatu hari nanti, di saat kita semakin sibuk, solat fardhu berjemaah pun akan terabai sekali..”


Mungkin acap kali kita telah diperingatkan tentang perkara ini, namun ia kerap dilupakan apabila kita kian hanyut dalam mainan dunia ini…


“Ya Allah! Sucikanlah hati-hati kami ini dari nifaq, amalan-amalan kami dari riya’, lidah-lidah kami dari berdusta, dan mata-mata kami dari khianat. Sesungguhnya Engakau mengetahui mata-mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada..”


Ameen ya Rabbal ‘Alamin..

Sunday, October 23, 2011

Body Surface Area



 BODY SURFACE AREA:

Uses:
Glucocorticoid dosing is expressed in terms of BSA for calculating maintenance doses or to compare high dose use with maintenance requirement.
Calculating pediatric dosages
Fluid requirements
Drug dosages in chemotherapy
Managing burn patients
Determining radiation dose

Formula:
Mosteller formula, 1987 (ni senang sikit, korang google je untuk tw rumusnya)


p/s: Alhamdulillah.. 

Sunday, October 16, 2011

Masalah yang Patut Berlegar di Minda



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


MASALAH. Perkara yang tidak dapat dielakkan dari kehidupan seseorang. Setiap hari, ada sahaja rungutan berkenaan masalah kehidupan. Ada rungutan yang bersifat dharuriyyah, dan ada juga yang bersifat kamalliyah.

Nak tahu apa beza rungutan yang berasaskan dharuriyyah dan kamalliyah? Cuba bezakannya melalui situasi yang diberikan dibawah;

“Abi, umi tak tahu apa lagi yang hendak kita makan esok, barang keperluan di rumah dah habis kesemuanya. Abi dah gaji ke?”

“Abang, penggal persekolahan dah nak mula, tapi kita belum lagi beli baju sekolah anak-anak, abang ada duit ke?”

“ I marah betul dengan suami I tu. Semalam I suruh dia belikan iPad 2 untuk I, last2 dia bawak balik PS3.”

“Peninglah nak makan apa hari ni. Semalam dah makan kat Hotel *****, kelmarin dah pergi kat restoran *****, hari ni nak pergi mana pulak ye?”


Bukan jenis rungutan yang ingin dibincangkan di sini, tetapi yang cuba dicetuskan di sini adalah mengapa cetusan yang dilontarkan hanyalah berdasarkan kepada asbab masalah duniawi sahaja? Jarang sekali didengari rungutan seperti di bawah ini dari mulut-mulut kita;

“Abang, emas umi yang umi tak pakai tu abang dah zakatkan ke?”

“Anak kita ni terlalu nakal, boleh ke dia menjadi aset bagi kita bila kita dah meninggal dunia nanti? Abi risau lah umi.”


Sebagai seorang mu’min, terdapat masalah yang lebih besar perlu dijawab dan diselesaikan oleh kita. Antaranya adalah;

1.       Adakah kita dapat mengakhiri kehidupan di dunia ini dengan khusnul khotimah, atau kita akan dihimpit kehinaan dengan suul khotimah?

2.       Adakah kubur kita kelak akan menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, atau ianya lebih layak untuk dijadikan sebuah lubang dari lubang-lubang neraka?

3.       Adakah kita layak mendapat naungan-Nya di akhirat nanti? Adakah kita akan ditempatkan bersama orang-rang soleh, siddiqin dan para syuhada’?

4.       Adakah kita layak untuk menerima catatan amalan dengan tangan kanan?

5.       Adakah kita melintas di titian sirot nanti sepantas kilat, atau kita kan merangkan ketika melaluinya dan tergelincir jatuh ke rahang jahanam?

6.       Adakah ni’mat syurga dan ni’mat bertemu Allah s.w.t layak buat kita?


Masalah-masalah yang disebutkan  di atas adalah permasalahan yang perlu difikirkan oleh kita kerana ianya akan membabitkan masa depan kita yang ABADI. Wallahua’lam.



p/s: Alhamdulillah, bayan yang mengusik jiwa. Entry ni agak tergantung..malas nak tulis lagi..

