Thursday, September 23, 2010

Kerana Cinta-Nya


Assalamu'alaikum w.b.t...

Usai solat subuh tadi, aku sempat menziarahi blog-blog saudara kita yang melakukan usaha tabligh, alhamdulillah, banyak jugak perkara yang aku dapat. Antaranya adalah cerita di bawah ini:

Thursday, September 9, 2010

Salam Eidulfitri 1431H



Assalamu’alaikum wbt…

الحمد لله رب العالمين ، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين ،وصلى الله وسلم على سيدنا محمد خاتم النبيين ،واله وصحبه أجمعين ، ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ،


Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnian-Nya, dapat kita sekali lagi menyempurnakan ibadah kita di bulan Ramadhan  ini. Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T dan seterusnya dapat kita meneruskan momentum ibadah ini pada masa akan datang dengan izin-Nya.

Ramadhan merupakan bulan mujahadah, bulan pengorbanan dan bulan jihad bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk memastikan kesempurnaan ibadah di bulan ini. Ia adalah bulan mujahadah yang bakal diraikan hasilnya ketika meyambut eidulfitri nanti. Barangsiapa yang bermujahadah dengan sepenuh hati dan kudratnya, pasti akan merasai kemanisan yang tidak terhingga ketika menyambut eidulfitri nanti, dan barangsiapa yang kurang bermujahadah di bulan ini, pasti akan kurang kemanisan yang dikecapi ketika menyambut eidulfitri nanti. Hal ini akan berlaku dengan izin-Nya jika manusia itu sedar akan hakikat sambutan eidulfitri tersebut.

Eidufitri adalah hadiah ataupun kurniaan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya yang telah bermujahadah dan bersunggunh-sungguh di dalam menyempurnakan ketaatan mereka di dalam bulan ramadhan. Jika umat Islam sedar akan hakikat sambutan eidulfitri ini, pasti tahap kegembiraan menyambut eidulfitri mereka adalah terkesan dari tahap amal ibadah dan ketaatan mereka di dalam bulan ramadhan. Tetapi, jika umat islam meletakkan keseronokan menyambut eidulfitri itu pada baju yang baru, perhiasan rumah yang baru dan indah, kereta baru, dan makanan yang pelbagai, pasti sahaja amalan mereka di bulan ramadhan tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kegembiraan mereka menyambut eidulfitri ini.