Wednesday, October 27, 2010

Mari Berkenalan Dengan Ultraman 1

Ultraman Tiga



Bisikan Masturat




(gambar tiada kaitan dengan entry kali ini)



Ermmm….takkan kan kami sanggup melepas dan membiarkan sang bidadari syurga merampas milik kami dengan sewenang-wenangnya..

Biar harta dunia berkurangan, asalkan ia dibelanjakan di jalanNya...

Biar kami sedikit terabai, asalkan si dia tak mengabaikan usaha agama..

Biar kami mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentiasa kerana agama, tak mengapa..

Biar kami di tinggal-tinggalkan, asalkan pemergiannya kerana ummat tercinta..

Biar kami sedikit kesusahan di dunia, kerana mengejar ganjaran akhirat kami rela..

Biar seksa melahirkan kami rasa, asalkan lahirnya para da’ie, kami redha..

Biar segala urusan datang menduga, malam markas dan dakwah tak kan kami biarkan si dia leka..

Biar kesempitan masa bersama, mesyuarat mingguan kami pastikan si dia ada..

Biar sibuk dengan urusan dunia, dengan izin Allah amalan sunnah di rumah sentiasa kami jaga..

Biar si dia syahid tika menyebarkan agama, insyaAllah kami sentiasa sedia terima..

Biarkan segala kepahitan perjuangan di telan bersama..demi Allah, segalanya di rasa seperti gula..

Apabila kami redha dan rela, kelak kami yang akan lebih awal untuk menunggu suami tercinta d syurga..

Sumber : iman&amal


p/s : saje-saje...

Monday, October 25, 2010

Motivasi Buat Diri



"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia untuk mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku bersama-sama membina kembali bangunan yang usang itu menjadisebuah bangunan yang tersergam indah."
(Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna)

p/s: syukran diucapkan buat sahabat yang pernah menitipkan kata-kata ini kepada aku melalui sms, sesungguhnya kata-kata ini menjadi sesuatu yang menguatkan aku dari sejak mula aku membacanya. Walaupun team aku sekarang ini tidak ramai, tapi insyaAllah mereka semua ikhlas untuk bersama-sama memacu perjuangan ini. jzakumullah khairan kathiraa buat sahabat-sahabat yang terus setia serta buat sahabat-sahabat yang bakal menyertai team ini.