Sunday, September 18, 2011

Bila Rumi Menari




BILA RUMI MENARI

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulan
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus di makan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi

Pukullah rebana jantungku
Bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki
Mendengar suaramu...

Sayang........
Pada mereka yang tak mengerti
Sayang........
Pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari

Rindu...
Kembali bertemu
Hatiku merindukan pemiliknya
Rindu...
Kembali bersatu
Kembali bersatu dengan yang di kasihi
Rindu...
Kembali bertemu
Hatiku merindukan pemiliknya
Rindu...
Kembali bersatu
Kembali bersatu dengan kekasih....

Lagu dan Lirik : M.Nasir
Album : Phoenix Bangkit
© 2001 Luncai Emas Sdn. Bhd.


Untuk bacaan lanjut berkenaan syair ini, sila KLIK

Wednesday, August 31, 2011

Selawat Quraniah

Selawat Quraniah






Selawat dan salam
buat junjungan yang diwahyukan al- Quran
serta ahli keluarga baginda
juga para sahabat pembawa al-Quran

Salam dan keredhaan Allah
buat mereka yang memuliakan al-Quran
dengan hati tulus lagi ikhlas
mencintai penggemar al-Quran

Bertuahlah bagi mereka yang mempelajari
kemudian pula mengajarkan al-Quran
berterusan sepanjang detik
dengan tartil menghayati al-Quran

Berjaya juga mereka yang berbicara
dengan Tuhannya melalui al-Quran
dosa pula bagi yang menjauhi
laknat al-Quran buat mereka.

Sunday, July 31, 2011

Ini Semua Salah Syaitan..



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Situasi 1

Pada malam itu..
A : Kenapa ko tak tido lagi? Dah pukul 2 pagi ni. Ko taknak bangun subuh esok ke?
B : nanti lah.. Lagi sket je ni nak abis main game..

Pada keesokan harinya..
B : Astaghfirullah, aku dah terlambat untuk jemaah subuh ni. Ni semua salah syaitan yang tak bagi aku bangun..


Situasi 2

Usai solot zohor berjemaah di surau, Azman bertemu dengan sahabatnya Azmin di cafeteria;

Azman : Eh kenapa tak nampak ko pun kat surau tadi? Bukan kita balik dari wad sama-sama ke tadi?
Azmin : Tu lah.. Syaitan ni hasut aku untuk gi makan dulu..

Banyak lagi contoh situasi yang mana kita akhirnya akan menyalahkan syaitan akibat kelalaian kita menunaikan ketaatan kepada Allah S.W.T. Tetapi, tanpa kita sedari, perkara tersebut adalah berpunca dari kelemahan iman kita sendiri. Iman yang sangat lemah tidak memerlukan syaitan untuk menarik kita ke arah  kemunkaran, tetapi cukup bagi diri kita untuk membawa diri kita sendiri ke lembah kelalaian tersebut..

Aku rasa lah kan, kepada sesapa yang suka sangat salahkan syaitan ni, syaitan mesti kutuk giler kat dia, “Sengal giler budak ni, aku tak buat ape pun.. ko sendiri yang buat benda tu..”

Ayuh ikhwah dan akhwat, mari kita uji diri kita di bulan ramadhan ini sama ada kelalaian kita selama ini adalah disebabkan oleh hasutan syaitan atau ianya datang dari kehendak nafsu kita sendiri!!!

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Allah S.W.T. berfirman: “Setiap amalm anak adam adalah untuk anak adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaiksn perisai; maka apabila seseorang dari kumu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: ‘Aku ini berpuasa.’
Demi Allah S.W.T., yang diri Muhammad S.A.W berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau musuk orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.
Bagi orang berpuasa ada 2 kegembiraan yang akan menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya.” (HR Bukhari: 935)



Wallahua’lam.

p/s: ramadhan di teluk intan..

