Saturday, January 30, 2010

Rindu Akhirat


Assalamu’alaikum…
Alhamdulillah, pilihanraya kampus telahpun melabuhkan tirainya walaupun terdapat beberapa isu lagi yang tidak dapat diputuskan oleh pihak pentadbiran universiti.
Bagi mereka yang banyak berusaha dan berhempas-pulas untuk menjamin kemenangan calon masing-masing pasti dengan izin-Nya telahpun mengecapi kemanisan bergerak-kerja tidak kiralah sama ada calon sokongannya menang ataupun tidak.

Friday, January 22, 2010

Terima kasih sahabat..


Assalamu’alaikum…
Tersentak aku petang tadi bila seorang sahabat menceritakan suatu kenyataan yang amat menyedihkan dan merisaukan hati aku.
“ korang budak usrah ni, asyik dengan kelompok usrah korang je. Aku pun tak faham lah, usrah pun ade puak-puak jugak. “
mm… aku pun tak tahu macam mane nak explain tentang bende ni. Tapi, perkara pertama yang bermain dalam fikiran aku adalah, apa yang menyebabkan diorang menganggap bahawa diorang bukan ‘budak usrah’ ??

Thursday, January 21, 2010

Memimpin perubahan melalui kekuasaan…


Assalamu’alaikum..


Sabda Rasulullah S.A.W,

“ semua kamu adalah gembala, dan semua kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya. “

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sabda Rasulullah S.A.W,

“ bahawa sesiapa yang diberi jawatan tanpa permintaan, nescaya tuhan akan memberikan kepadanya keberkatan dan sesiapa yang mendapat jawatan kerana permintaan Tuhan akan serahkan kepadanya. “

Firman Allah S.WT,

“ …sesungguhnya orang yang paliang baik yang kamu ambil bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai. “ (surah al- Qasas : 26)

Dari Ibn ‘Abbas ra, sabda Rasulullah S.A.W,

“ sesiapa yang melantik seseorang lelaki ke atas suatu kumpulan, sedangkan ada di kalangan mereka orang yang lebih diredhai Allah, maka dia sudah khianat Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang beriman. “


Tangunggjawab memimpin dan memilih kepimpinan merupakan suatu tugas yang amat berat yang perlu dilakukan oelh semua insan tidak kiralah dia itu adalah pelajar, rakyat sebuah negara, ahli sesuatu jemaah atau lain-lain.

Kecuaian ketika memegang tampuk kepimpinan akan menyebabkan seseorang itu terjerumus ke lembah neraka. Begitu juga dengan kesilapan dalam memilih orang yang sesuai untuk memimpin juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Namun begitu, terdapat beberapa garis panduan ciri-ciri pemimpin yang perlu dibentuk dalam diri setiap yang bergelar pimpinan dan juga boleh dijadikan panduan oleh kita dalam pemilihan pucuk pimpinan yang bakal memimpin kita nanti.

  • Ikhlas kepada Allah dan benar-benar mahu keredhaan dalam semua gerak-gerinya.
  • Fikiran yang cergas, bijaksana, pengalaman dan pengetahuan yang luas, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak terbuntu fikiran di waktu marah dan gawat
  • Lemah lembut
  • Berani dan bermaruah, tidak takut dan tergopoh-gapah. ( berani berterus-terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.
  • Bercakap benar dalam semua keadaan.
  • Tawaddhu’ dan merendah diri terhadap orang-orang mu’min.
  • Bersikap pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.
  • Tunai janji
  • Sabar
  • Bersih diri dari kepentingan peribadi dan murah hati.
  • Wara’ dan zuhud.
  • Bersikap adil dan insaf.
  • Menjaga batas-batas agama.
  • Menjaga perpaduan jemaah(masyarakat)
  • Tegas dan bertawakkal kepada Allah.
  • Bersederhana dan berpatutan dalam urusan.
  • Tetap di atas kebenaran.
  • Menjauhkan diri dari berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.
  • Berwaspada.


Setelah diteliti ciri-ciri yang dinyatakan di atas, bukanlah seseorang itu diharapkan untuk memiliki kesemua ciri-ciri itu sebelum berani untuk menjadi pemimpin, namun yang diharapkan adalah seseorang itu dapat berusaha untuk memiliki ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

...............................................................

