Friday, April 30, 2010

PASTI kah?



Assalamu’alaikum wbt…

Pernah suatu ketika, aku terdengar sebuah tazkirah yang disampaikan oleh seorang senior aku. Bunyinya adalah lebih kurang macam ni,

“sahabat-sahabat sekalian, ana tak risau pada mereka yang ditimpa ujian oleh Allah S.W.T kerana mereka pasti akan semakin hampir kepada Allah S.W.T, yang ana risaukan adalah mereka yang mereka yang berda di dalam kesenangan ini kerana ujian kesenangan adalah ujian yang paling berat di antara semua ujian….”

Ya, memang ada benarnya apa yang senior aku cakapkan tersebut. Kalau tidak, masakan Saidina Abu Bakar radiallahu’anhu sendiri pernah mengungkapkan suatu ungkapan yang menyatakan ketakutannya kepada ni’mat kesenangan ini.

Tapi berkenaan perkataan ‘PASTI’ yang ada di dalam kata-katanya itu, aku masih berfikir tentang kerelevanannya.

Benarkah orang yang diuji pasti akan kembali ingat kepada Allah S.W.T ?


Aku tinggalkan persoalan ini kepada sahabat-sahabat sekalian untuk memikirkannya…

Maaf ye, kesihatan aku belum pulih sepenuhnya lagi…


p/s : syukran buat sahabat-sahabat sekalian..

Monday, April 26, 2010

Majlis Maulidur Rasul & Haul Syeikh Abdul Qadir Jilani


Friday, April 23, 2010

Berzikir atau Menghabiskan Zikir ??


Assalamu’alaikum wbt..

Selepas solat asar petang itu, aku dan beberapa orang sahabat duduk di beranda masjid sambil ‘menghabiskan’ zikir harian yang menjadi ‘rutin’ kami setiap hari. Sambil berzikir, kami berbual-bual mengenai usaha da’wah dan situasi semasa masyarakat pada masa kini.

Selang beberapa minit selepas itu, seorang pakcik telah datang dan menghampiri kami. Pakcik yang ramah tersebut mula menyapa kami,

Fenomena Poligami di GAZA




Jika Anda ke Gaza, jangan pernah terkejut mendengar kalimat ini, "Saya akan menikah dengan seorang lelaki yang sudah menikah," dari seorang gadis yang cantik dan masih muda.

Mungkin anda akan bertanya, “Bagaimana boleh jadi begitu? Anda adalah seorang gadis muda yang cantik?"
"Tidak ada masalah jika saya isteri kedua atau ketiga," itulah mungkin yang akan dikatakannya kemudian. "Yang penting bagi saya adalah hidup dengan orang yang boleh memberikan saya segala sesuatu yang saya minta."
Begitulah gadis-gadis muda di Gaza. Mungkin timbul sebuah pertanyaan, bagaimana ini boleh terjadi? Apakah kemiskinan dan kemelaratan yang diciptakan oleh Israel di Gaza sangat buruk sehingga gadis-gadis cerdas dan muda itu bersedia menjadi isteri kedua (atau mungkin isteri ketiga) hanya untuk memastikan kestabilan kewangan dan keperluan sehari-hari?

Hamas, yang membuka sebuah majlis khusus pernikahan telah membuka pintu untuk warga Gaza yang sudah ingin pernikahan. Hanya di Gaza, pernikahan yang halal dan syari dimudahkan dan tidak pernah berbelit-belit dengan segala catatan awam yang mungkin tak perlu, dan prosedur yang mahal dan sulit.

Tuesday, April 20, 2010

Renungilah Teman



Lagu : Renungilah Teman
Artis : Alleycats


Maafkan aku wahai teman yang tersayang
Maafkanlah sekiranya teguranku melukakan
Demi Tuhan ku lakukan semua dengan keikhlasan
Demi untuk melihat hari mukamu bahagia

Ingatlah teman jangan berlebih ketawa
Mungkin itu kan membawa kita hampir dengan duka
Kita tidak tahu yang bakal berlaku
Seperti kita tak bisa mengawal cerah cuaca

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara

Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman.

Ikhlasku teman
Memberimu peringatan
Melihat kau bahagia
Itu yang lebih bermakna
Sekiranya nanti
Aku tiada lagi
Sematkan dalam ingatan
Sebagai tanda kenangan

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara

Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman.




p/s : semoga sempat meninggalkan sesuatu...

Sunday, April 18, 2010

Iceland's disruptive volcano


Steam and hot gases rise above lava flowing from the Eyjafjallajökull volcano on April 3rd, 2010. Original here. (Ulrich Latzenhofer / CC BY-SA#



Smoke billows from an erupting volcano which seems to be close to the top of the Eyjafjalla glacier on April 14, 2010 near Reykjavik. All London flights, including those from Heathrow, will be suspended from noon (1100 GMT) today due to volcanic ash from Iceland that has already caused almost 300 cancellations here, officials said. (AFP/Getty Images)


This picture taken on March 27, 2010 shows lava spurting out of the site of a volcanic eruption at the Eyjafjallajökull volcano some 125 km east of Reykjavik. With lava still gushing, a small Icelandic volcano that initially sent hundreds fleeing from their homes is turning into a boon for the island nation's tourism industry, as visitors flock to catch a glimpse of the eruption. (HALLDOR KOLBEINS/AFP/Getty Images) #


For more pictures, click HERE


p/s : Volcano ni menyebabkan ada perubahan pada plat bumi, sesiapa yang ada baca tentang benda ni, boleh tolong citer kat kita sume sebab aku blom ada masa lagi nak baca tentang benda ni.......