Saturday, July 23, 2011

Muhasabah Hati



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


“..Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Al-Kahf: 110)


Debar di dada kian menggoncang hati..
seperti ada yang tidak kena pada diri..

Mata pun seperti tidak rela melepaskan diri untuk lena dibuai mimpi..
Seakan ada kesalahan yang perlu ditebus sebelum melabuhkan tirai malam ini..

Mungkinkah ada suatu yang dilakukan pada hari ini yang mengganggu-gugat hati ini?..

Lantas kegelapan malam membawa diri ke medan MUHASABAH HATI…

  • Ke mana jatuhnya pandangan kita pada hari ini?
  •  Khabar apa yang singgah membisik di telinga kita pada hari ini?
  • Kalimah apa yang terzahir dari lidah kita pada hari ini?
  • Adakah sesuatu yang masuk ke dalam perut kita datang dari hasil yang syubhah @ haram?
  • Adakah kita menjaga kehormatan diri dan orang lain?
  •  Apa yang diperbuat oleh tangan kita pada hari ini?
  • Ke mana kaki kita melangkah pada hari ini?


Banyak lagi yang perlu dimuhasabah, tetapi cukuplah soalan-soalan di atas menjadi cambuk hati, ia sudah cukup menyesakkan dada ini, seakan tiada yang terlepas dari kealpaan dan kezaliman diri…

Hati umpama kolam yang menakung semua aliran air yang mengalir dari seluruh badan, setiap noda yang dibuat oleh anggota badan pasti akan mencalit kekotoran pada hati ini.


p/s: dalam keheningan 2/3 malam, terdengar suara seseorang menangis di sebalik tabir musolla, ketika itu sengaja ku biarkan musolla tersebut hanya disinari oleh cahaya bulan, dan aku terus berdiam diri, ku pastikan setiap untaian doa dan rintihannya dapat ku dengari satu persatu, lantas terdetik di hati ini, “bilakah kali terakhir aku menangis mengenangkan khilaf diri?”..dan rintihannya terus ku dengari sehingga ianya juga menjadi sebahagian dari rintihanku…

Wednesday, July 6, 2011

Majlis Pengajian Kitab di KTDI, HUKM



*sebarang perubahan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa insyaAllah..

Saturday, July 2, 2011

Dekat padamu



Dekat padamu..Arah ingin ku tuju..
Walaupun jauh..Akan ku tempuh..
Kerana hanya sunyi..Yang menemani hari..
Semenjak kau pergi membawa diri..

Oh dekat padamu..Di sana kan bersatu..
Dua jiwa..Yang telah terpisah..
Kesetiaan yang telah..Kita sama ikrarkan..
Ku pegang teguh..Janji ku kotakan..

Andai tersalah arah..Berikanku tanda..
Agar kau terima yang sebaiknya..
Jika cinta kita hanya sejarah lama..
Sudilah ku cuba kali kedua..

[Chorus]
Walau jauh akan..Ku gegas berlari..
Walau tinggi bisa..Ku terbang di langit..
Walau sedalam mana..Akan ku selami..
Kerna cinta sedalam itu..Mekar bila ku dekat padamu..

Dekat padamu..Itu destinasiku..
Tak kira apa jua kan ku terima..
Harapan ku kan terbuka pintu di hatimu..
Dengan rela menunggu kehadiranku..

Andai tersalah arah..Berikanku tanda..
Agar kau terima yang sebaiknya..
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita..
Janganlah dibalas rasa kecewa..

[Repeat chorus]

Oh dekat padamu..



p/s: Terjumpa seorang keluarga pesakit masa kat teluk intan hari tu, sangat semangat.. dy cakap, dy konfem akan turun untuk BERSIH ni..."Dah tak tahan dah.."...hahaha..

Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami, penawar daripada penawar-Mu, kesembuhan dari kesembuhan-Mu, juga keberkatan dari keberkatan-Mu, juga rahmat dari rahmat-Mu terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang sakit ini...