Tampuk kepimpinan merupakan suatu medan da’wah yang amat berkesan jika dimanfaatkan sebaiknya. Perjuangan untuk mendapatkan kekuasaan ini merupakan suatu perkara yang bersifat waqi’ieyah, yang bermaksud, sesuatu perjuangan mestilah bersesuaian dengan suasana dan keadaan sesuatu tempat tersebut.

Sebagai contoh, bagi mahasiswa yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, lorong utama untuk menguasai sesuatu kepimpinan di peringkat mahasiswa adalah melalui pilihanraya kampus. Oleh itu, menjadi suatu kemestian bagi mereka yang ingin berda’wah melalui jalan kekuasaan ini untuk menyertai pilihanraya kampus.

Terdapat suara yang mengatakan bahawa, “ aku ingin perjuangkan ISLAM” dan “ aku ingin berda’wah”, namun begitu, tidak pula dinyatakan bagaimana untuk mereka itu berda’wah dan tidak juga dinyatakan apakah medium untuk mereka menegakkan agama Allah ini. Mereka kerap memperkecilkan usaha sesetengah pihak yang berusaha untuk membuka jalan untuk berda’wah sekali gus menegakkan ISLAM di muka bumi Allah ini tanpa menyedari bahawa mereka tidak pernah melakukan apa-apa usaha ke arah itu.

Adakah ISLAM itu boleh tertegak dengan hanya berbincang di dalam usrah?

Adakah ISLAM itu boleh diperkasakan dengan hanya berfikir dan kemudiannya duduk beristirehat?

Cukuplah kita memperkecilkan usaha orang lain dalam menyempurnakan niat suci ini, kini, yang perlu dipersoalkan adalah, apakah usaha yang akan kita lakukan ke arah matlamat tersebut?

Wallahua’lam.

Wednesday, January 20, 2010

Meraih Pasti


Assalamu’alaikum…

Tak dapat aku bayangkan di saat aku meninggalkan dunia ini. Terbang tinggi meninggalkan kehidupan yang sementara ini. Dalam keadaan yang berlumuran dosa, aku temui tuhanku, Zat yang maha suci. Dan dalam keadaan ini juga, aku ‘bersedia’ menjawab persoalan makhluk Allah bergelar munkar dan nakir.. haha.. bersedia lah sangat…

Kerap terbayang detik itu, namun aku tak pernah sedar. Ya, mungkin sedar buat sekali atau dua kali, tapi kemudiannya, aku kembali kepada kealpaanku semula.

Menyelak lembaran-lembaran amalanku, aku menjadi malu sendiri. Apatah lagi dengan berbekalkan hati yang ‘kosong’. Kosong dari mengingati Allah, kosong dari cinta Rasulullah, kosong dari kemanisan iman, kosong dari rasa kesyukuran kepada-Nya dan kosong dari perasaan cinta terhadap perjuangan ISLAM.

Pasti di saat itu, syaitan tanpa segan silu mentertawakan diri ini dan berkata, “ Alangkah bodohnya manusia ini, hatinya penuh dengan keinginan dan tunjuk ajarku”. Hatinya penuh dengan keseronokan dunia, penuh dengan kehendak syahwatnya, hatinya penuh dengan nikmat unia, hatinya penuh dengan perasaa takut terhadap kematian dan hatinya penuh dengan perasaan cinta akan musuh-musuh Islam.

Terlalu seronok ‘bermain’ dengan dunia ini, sehingga terlupa kepada suatu pertemuan yang pasti, pertemuan yang bisa memberi, kesenangan atau penderitaan hakiki….

Wallahua’lam…


Irhamna

Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com


Tinggi menggunung dosa-dosaku
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Alloh ya Rohman ya Rohim 4x

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Ampun aaaa
Ampun aaaa

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya alloh ya rohman ya rohim 4x

(Irhamna ya Alloh ya Rohman ya Rohim)
Ya Alloh ya Rohman ya Alloh ya Rohim
Ya Alloh
(diulang 2x)

Irhamna

p/s : hati yang kian rapuh dan jasad yang makin terkubur…
hanya luahan, bukan renungan...Ya Allah..jauhnya...

Friday, January 15, 2010

Menanggapi Isu.


Assalamu’alaikum w.b.t..

