Sunday, May 30, 2010

Melihat Dengan Nur Allah Swt





Ali bin abi Talib ra pernah bercerita :-

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khatab ra. Aku melihat di dalam mimpi seolah-olah aku sedang Solat Fajar di belakang Rasulullah saw. Setelah selesai solat, aku keluar dari masjid. Tiba-tiba aku melihat seorang wanita sedang berdiri di pintu masjid drngan sepiring kurma di tangannya seraya berkata,” Ya Ali, terimalah piring ini dan berikanlah kepada Rasulullah saw.” Sesudah aku sampaikan amanat itu, Rasulullah saw mengambil sebiji kurma dari piring itu dan meletakkan ke mulutku. Setelah aku memakannya, aku berkata kepada Rasulullah saw,”Berikan kepadaku sebiji lagi, Ya Rasulullah….” Belum sempat baginda menambahnya, aku tiba-tiba terbangun oleh suara muazzin dari Masjid Rasulullah saw.

Selanjutnya Ali bercerita lagi :-

Aku pun pergi ke masjid bermakmum di belakang Amirul Mukminin Umar bin Khatab ra. Setelah selesai solat, aku keluar dan ternyata di pintu masjid ada seorang wanita dengan sepeiring kurma di tangannya. Wanita itu berkata kepadaku,” Ya Ali, berikan kurma ini kepada Amirul mukminin Umar bin Khatab ra.” Aku mengambil piring kurma berkenaan lalu aku pun pergi memberikannya kepada Umar ra. Lalu umar mengambil sebiji kurma dari piring berkenaan lalu menyuapkannya ke mulutku. Aku berkata kepadanya,” Ya Amirul Mukminin, tambahlah sebiji lagi untukku.” Umar pun berkata,” Kalau Rasulullah menambah untuk mu, maka aku akan menambahnya juga!”

Ali bin Abi Talib pun hairan, memikirkan mimpinya itu ada persamaannya dengan peristiwa yang baru dialaminya itu. Lalu ia berkata kepada Umar ra,” Ya Amirul Mukminin, adakah tuan bermimpi seperti mimpiku, atau Allah swt membukakan pintu ghaibnya untukmu? Umar ra menjawab,” Itu bukan mimpi dan bukan pula ilmu ghaib. Tetapi seorang mukmin, bila hatinya ikhlas kerana Allah swt, dia akan melihat sesuatu dengan Nur Allah.”



Sumber : Al-Alorstari

Haru-Biru...


Salam sejahtera..
Ini adalah sesi untuk aku merepek, so aku tak galakkan korang bace post nie…

Saturday, May 29, 2010

Ibadah : Kekuatan Fizikal vs Kekuatan Jiwa


Assalamu’alaikum wbt..

Ibn Mas’ud r.a berkata:

“seharusnya seseorang yang mengerti al-Quran dikenal waktu malamnya ketika orang-orang pada tidur, dan waktu siangnya ketika orang-orang tidak berpuasa, dan tangisnya di waktu orang-orang tertawa, dan diamnya di waktu orang-orang berbicara, dan khusyu’ di waktu orang-orang berbangga. Juga seharusnya seseorang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan prihatin, dan tidak boleh menjadi seorang kasar, kejam, lalai dan bersuara kuat dan panas baran.”

Tuesday, May 18, 2010

Sudah Masanya Kita Menjarakkan Diri Dengan Dunia Ini.



Assalamu'alaikum wbt...
Di bawah ini merupakan suatu kisah yang mungkin ada antara kita pernah dengar akannya dan mungkin juga ada yang tidak pernah dengar akannya. Namun, yang cuba diketengahkan di dalam entry kali ini adalah hakikat seorang pemuda yang mampu untuk memisahkan dirinya dengan dunia ini. Sehingga ke hari ini, aku masih tidak mampu memisahkan diri aku dengan dunia. Semoga Allah S.W.T membantu diri aku dan kita semua dalam usaha kita untuk memisahkan diri dari keni'matan dunia yang sementara ini.
Hadis Huzaifah r.a: 
Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya. Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah? Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya. Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya? Mereka menjawab: Ya, benar. Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang? Huzaifah berkata: Para sahabat terdiam. Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar! Sayidina Umar berkata: Engkau. Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah. Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.(Riwayat Muslim)

Sunday, May 16, 2010

Diskriminasi Dalam Berkasih-Sayang


Assalamu’alaikum wbt..

“Akh, ana tak larat lagi nak tanggung beban amanah yang diberi ni, ana terasa keseorangan, mereka selalu mengatakan bahawa ana ni ‘kuat’, so ana selalu dibiarkan bertindak berseorangan. Walaupun ana selalu tersenyum di depan mereka, mereka tidak tahu bahawa ana selalu menangis semasa ketiadaan mereka. Biarlah keadaan ini berlaku kepada ana sahaja, ana harap tiada sahabat lain yang senasib seperti ana. Kita semua kena ingat bahawa, se’kuat’ mana pun individu tersebut, dia masih manusia biasa yang mempunyai perasaan dan keterbatasan.”

Wednesday, May 12, 2010

Hidup bersama Tuhan