Sunday, June 12, 2011

Pada-Mu YA Allah - Muhammad Obaid



Elaika by Muhammad Obaid


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku


وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu



فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka



فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon



أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia


Sumber : halaqah.net



p/s: post kem PPD n BTN, perangai aku sangat pelik kat kem tersebut, maaf kepada sesiapa yang rasa aku sangat pelik kat kem tersebut...mm.. aku jadikan kem tu macam tempat aku lepaskan tension kot..hoho...

takut giler nak masuk final year punyer clinical posting... Semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T..

Wednesday, June 1, 2011

Hati yang ‘0’



Bismillahirrahmanirrahim..

Tatkala hati terasa kosong…
Manusia mula mencari sesuatu untuk mengisinya…
Bermula dari teman, hingga ke hiburan..
Takkan pernah berhenti mengisinya..
Namun, hati mereka tetap di dalam kekosongan..

Lalu mereka mula mengeluh..
“Wahai tuhan, mengapa kau kosongkan hatiku ini?”
Dan mereka terus mengeluh..
“Kalaulah aku ada teman yang lebih baik..”
“kalaulah ada hiburan yang mampu mengisi kekosongan hati ini..”
“kalau lah ada itu....kalau lah ada ni..….”
Dan terus mengeluh tanpa henti…

Lalu mereka diingatkan tentang suatu perkara..
“hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..”

Ting!!

Mereka tersedar buat seketika..
Kembali menyusun langkah kepada-Nya..
Timbul rasa malu kepada-Nya…
Lantaran melupakan pencipta hati mereka..

Namun itu cuma seketika..
Pabila diliputi kenikamatan semula..
Lantas ia melupakan pencipta…

Sedikit demi sedikit..
Hati mereka kosong semula…


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepada-Mu dan janganlah Engkau palingkan hati kami dari mengingati-Mu..

Friday, April 29, 2011

Violent Pornography



It's a violent pornography,

Choking chicks and sodomy,
The kinda shit you get on your TV,
It's a violent pornography,
Choking chicks and sodomy,
The kinda shit that's on your TV,
It's a violent pornography,
Choking chicks and sodomy,
The kinda shit that's on your TV,
It's on the TV
Turn off your TV,
Can you say "brainwashing"?





Assalamu'alaikum...


Kat atas ni aku sertakan petikan lirik dari lagu yang dinyanyikan oleh system of a down...album mesmerize kalau tak silap aku lah...(orang lain bawak ayat al-quran or hadis, aku pulak bawak petikan kumpulan yahudi ni..haih...)


Tapi yang aku nak sebutkan adalah, ini adalah realiti yang kita rasai pada masa sekarang ni...sakit iman semua orang bila on je tv...


Kalau nak dengar lagu dia yang penuh, korang cari lah sendiri..(aku tak menangggung sebarang kecederaan fizikal, emosi atau spiritual yang berlaku masa korang dengar lagu tu..)

Wednesday, April 27, 2011

Haddad Alwi feat. Farhan - Ibu



Bersinar kau bagai cahaya

Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka



Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu



Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti



Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu



Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti



Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu



Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Sunday, March 20, 2011

Aku Cuba Mencitaimu Tuhan


Aku Cuba Mencitaimu Tuhan

Album : 
Munsyid : Diwani
http://liriknasyid.com


aku cuba mencintaiMu tuhan
hati tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa apa juga
aku fikir-fikir nikmatMu... Lihat seterusnya..
aku kenang-kenangkan rahmatMu
agar nampak kemurahanMu


atas nama ilmu aku akur….
Namun aku belum jatuh hati juga denganMu
aku susah hati, aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedangkan aku tahuaku akui
nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung,tidak mungkin terhitung



Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensucikan dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka memujaMU merintih padaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi



mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibr mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! keras hatiku,keras hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah dan hidayahMu
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah



aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah
wahai tuhan ALHANNAN WAL MANNAN......