Segala pujian bagi Allah S.W.T, tuhan pentadbir sekalian alam dan selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W…

Pernah suatu ketika, seseorang bertanya kepada seorang sahabat mengenai sebab mengapa sahabat tersebut sangat membenci tabligh dan hizbut tahrir. Sahabat itu menjawab, “ mm.. ana pun tak tahu lah, ana ikut naqib ana je..dia sangat tak suka tabligh dan hizbut tahrir ni..reason dia, ana pun tak jelas sangat sebenarnya, tapi dari kate-kate naqib tu, memang nampak sangat tabligh dan hizbut tahrir ni sangat-sangat lah tak bagus.”


Sahaba-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Fenomena seperti ini adalah perkara yang agak biasa kita jumpa di dalam kehidupan ini. Naqib yang sepatutnya menunjukkan pilihan dan hujah-hujah berkaitan isu tertentu kepada anak usrahnya, kini menjadi seorang “pendoktrinisasi tak berhujah” kepada anak usrahnya. Anak usrahnya tahu apa yang dia perjuangkan tetapi, mereka tidak mengetahui asas perjuangan naqib tersebut.

Matlamat usrah bukan sahaja ingin melahirkan seorang ‘ pak turut’ tetapi, ia merupakan medium untuk mencambah pemikiran ahli usrah tersebut supaya kelak ISLAM tidak ketandusan pemikir yang berkaliber.

Oleh itu, sebagai satu usaha ke arah pembentukan GENERASI PEMIKIR ini, naqib perlulah mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan asas-asas perjuangan setiap pihak yang terbabit dalam isu atau perjuangan tersebut. Naqib tidak perlulah hanya ‘membela’ pendirian atau perjuangannya sahaja, tetapi dia perlu menjadi orang yang neutral buat sementara waktu. Dengan memberikan penerangan yang tidak berat sebelah, ahli-ahli yang lain dapat berfikir dengan lebih rasional dan tidak terlalu terkongkong oleh suatu doktrinisasi.

Begitu juga ketika berdepan dengan suatu isu atau peristiwa. Dalam menanggapi sesuatu isu atau peristiwa, seseorang perlulah mempunyai maklumat yang secukupnya dari semua pihak yang terlibat dalam perkara tersebut sebelum berani mengeluarkan pendirian terhadap isu tersebut. Perkara-perkara asas yang penting di dalam perkara tersebut perlulah dikuasai oleh orang tersebut dalam usaha membentuk pendirian atau pemikiran yang lebih rasional dan jernih.

Suatu kegopohan jika terdapat antara kita yang mengambil jalan tengah dengan melihat sesuatu isu atau peristiwa dari luarannya sahaja, tanpa berusaha mengenali ‘hati budi’ isu atau peristiwa tersebut dari dalam. Dengan tidak mengetahui asas-asas sesuatu isu, memilih jalan tengah bukanlah suatu perkara yang bijak kerana kita akan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara atau hujah yang lebih ‘prominent’, dan pendirian dan pemikiran kita bukanlah berdasarkan kepada kebenaran suatu isu tersebut.

Sebagai kesimpulannya, seseorang perlu menguasai asas-asas sesuatu perkara sebelum terbang memandang sesuatu perkara itu dari sudut yang lebih luas.

………………………………………………………...

Tertarik dengan perbincangan di dalam usrah muslimin tempoh hari, walaupun aku kepenatan,tak berapa sihat dan tak larat untuk mengeluarkan idea, banyak perkara yang dapat aku perhatikan dalam sesi usrah tersebut.

Suatu sahaja pendapat dan cadangan dari aku buat masa ini berkenaan isu yang kita bincangkan dalam usrah tersebut, di dalam perbincangan tersebut, kita terlalu memfokuskan fikiran kita kepada satu sahaja dari ciri-ciri ISLAM iaitu RABBANIYAH, aku mencadangkan agar kita bersama-bersama memikirkan isu tersebut dari perspektif ciri-ciri ISLAM yang lain. Salam renungan.

Wallahua’lam..

p/s : ukhwah dan komitmen..2 perkara yang mudah diucapkan, tetapi sukar dipraktikkan..peringatan buat diri ini…

bukankah suatu yang melucukan bagi seseorang yang selalu menceritakan tentang hakikat ukhwah dan komitmen, tetapi pada hakikatnya….wallahua’lam…

Tuesday, January 5, 2010

Janji Tuhan Pasti Berlaku


Assalamu'alaikum...


Saje je post kali, sementara tunggu masa nak study...

Teringat sebuah lagu yang sangat terkesan kat hati aku ni...lagu 'old school' tp akan selalu bermakna dan praktikal sepanjang zaman kerna perjuangan ISLAM itu adalah berterusan.

jom kita hayati..





