Saturday, July 24, 2010

Jangan Dibiar Tangisan Itu..


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Mungkin ada di antara kita yang sedang dikelilingi oleh insan yang sedang sedang berduka. Tidak kiralah mereka itu ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita atau orang-orang lain yang berkaitan dengan kita, semua individu tersebut memerlukan bantuan dan sokongan dari kita. Janganlah sesekali tergerak di dalam hati kita untuk meninggalkan mereka sendirian.

Jangan dilihat mereka dari sudut luaran. Jangan dihitung bilangan titisan air mata mereka. Dan jangan dipertikaikan kenapa mereka perlu berduka. Andai kita adalah sahabat atau insan yang rapat dengan mereka, maka, bantulah mereka dan berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

Saturday, July 17, 2010

Jadikan Harimu Kerana-Nya



Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah rah berkata (dalam buku Al-Fawa'id):

Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), da menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.

Jika seseorang hamba menjalani kehidupannya samada di waktu pagi mahupun petang, sedangkan tiada yang lebih dipentingkannya selain daripada dunia, maka Allah s.w.t. akan memebebankannya dengan bebanan-bebanan dunia dan isinya, sehingga dia akan berduka dan berasa tidak tenang kerana dunia tersebut. Allah s.w.t. akan menyerahkan dirinya kepada dirinya sendiri, tanpa membantunya. Lalu, hatinya sibuk daripada cintaNya, dengan kecintaan kepada dunia yang meletihkan, lidahnya sibuk daripada mengingati Allah s.w.t. dengan mengingati makhluk, dan anggotanya sibuk daripada ketaatan dengan mengejar keduniaan




Sumber: Raja Ahmad Mukhlis

Thursday, July 15, 2010

Makanan


Assalamu’alaikum wbt..

Setiap kali balik rumah, mak mesti akan tanya, “bila nak balik lagi?”. Apa yang aku selalu jawab adalah, “ tak tahu lah mak, orang balik hidup ni pun kira bersyukur lah, silap-silap nanti, masa akan datang, mak akan terima jenazah orang je..”. Aku pun tak tahu apsal lah mulut aku ringan sangat jawab macam tu. Konfem-konfem mak aku mesti sedih kan. Tapi nak buat macam mana, memang naluri aku kuat mengatakan macam tu. Siapalah yang tak gembira duduk kat rumah sendiri, dah lah makan terjaga, bebas pulak dari segala masalah yang ada kat kolej ni. Tapi sampai bila nak rasa selesa kan…akhir nanti, kena belajar macam mana nak tidur atas tanah jugak kan….

Wednesday, July 14, 2010

Mari Berselawat