Saturday, April 17, 2010

Ibu Mithali, Ibu Sejati





PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,telah terkalung pingat “Ibu Mithali”. Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi. “Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita kepada penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk
tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. ”

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun. 

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.’

Thursday, April 15, 2010

Santai Sambil Berhibur Di Pasar Seni




Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini : JAKIM

Wednesday, April 14, 2010

Kehalusan Di Dalam menjalani Usaha Dakwah



(Surat Nasihat dari Maulana Saeed Ahmad Khan : Makhtoobat-e-Saeed)

Tarikh : 2 April 1986

Assalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh

Usaha Jemaah Tabligh adalah satu usaha yang bergerak di atas kaedah atau prinsip yang cukup halus. Ianya akan menjadi cukup mudah bagi mereka-mereka yang inginkan memperbaiki diri (meningkatkan kerohanian diri ) , sebaliknya ianya akan menjadi cukup payah dan susah bagi mereka yang bermaksud untuk memperbaiki diri orang lain
Kaedah atau perinsip-perinsipnya adalah seperti berikut :

Polemik tajdid dan pembaharuan


DI antara isu yang sering menjadi punca tergelincir langkah dalam memahami dan menghayati Islam adalah isu tajdid atau pembaharuan dalam agama.

Jika tidak berhati-hati dan tanpa perlindungan Ilahi, ramai yang mungkin terkeliru dalam beberapa persoalan pokok berkaitan soal pembaharuan ini.

Antara persoalan pokok di sekitar tajdid termasuklah falsafah pembaharuan yang sahih dan diterima dalam Islam, skop atau ruang untuk pembaharuan dan kaedah serta manhaj untuk pembaharuan agama.

Akhirnya pemahaman terhadap semua persoalan ini akan memandu kita mengenalpasti siapakah para mujaddid atau pembaharu sebenar, dulu dan kini.

Kekeliruan dalam soal ini mudah berlaku kerana sering ada pihak yang cuba bercakap atas nama pembaharuan kalaupun mereka dan aliran pemikiran mereka menyimpang daripada fahaman tajdid yang murni dalam Islam.

Ringkasnya mereka ini cuba berselindung dan memanipulasi tajdid dalam usaha mereka meminggirkan aliran yang tidak selari dengan mereka agar merekalah yang akan mendominasi fahaman agama di kalangan masyarakat.

Jika mereka ini agresif dan bijak memainkan lagu mereka ini tidak mustahil ramai orang awam yang akan terpengaruh.

Tidak mudah sebenarnya untuk mengambil sikap yang tepat dalam hal ini kerana isu tajdid agama ini merupakan persoalan kompleks yang memerlukan kajian dan kepakaran.

Tuesday, April 13, 2010

Golongan Ruwaibidhah


Assalamu’alaikum w.b.t..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawats erta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat radiallahu’anhum. Semoga Allah s.W.T merahmati dan memuliakan para masyaikh kita yang telah banyak berkorban diri, masa dan keringat mereka dalam menyampaikan ilmunya kepada sekalian umat.

Di sini, aku ingin memetik satu hadith di dalam kitab 40 Hadith Akhir Zaman yang disusun oleh Syeikh Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Ahmad Fahmi Zamzam, namun tujuan aku bukanlah untuk membahaskan hadith ini ( kerana aku memang sangat tidak layak untuk melakukannya), tetapi hanya ingin berkongsikan mengenai ‘ibrah yang boleh kita ambil dari hadith ini berdasarkan penerangan masyaikh terdahulu..

Thursday, April 8, 2010

Suatu Renungan




APABILA TAKAZA AGAMA (KEPERLUAN AGAMA) HENDAK DIBENTANGKAN KE HADAPAN :

“sayang, abang nak kuar 3hari hujung minggu ni”
“Boleh tak tangguh dulu keluar BERDAKWAH tu sementara? Ayang tengah sarat mengandung ni, tengah tunggu hari jer, kalau abang keluar siapa nak hantar ke Hospital?…lagipun abang kan selalu juga keluar, Kali ni tak keluar takpela…ALLAH FAHAM..” Dan si isteri mencebik bibirnya…

Sahabat dan Kenangan

Assalamu'alaikum wbt...

Terkenang sahabat yang sama-sama berusaha membina iman dalam diri, membina yakin di dalam hati, mengamalkan segala sunnah nabi dan sahabat yang menzahirkan hakikat duniawi...semoga terus thabat di jalan ini..







Sumber : Komik Dakwah


Kadang-kadang terdetik di dalam hati aku, apa yang akan aku tinggalkan buat sahabat-sahabatku, perjuanganku, jemaahku dan keluargaku setelah aku tiada lagi di muka bumi ini....

Semoga aku dapat tinggalkan suatu yang berharga buat mereka walau masa kian mencemburui aku...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un....

Friday, April 2, 2010

Tasaamuh Dalam Ikhtilaf


Assalamu'alaikum wbt..

artikel ini juga telah di tulis oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kira-kira setahun yang lalu..so, sape-sape yang dah baca, Alhamdulillah, anggaplah ia sebagai suatu penegasan dari aku..dan buat yang belum membacanya, ia sekadar suatu pendedahan kepada kita untuk bersikap lebih terbuka pada masa akan datang..

Persahabatan : Nilai Keizzahan Perjuangan




Assalamu'alaikum wbt...

Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Nasaruddin kira-kira setahun yang lalu, dan mungkin ada di antara kita yang telahpun membacanya berulang kali. Namun begitu, di kesempatan ini, aku ingin tampilkan sekali lagi artikel ini sebagai suatu penegasan terhadap isi kandungannya yang aku rasa sangat relevan dan bertepatan dengan "tahap adab kita ketika berjemaah" pada masa ini. wallahua'lam..