Friday, December 31, 2010

XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011




XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011
Tarikh : 31 Disember 2010
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
Aktiviti
6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC
7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)
Syahirah (013-3932657)

Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC
Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya


SEMUA MAHASISWA DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR
ANJURAN GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)


Sumber : mygamis

JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)



MAJLIS ALTERNATIF MALAM TAHUN BARU



Thursday, December 30, 2010

Mana Milik Kita?



Assalamu’alaikum w.b.t

الحمد لله رب العالمين ، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين ،وصلى الله وسلم على سيدنا محمد خاتم النبيين ،واله وصحبه أجمعين ، ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ،

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup selautan rahmat dan kasih-sayang-Nya yang takkan habis walau dirasai oleh sekalian makhluk di muka bumi ini. Selawat serta salam ditujukan khas buat yang tercinta, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat radiallahu’anhum, ahli keluarga Baginda dan mereka yang mengikuti Baginda sehingga ke hari kiamat.

Kisah yang bakal diceritakan ini hanyalah sekadar pengajaran buat diri aku dan bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran darinya.

Thursday, December 23, 2010

Film Baru Kang Abik : "Dalam Mihrab Cinta"








Monday, December 13, 2010

Ya Allah, Andai Saat Itu Tiba..



Friday, November 19, 2010

Majlis Memperingati 25 Tahun Peristiwa Memali



Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Sini

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah SWT di dalam syurga Firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..." -Ucapan Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985.

Sunday, November 14, 2010

Qasidah Imam Al-Haddad ( Qod Kafani 'Ilmu Robbi)



قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku
شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku

ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Sumber : Al mujtaba

Wednesday, October 27, 2010

Mari Berkenalan Dengan Ultraman 1

Ultraman Tiga



Bisikan Masturat




(gambar tiada kaitan dengan entry kali ini)



Ermmm….takkan kan kami sanggup melepas dan membiarkan sang bidadari syurga merampas milik kami dengan sewenang-wenangnya..

Biar harta dunia berkurangan, asalkan ia dibelanjakan di jalanNya...

Biar kami sedikit terabai, asalkan si dia tak mengabaikan usaha agama..

Biar kami mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentiasa kerana agama, tak mengapa..

Biar kami di tinggal-tinggalkan, asalkan pemergiannya kerana ummat tercinta..

Biar kami sedikit kesusahan di dunia, kerana mengejar ganjaran akhirat kami rela..

Biar seksa melahirkan kami rasa, asalkan lahirnya para da’ie, kami redha..

Biar segala urusan datang menduga, malam markas dan dakwah tak kan kami biarkan si dia leka..

Biar kesempitan masa bersama, mesyuarat mingguan kami pastikan si dia ada..

Biar sibuk dengan urusan dunia, dengan izin Allah amalan sunnah di rumah sentiasa kami jaga..

Biar si dia syahid tika menyebarkan agama, insyaAllah kami sentiasa sedia terima..

Biarkan segala kepahitan perjuangan di telan bersama..demi Allah, segalanya di rasa seperti gula..

Apabila kami redha dan rela, kelak kami yang akan lebih awal untuk menunggu suami tercinta d syurga..

Sumber : iman&amal


p/s : saje-saje...

Monday, October 25, 2010

Motivasi Buat Diri



"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia untuk mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku bersama-sama membina kembali bangunan yang usang itu menjadisebuah bangunan yang tersergam indah."
(Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna)

p/s: syukran diucapkan buat sahabat yang pernah menitipkan kata-kata ini kepada aku melalui sms, sesungguhnya kata-kata ini menjadi sesuatu yang menguatkan aku dari sejak mula aku membacanya. Walaupun team aku sekarang ini tidak ramai, tapi insyaAllah mereka semua ikhlas untuk bersama-sama memacu perjuangan ini. jzakumullah khairan kathiraa buat sahabat-sahabat yang terus setia serta buat sahabat-sahabat yang bakal menyertai team ini.

Thursday, September 23, 2010

Kerana Cinta-Nya


Assalamu'alaikum w.b.t...