Saturday, March 19, 2011

Rongga Hati



“Astaghfirullahal’azim,” hanya itu yang mampu terucap dari mulutnya ketika mengenangkan kelalaiannya dalam menjalankan amanah yang diberikan. Rentetan dari kesibukan menyelesaikan urusan-urusan akademik, keluarga dan jemaah, hampir 3 minggu Abdullah tidak bertemu adik-adik usrahnya. Rindu kepada mereka kian membara, lantas satu panggilan dibuat untuk mengaturkan pertemuan antara mereka.

……….

Alhamdulillah, pertemuan telah berjaya dirancang.
“insyaAllah rindu hatiku akan terubat pada esok hari,” getus hatinya.

………

Seperti yang dijanjikan, mereka bertemu pada keesokan harinya. Aiman, Syafiq dan Faiz; adik-adik usrahnya lengkap berpakaian kemas  dengan buku catatan dipegang erat di tangan mereka. Mereka hadir  dengan segunung harapan agar dapat menimba selautan kefahaman berkaitan agama Allah S.W.T yang tidak dapat digarap di dalam sistem pendidikan konvensional yang dilalui oleh mereka.

“Apa pula yang ingin dikongsikan oleh naqibku pada hari ni?” persoalan ini menerjah di benak fikiran mereka.

Setiap kali bertemu, Abdullah tidak lekang dari menyediakan idea-idea perbincangan yang membuka mata, hati dan pemikiran adik-adik usrahnya. Namun begitu, kesibukan yang melandanya sejak kebelakangan ini menyebabkan persiapan untuk melaksanakan usrah tidak dapat dilakukan dengan sempurna, oleh itu, dia berhasrat untuk hanya membawa tajuk yang tidak begitu membebankan pada pertemuan kali ini.

‘Qalbun’ menjadi tajuk perbincangan mereka pada kali ini. setelah memulakan pertemuan mereka dengan ummul furqan dan sedikit sebanyak bertukar-tukar khabar berkenaan iman , akademik dan kehidupan semasa, perbualan mereka diteruskan seperti yang ternukil di bawah ini;

Aiman : Abang, betulkah ada firman Allah S.W.T yang menyatakan bahawa tidak ada 2 hati  di dalam satu rongga dada diciptakan di dalam tubuh setiap manusia?

Abdullah : Benar, memang ada ayat tersebut. cuba Aiman ambil senaskhah Al-Quran dan terjemahannya di hujung almari sana (sambil menunjukkan jarinya kearah sebuah almari yang tidak jauh dari kedudukan mereka).  Buka Surah Al-Ahzab ayat 4 dan bacakan kepada kami semua.

Aiman:

“ Allah tidak sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya…” (Surah Al-Ahzab : 4)

Syafiq : Apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut?

Abdullah : Secara ringkasnya dapat difahami bahawa, jika seseorang  memiliki hati yang cenderung ke arah makhluk, dia tidak akan sesekali memiliki hati yang cenderung ke arah Allah, dan sebaliknya.  Begitu juga dengan mereka yang mempunyai hati yang penuh dengan cahaya kebenaran, kegelapan batil tidak akan sesekali menerjah ke dalam hatinya and vice versa. (rujuk Al-Anwar Al-Sabil Al-Aqwam Fi Syarh Al-Hikam : halaman 107)

Faiz : Ooo… Saya selalu juga mendengar berkenaan perkara tersebut dalam beberapa pengisian berkaitan tasawuf sebelum ini. Dan ada satu kemusykilan yang kerap kali bermain di fikiran saya. Katakanlah hati seseorang itu penuh dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T, pasti tidak akan ada ruang di dalam hatinya untuk mencintai ibubapa, isteri, anak-anak dan makhluk-makhluk yang lain. Adakah orang yang memenuhkan hatinya dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T, tidak mampu untuk memberikan cintanya kepada makhluk?

Syafiq : Ye lah. Kalau macam tu, macam mana dengan ‘hablum minan nas’ mereka? Adakah telah diketepikan begitu sahaja?

