Saturday, August 14, 2010

Cetusan Pencinta


Assalamu’alaikum wbt…


الحمد لله رب العالمين ، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين ،وصلى الله وسلم على سيدنا محمد خاتم النبيين ،واله وصحبه أجمعين ، ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ،


Suka untuk aku menitipkan sebahagian kata-kata waliyullah, Saiyidatina Rabi’atul Adawiyah sebagai pembuka bicara bagi tulisan aku pada kali ini. Berikut merupakan mafhum dari kata-katanya tersebut;

Friday, August 6, 2010

Ramadhan 2 Zaman


Ramadhan 2 Zaman

Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

Tuesday, August 3, 2010

Keluarga ejen dakwah paling berkesan



KELUARGA adalah institusi penyebaran dakwah dan perkembangan Islam bermula dalam kalangan anggota keluarga. Apabila pembinaan institusi keluarga berasaskan kepada ajaran Islam, hasilnya sebuah rumah tangga bahagia.


Secara tidak langsung, institusi keluarga bahagia boleh menjadi penggerak dakwah melalui contoh ditunjukkan bukan saja terhadap ahlinya, tetapi juga pihak luar pastinya ingin tahu rahsia kebahagiaan dikecapi.


Keluarga sering dikaitkan sebagai antara punca berlakunya gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Oleh itu, jika keluarga menjadi punca, maka keluarga juga boleh menjadi penyelamat atau sistem pertahanan bagi mengelak berlakunya gejala negatif.