Usai solat subuh tadi, aku sempat menziarahi blog-blog saudara kita yang melakukan usaha tabligh, alhamdulillah, banyak jugak perkara yang aku dapat. Antaranya adalah cerita di bawah ini:

Thursday, September 9, 2010

Salam Eidulfitri 1431H



Assalamu’alaikum wbt…

الحمد لله رب العالمين ، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين ،وصلى الله وسلم على سيدنا محمد خاتم النبيين ،واله وصحبه أجمعين ، ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ،


Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnian-Nya, dapat kita sekali lagi menyempurnakan ibadah kita di bulan Ramadhan  ini. Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T dan seterusnya dapat kita meneruskan momentum ibadah ini pada masa akan datang dengan izin-Nya.

Ramadhan merupakan bulan mujahadah, bulan pengorbanan dan bulan jihad bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk memastikan kesempurnaan ibadah di bulan ini. Ia adalah bulan mujahadah yang bakal diraikan hasilnya ketika meyambut eidulfitri nanti. Barangsiapa yang bermujahadah dengan sepenuh hati dan kudratnya, pasti akan merasai kemanisan yang tidak terhingga ketika menyambut eidulfitri nanti, dan barangsiapa yang kurang bermujahadah di bulan ini, pasti akan kurang kemanisan yang dikecapi ketika menyambut eidulfitri nanti. Hal ini akan berlaku dengan izin-Nya jika manusia itu sedar akan hakikat sambutan eidulfitri tersebut.

Eidufitri adalah hadiah ataupun kurniaan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya yang telah bermujahadah dan bersunggunh-sungguh di dalam menyempurnakan ketaatan mereka di dalam bulan ramadhan. Jika umat Islam sedar akan hakikat sambutan eidulfitri ini, pasti tahap kegembiraan menyambut eidulfitri mereka adalah terkesan dari tahap amal ibadah dan ketaatan mereka di dalam bulan ramadhan. Tetapi, jika umat islam meletakkan keseronokan menyambut eidulfitri itu pada baju yang baru, perhiasan rumah yang baru dan indah, kereta baru, dan makanan yang pelbagai, pasti sahaja amalan mereka di bulan ramadhan tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kegembiraan mereka menyambut eidulfitri ini.

Saturday, August 14, 2010

Cetusan Pencinta


Assalamu’alaikum wbt…


الحمد لله رب العالمين ، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين ،وصلى الله وسلم على سيدنا محمد خاتم النبيين ،واله وصحبه أجمعين ، ولاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ،


Suka untuk aku menitipkan sebahagian kata-kata waliyullah, Saiyidatina Rabi’atul Adawiyah sebagai pembuka bicara bagi tulisan aku pada kali ini. Berikut merupakan mafhum dari kata-katanya tersebut;

Friday, August 6, 2010

Ramadhan 2 Zaman


Ramadhan 2 Zaman

Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

Tuesday, August 3, 2010

Keluarga ejen dakwah paling berkesan



KELUARGA adalah institusi penyebaran dakwah dan perkembangan Islam bermula dalam kalangan anggota keluarga. Apabila pembinaan institusi keluarga berasaskan kepada ajaran Islam, hasilnya sebuah rumah tangga bahagia.


Secara tidak langsung, institusi keluarga bahagia boleh menjadi penggerak dakwah melalui contoh ditunjukkan bukan saja terhadap ahlinya, tetapi juga pihak luar pastinya ingin tahu rahsia kebahagiaan dikecapi.


Keluarga sering dikaitkan sebagai antara punca berlakunya gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Oleh itu, jika keluarga menjadi punca, maka keluarga juga boleh menjadi penyelamat atau sistem pertahanan bagi mengelak berlakunya gejala negatif. 

Saturday, July 24, 2010

Jangan Dibiar Tangisan Itu..


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Mungkin ada di antara kita yang sedang dikelilingi oleh insan yang sedang sedang berduka. Tidak kiralah mereka itu ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita atau orang-orang lain yang berkaitan dengan kita, semua individu tersebut memerlukan bantuan dan sokongan dari kita. Janganlah sesekali tergerak di dalam hati kita untuk meninggalkan mereka sendirian.

Jangan dilihat mereka dari sudut luaran. Jangan dihitung bilangan titisan air mata mereka. Dan jangan dipertikaikan kenapa mereka perlu berduka. Andai kita adalah sahabat atau insan yang rapat dengan mereka, maka, bantulah mereka dan berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.