Janji Tuhan Pasti Berlaku
Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

Lagu: Kamal Halim
Lirik: Kamal Halim
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions

Sunday, January 3, 2010

Peluang meraih pemurnian CINTA


Assalamu’alaikum..

Banyak perkara berlaku sejak kebelakangan ni dan Alhamdulillah, seribu satu pengajaran dapat digarap dari peristiwa-peristiwa tersebut. Sama ada kita nak ambil pengajaran tersebut atau tidak, itu terpulang lah pada diri kita dan iman kita.

…………………………………………………………………………

Berkenaan dengan isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan ISLAM, sudah jelas lagi tersuluh bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang sama sekali diamalkan di negara ini atas alasan yang telahpun diberi oleh para ‘alim ulama’ kita dan juga hujah yang diutarakan oleh insan-insan yang ahli dalam isu ni.

Namun begitu, aku melihat terdapat 2 golongan yang perlu diwujudkan dalam menangani isu ini, iaiatu golongan yang memperjuangkan di medan kehakiman dan juga satu golongan lain yang berjuang di medan seruan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah mereka itu beragama islam atau tidak.

Golongan yang memperjuangkan di medan kehakiman dan ‘suara luar’ telah banyak sekali didengari suara mereka. Mereka membuat demonstrasi, tunjuk perasaan dan tak kurang juga yang mengambil pendekatan yang lebih profeisional seperti berbahas di media massa, melontarkan pendapat di Dewan Rakyat serta menghantar memorandum-merondum bantahan kepada pihak-pihak yang berwajib. Usaha mereka ini amatlah dihargai dan perlulah diteruskan dari masa ke semasa.

Malangnya,hanya terdapat sedikit sahaja suara yang lantang memberikan penjelasan kepada rakyat negara ini berkenaan isu ini. Tidak dinafikan bahawa terdapat usaha-usaha dari pihak-pihak tertentu yang memberikan penerangan melalui kenyataan media dan blog-blog, tetapi sejauh manakah penjelasan atau penerangan tersebut dapat sampai ke segenap pelusuk masyarakat, dan sejauh manakah berkesanan penerangan tersebut di hati sanubari setiap rakyat di negara ini? Itu yang perlu kita persoalakan.

Isu ini mempunyai impak negatif yang besar kepada dunia islam jika tidak ditangani dengan betul dan jika peluang yang terdapat di dalam isu ini tidak dimanipulasikan sebaik mungkin.

Peluang yang paling jelas dapat diambil oleh setiap penda’wah ISLAM di negara ini ialah, kita dapat memberikan penerangan yang lebih jelas kepada masyarakat ISLAM di negara ini khususnya dan di seluruh dunia amnya mengenai hakikat tauhid yang sebenarnya. Dengan bersandarkan kepada isu ini, para penda’wah dapat turun ke kampung-kampung dan pedalaman untuk mendekati masyarakat dalam usaha untuk menerangkan mengenai asas-asas tauhid kepada mereka di samping mendedahkan mereka terhadap isu ini.

Ayuh, ini adalah peluang yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita dalam usaha kita untuk membentuk sebuah negara ISLAM pada masa akan datang. Ini kerana, pembinaan negara ISLAM bermula dari pembinaan individu muslim, yang seterusnya diikuti oleh keluarga dan masyarakat muslim. Pembentukan keimanan yang jelas dan utuh kepada Allah S.W.T di dalamdiri setiap muslim merupakan suatu elemen yang menjadi asas kepada pembentukan ‘fardul muslim’.

Kesimpulannya, walaupun isu ini ditimbulkan oleh para missionaries kristian dalam usaha untuk mengelirukan umat ISLAM di negara ini, para penda’wah ISLAM perlulah bijak mengambil peluang ini sebagai satu usaha ke arah penjernihan semula masalah akidah di kalangan umat ISLAM di negara ini.

Wallahua’lam.

ISLAM for ALL, PAS for ALL, GMUKM for ALL

Friday, January 1, 2010

Hakikat Perjuangan


Assalamua’laikum…

“bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan islam”

Sejak kebelakangan ini, aku jarang memperkatakan hal-hal berkaitan dengan perjuangan, da’wah, peperangan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Bukanlah hati ini melupakan terus tentang perkara ini, tetapi, telah timbul di dalam hati aku bahawa perjuangan itu adalah sesuatu perkara yang terlalu berat dan tidak mampu diterjemahkan dalam selautan makalah, apatah lagi di dalam secebis catatan yang amat terbatas ini.