Abdullah : mm..abang jawab mengikut kadar pemahaman abang sahaja ye.. maaf kalau tak memuaskan hati adik-adik abang ni…

Perbincangan ini perlu dimulai dengan persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan cinta kepada Allah S.W.T?

Aiman : Cinta kepada Allah S.W.T menurut kefahaman saya adalah bagaimana kita mengutamakan Allah S.W.T dalam setiap perkara dalam kehidupan ini dan dimanifestasikan melalui ketaatan kepada segala perintah-Nya. Ini termasuklah menta’ati segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ia mungkin juga boleh diertikan sebagai menyukai apa yang disukai-Nya dan membenci apa yang dibenci-Nya.

Syafiq : Saya setuju dengan apa yang Aiman cakapkan tu..ngee…

Abdullah : Haha..ok2...betul apa yang disebutkan oleh Aiman tu…

Terdiam seketika..

Insan yang telah memenuhkan hatinya dengan kelazatan perasaan cinta kepada Allah S.W.T pasti akan berusaha untuk menunaikan segala suruhan dan larangan Allah S.W.T. Antara suruhan Allah S.W.T adalah untuk kita sebagai manusia menyintai dan menyayangi ibubapa, kaum keluarga, isteri, anak-anak dan saudara se-agama yang lain. Namun begitu, cinta mereka kepada makhluk ini tidak langsung menjejaskan kecintaan mereka kepada tuhan mereka.

Faiz : Maaf bang, boleh abang jelaskan dengan lebih lanjut?

Abdullah : Mereka mencintai makhluk kerana Allah S.W.T. Mungkin itu yang mampu abang ringkaskan tentang perkara ni. Mungkin gambar ini boleh menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan perkara ini.



Cinta kepada makhluk adalah subset bagi cinta kepada Allah S.W.T kerana ia adalah sebahagian tanda cinta kita kepada Allah S.W.T.

Faiz : oo..Adakah semua cinta kepada makhluk boleh manjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T?

Abdullah : Abang tak nak jawab soalan ni. Ada yang mahu mencuba?

Syafiq : Ok, saya cuba insyaAllah. Pada pendapat saya, tidak semua kecintaan kepada makhluk menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Hanya kecintaan yang berlandaskan prinsip syariat sahaja yang mampu menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Betul tak?

Abdullah dan Aiman : Betul 3x…

Abdullah : Alhamdulillah, semoga apa yang kita dapat hari ini dapat menjadi sedikit sebanyak panduan kepada kita dalam memacu kehidupan ke arah mardotillah insyaAllah. Ada apa-apa lagi yang hendak dibincangkan?

Aiman : Saya ada satu persoalan, ni just nak mintak pandangan abang sahaja. Boleh tak kita meletakkan rasa cinta kepada perempuan yang ajnabi? Cinta tu kan fitrah, kadang-kadang kita tidak dapat menghalangnya dari terbit di lubuk hati ni.

Abdullah : Yup, cinta memang suatu perkara yang fitrah. Namun begitu, ia adalah fitrah yang mampu DIKAWAL dengan izin-Nya. Perasaan cinta kepada wanita adalah suatu anugerah buat kita semua. Tetapi, ia perlu dihadkan mengikut batasan-batasannya. Janganlah kita meletakkan perasaan cinta yang terlalu mendalam kepada wanita ajnabi ini kerana kelak ia bakal memakan diri kita sendiri, Apatah lagi dengan tahap keimanan kita sekarang ini, ia lebih-lebih lagi akan membawa BENCANA yang besar kepada diri kita. Oleh itu, selagi mereka belum halal bagi kita, letakkan cinta kepada mereka sekadarnya, dan pastikan agar diri kita semua terlindung dari segala fitnah yang bakal menodai sekeping hati yang dipinjamkan Allah S.W.T ini. Ini sekadar pendapat dari abang. Wallahu’alam.


***************************************************

p/s: ada perkara lagi yang ingin disentuh di sini, tapi malaslah pulak nak tulis...
Ni kaedah pemahamam aku berkenaan perkara ni, mohon dibetulkan jika terdapat kesalahan.