Sunday, June 27, 2010

Ulama' : Dihormati Kerana Ilmunya


Assalamu'alaikum wbt..

Dalam usrah muslimin baru-baru ini, antara isu yang timbul di dalamnya adalah isu berkaitan ulama'. Skop perbincangan adalah berkaitan dengan ulama' jahat, ulama' baik, ulama' sederhana, ulama' yang bisu, ulama' yang berani, ulama' masuk UMNO, ulama' salafi, ulama' ASWJ dan lain-lain. Banyak respon yang diterima pada malam itu, alhamdulillah, perkongsian yang sangat membuka mata dan menyedarkan fikiran yang sedang lena.

Di dalam usrah tersebut, aku ada menyatakan bahawa ulama' ni sangat perlu dihormati regardless dia punyer attitude, keberanian dan faktor-faktor lain. Kita hormati mereka kerana ILMU mereka. Sebagai seorang insan yang kurang berilmu, aku merasakan bahawa adalah wajib untuk kita bersangka baik dengan ulama'-ulama' ni. Walaupun ada pendapat mereka yang tidak selari dengan pegangan kita, kita tetap perlu menghormati mereka. Jangan sesekali berkata buruk tentang mereka dan jangan sesekali kita memandang rendah terhadap mereka.

Namun begitu, seperti yang disebutkan oleh seorang sahabat dalam usrah tersebut, dalam proses kita bersangka baik dengan ulama'-ulama' ni, ada perkara yang boleh ditoleransikan dan ada yang kita perlu pertahankan sebagai contohnya apabila seseorang ulama' itu mengeluarkan pendapat yang bercanggahan dengan pegangan aqidah ASWJ. Oleh itu, walaupun kita bersikap wasatiyyah dan bersangaka baik di dalam hal ini, perlu bagi kita untuk mempunyai pendirian-pendirian yang jelas terhadap perkara-perkara tertentu, terutamanya di dalam bab aqidah.

Di bawah ini, aku sertakan sebuah artikel yang mungkin dapat dijadikan iktibar oleh kita dalam bersangka baik dengan semua ulama'...

Tuesday, June 8, 2010

Mencari Ke Mana Hilangnya Kesatuan Ummah.


Assalamu’alaikum wbt..

Alhamdulillah, bersukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya, kita masih lagi menghiruo secangkir kemanisan suasana aman di Malaysia ini. Ni’mat keamanan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada rakyat di Malaysia ini perlulah disyukuri dan dihargai dengan sebaiknya kerana ia merupakan suatu ni’mat yang tidak dapat dirasai oleh saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Pakistan dan tempat-tempai lain yang diancam peperangan yang berterusan.

Friday, June 4, 2010

Tazallul liman Tahwa oleh Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli




تذلل لمن تهوى فليس الهوى سهل *** إذا رضي المحبوب صح لك الوصل

تـذلـل لــه تـحــظـى بــرؤيـا جـمـالـه *** ففي وجه من تهوى الفرائض والنفل

أدار عـلـى الـعـشـــاق خــمـرة حـبـه *** فـطـاب لـهـم فيها الصبابـة و القـتل

و قـال لـهـم: هــذا جـمـالـي تـمتـعـوا *** و هذا هو الإحسـان والجود والفضل

ســـكارى حـيـارى واقــفـيـن بـبـابـه *** و أجـفـانـهـم مــن الـمدامــع تـنـهـل

فإن شـئت أن تحـظى بـرؤيا جـمـاله *** تــقـــدم و إلا فــالــغــرام لـــه أهــل



Jika Kekasih telahpun meredhai (kamu yang ingin mencintai) maka dapatlah kamu sampai kepadaNya,

Rendahkanlah diri kamu terhadap Dia yang kamu mahukan kerana (ingin mendapatkan) apa yang diinginkan bukanlah mudah.

Pada wajh (jalan munuju) Dia yang kamu inginkan itu adanya kefardhuan dan amalan sunat,

maka rendahkanlah dirimu (zahirkanlah rasa kehinaan dirimu) kepadaNya nescaya dapat kamu melihat kecantikanNya.

Sangat beruntung buat mereka dalam keasyikan rindu dan dan kematian nafsu (yang jahat),

di mana minuman kecintaanNya beredar dalam kelompok para perindu.

Inilah kebaikan, kemurahan dan kemuliaan,

Kekasih berkata kepada mereka (perindu): "Inilah kecantikanKu maka berseronoklah".

Kelopak mata mereka berlinangan dengan air mata,

dalam kemabukan cinta tatkala berdiri di pintuNya.

Oleh yang demikian, teruskanlah melangkah (terus berjalan menujuNya) jika tidak, sesungguhnya kerinduan itu milik ahlinya (yang merinduiNya),

jika kamu hendak melihat kecantikanNya.



Sumber : Raja Ahmad Mukhlis