Wednesday, March 31, 2010

Pakaian : Megah atau Mencegah

(tak ingat aku amik gambar ni dari mane..)


Assalamu’alaikum wbt…

Suatu ketika dulu, berjubah, berserban, bertudung labuh, memakai pakaian seraba putih dan lain-lain pakaian yang ‘melambangkan’ iman akan dipandang pelik oleh orang ramai. Namun begitu, perkara tersebut mungkin berkurangan pada masa kini berikutan perkembangan masyarakat yang kian terdedah dengan pengamalan Islam dalam kehidupan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga suara sumbang yang mempertikaikan tindakan seseorang  mengenakan pakaian tersebut.

Tuesday, March 30, 2010

Allah Wajib Ada



Allah Wajib Ada
Album : Kenalilah Tuhan
Munsyid : Mawaddah Kecil
http://liriknasyid.com


Bila mata tidak dapat melihat
Jangan anggap sesuatu tidak ada
Bila telinga tidak mendengar suara
Jangan anggap suara tidak ada
Subhanallah, Maha Suci Allah

Bila akal tidak dapat memikirkan
Jangan anggap sesuatu tidak ada
Bila hati tidak terbuka
Hingga tak dapat lihat mawaro-ul-madah
Jangan anggap ia tidak ada di luar alam nyata
Subhanallah, Maha Suci Allah

Bila lidah tidak dapat merasa
Atau sentuhan badan tidak terasa
Rasa dalam Ainul-zat
Jangan anggap rasa tidak ada dalam zat
Kerana yang ada tetap ada
Walaupun tidak dapat dibuktikan
Oleh alat-alat perasa

Begitulah Allah yang Maha Hebat
Allah Maha Hebat menjadikan segalanya
Allah Maha Hebat menciptakan seluruhnya
Subhanallah, Maha Suci Allah


p/s : comel giler lagu ni...

Friday, March 26, 2010

Muktamar : Adat atau Keperluan?


Assalamu’alaiku wbt…

Segala pujian bagi Allah S.W.T tuhan pentadbir sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sejak kebelakangan ni, entry yang dtulis oleh aku adalah sangat mengarut dan tiada hala tujunya. Mungkin ini yang korang nampak dari tulisan aku kebelakangan ini.

Ya, aku memang suka mengarut, dan kadang-kadang aku menceritakan perkara yang tak perlu orang lain tahu pun tentang benda tu, sebagai contoh entry aku yang bertajuk “alhamdulilah..untungnya jadi lelaki”. Walaubagaimanapun, aku memang akan tetap mengarut pada masa-masa akan datang. insyaAllah…

Dalam masa beberapa hari ni, aku susah sangat nak tidur, banyak sangat perkara yang bermain dalam fikiran aku ni. Semoga Allah ta’ala permudahkan urusan aku dan kita semua.

Di sini, aku ingin melontarkan satu soalan kepada korang semua..

Monday, March 15, 2010

Jom Bayar MAHAR..


Assalamu’alaikum wbt…


“Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah S.W.T Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah An-Nur : 30)

Thursday, March 11, 2010

Dibelenggu perasaan..


Assalamu’alaikum wbt..


Di saat saudara-saudara lain sedang bermandi darah dan peluru di seberang sana,

Kita pula masih dibelenggu permainan perasaan,

Bukan niat aku di sini untuk menafikan fitrah insan,

Cume ingin menyedarkan diri yang kian derita mendengar tangisan.


p/s : Alhamdulillah..semoga aku menjadi semakin kuat…

Monday, March 8, 2010

Aku, Kau berbeza cara, tetapi Matlamat Kita Tetap Sama…


Assalamu’alaikum wbt..

Usaha da’wah yang dilakukan oleh semua pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu menyeru manusia mentauhidkan Allah S.W.T dan meninggikan syiar ISLAM di muka bumi ini. Namun begitu, jalan yang ditempuh ke arah matlamat tersebut adalah pelbagai. Ada yang menyukai pendekatan politik, ada juga yang menyukai pendekatan kebajikan dan tidak kurang juga yang menyukai pendekatan bersua secara terus dengan masyarakat dengan memperkatakan perkara yang HAK. Kewujudan berbagai usaha da’wah ini dilihat sebagai satu peluang yang berharga dan menjadikan perjuangan ISLAM itu lebih syumul.

Thursday, March 4, 2010

Indahnya Hubungan Tanpa NIKAH…



Assalamu’alaikum wbt…

Alhamdulillah, baru balik berehlah bersama ‘keluarga’ sepanjang siang tadi. Haha…sangat seronok, tapi penat, bukan penat buat ape pun, penat ketawa je..haih…

Bila bersama ‘keluarga’ yang satu ni, segala ape yang ada kat kepala aku sebelum ni hilang secara tiba-tiba. Sebab tu aku tak kesah pun kalau terlebih gelak atau terlebih gurau atau ape-ape pun yang aku dan ‘keluarga’ buat masa tu. Masa ni je lah aku dapat lari dari semua benda yang menyerabutkan kepala.

mm..aku bukannya nak citer tentang apa yang kitorang buat mase rehlah tadi, tapi kat sini aku nak citer pengajaran yang aku dapat daripada rehlah tadi.

Monday, March 1, 2010

Mikirin Ummat..



Assalamu’alaikum..

Da’wah yang kian lesu….Isu ini telah pun lama dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang sedar mengenai kemerosotan semangat dan gerak kerja da’wah di sesetengah kampus di bumi Malaysia ini. Kemerosotan usaha da’wah ini ditakuti akan melahirkan kader-kader da’wah acuan kampus yang bersikap mementingkan diri dan kehilangan ni’mat ‘FIKIR UMMAT’ dalam diri.