Namun begitu, usaha murni sahabat-sahabatku dan para pejuang terdahulu dalam menukilkan bait-bait inspirasi dan perjuangan amatlah aku hargai, kerana, tanpa usaha mereka ini, kemungkinan dengan izin-Nya, kelangsungan da’wah dan perjuangan ISLAM tidak akan menjadi segencar kini.

Apabila seseorang menyatakan bahawa dirinya adalah pejuang agama Allah S.W.T, harga yang mahal perlu dibayar olehnya. Dirinya, hartanya, masanya, sanak-saudaranya, kerjayanya, kehidupannya yang selesa dan banyak lagi perkara yang perlu dikorbankan dalam mengharungi jalan ini.

Seseorang itu telahpun tertipu ataupun menipu di saat dia mengatakan bahawa dirinya adalah pejuang ISLAM tetapi masih lena dibuai kesenangan duniawi.

Memetik kata-kata Dr Abdullah Azzam,

“ mereka yang memasang cita-cita yang tinggi untuk melihat kemenangan ISLAM tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu, serta tidak mungkin akan sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya.

Sesungguhnya, membiarkan ummat ISLAM disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata ‘ la haula wala quwwata illa billah’ atau dengan hanya mengucapkan ‘ inna lillahi wa inna ilaihi raji’un ’ dan hanya akan melepaskan geram di tangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada suatu perancangan yang rapi untuk menghadapi masalah tersebut, hanyalah suatu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang yang telah sekian lama menipu dri sendiridi segenap sudut. “


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Nilai perjuangan yang dibayar jika dipersembahkan kepada Allah S.W.T, tidak akan sedikit pun menguntungkan-Nya, dan tidak akan bergerak pun kekuasaan-Nya, melainkan ia adalah menjadi suatu keuntungan yang besar bagi kita dalam mempersiapkan diri untuk bertemu dengan-Nya.

Merupakan suatu tuntutan untuk mengorbankan seluruh kehidupan duniawi ini bagi mereka yang bercita-cita berjuang di jalan Allah S.W.T ini, tetapi di sini, aku suka mengingatkan kepada diri aku supaya berkorbanlah mengikut kemampuan diriku kerana pengorbanan ini lah yang melambangkan tahap keimananku kepada-Nya. Untuk menyuruh orang lain berkorban dengan sepenuhnya di jalan ini, ia merupakan sesuatu yang ‘palsu’ jika aku sendiri tidak mampu mengorbankan keseluruhan hidupku di jalan perjuangan ini.

Berkobar-kobar suara berkumandang tidak kiralah di arena pidato, blog atau di medium-medium da’wah lain yang menyeru kepada seluruh pejuang ISLAM supaya mengorbankan segenap penjuru kehidupannya bagi perjuangan ini, padahal orang yang menyeru itu sendiri berada di kerusi-kerusi empuk yang selesa. Tidak aku nafikan bahawa terdapat juga suara-suara yang lahir dari sekujur jasad yang telahpun membuktikan pengorbanan mereka di dalm perjuangan ini, namun, amatlah sedikit bilangannya..

Semoga semua insan yang telah mewakafkan diri untuk perjuangan ini akan terus kekal menyumbangkan apa yang yang terdaya untuk memastikan diri kita terus relevan dan istiqomah di jalan ini.

Aku suka mengulangi kata-kata Syeikh Asy-Syahid Omar Mukhtar sebelum beliau dihukum di tali gantung pada tanggal 16 September 1931.

“ Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musush, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita, bahkan kamu juga akan menghadapi peperangan demi peperangan. Jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanyalah setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila ( sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahankan agama Allah yang benar di muka bumi ini. “

Wallahua’lam.

p/s : maaf di atas kecelaruan entry kali ini. Semoga kita semua dapat mengakhiri hayat kita dengan penuh kemuliaan di sisi-Nya.

balik dari ronda-ronda KL, fuh, kalau Allah nak turunkan bala kat KL ni, memang patut sangat pun..biaseny kite x terasa sangat dengan keruntuhan akhlak masyarakat kt malaysia ni, tp td macam jadi " ijtima' peruntuh agama"..ramai sangat..tak terpandang aku semua sekali..hahaha..