Friday, November 27, 2009

Salam 'eidul Adha..





Terkorban dan berkorban,
2 perkara yang takkan lari dari insan,
Yang mempunyai cinta dan kemahuan.

salam 'eidul adha..
semoga dipenuhi ibadah..




Thursday, November 26, 2009

Berlembut dalam perancangan, Tegas dalam perlaksanaan.


Assalamu'alaikum..

Perancangan dan perlaksanaan adalah perkara biasa bagi insan yang terlibat dalam sebarang gerakkerja persatuan, jemaah atau mana-mana pergerakan sekalipun. Dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama.

Namun begitu, pendekatan bagi kedua-duanya adalah sangat berbeza. Merujuk kepada tajuk post kali ini, ‘Berlembut dalam perancangan, Tegas dalam perlaksanaan’, ingin aku ungkapkan sedikit pendapat berkaitan perkara ini.


Berlembut dalam perancangan

Apa yang dimaksudkan oleh aku dengan perkataan ‘berlembut’ ini adalah, seseorang perancang itu perlu bergerak selembut air kerana terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira oleh seseorang perancang itu sebelum memutuskan sesuatu perancangan . Ini kerana, faktor kemanusiaan dan persekitaran adalah perkara yang akan mempengaruhi keberkesanan sesuatu perancangan itu. Oleh itu, seseorang perancang itu perlu fleksibel dan mampu menyelami hati dan perasaan orang lain terutamanya orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara tersebut.

Walaupun objektif sesuatu program itu tercapai, parut kelukaan yang berbekas di hati penggerak hasil perancangan yang TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN akan kekal buat suatu tempoh yang lama dan ini akan mempengaruhi pergerakan jemaah atau persatuan pada masa akan datang.

Oleh itu, penelitian yang terperinci perlu dilakukan terhadap faktor-faktor kemanusiaan dan persekitaran agar sesuatu perancangan itu tidak hanya berjaya pada zahirnya sahaja, bahkan ia juga harus berjaya secara KESELURUHANNYA.


Tegas dalam Perlaksanaan

TEGAS di sini adalah bermaksud, seseorang perlaksana itu perlulah rigid atau berpegang utuh kepada objektif asal sesuatu perancangan. Jika ketegasan ini hilang, tiada guna perancangan yang hebat dihasilkan. Perlaksana juga haruslah mengambil sifat dari air sungai yang mengalir iatu, dia haruslah fleksibel ketika mendepani sebarang masalah ketika perlaksanaan perancangan tersebut tetapi masih tidak terkeluar dari obektif asal perancangan tersebut.

Kadangkala, perlaksana tersebut perlu mengenepikan sedikit sebanyak faktor-faktor kemanusiaan dan persekitaran dalam membuat keputusan kerana, jika faktor tersebut diambil kira, nescaya objektif perancangan tidak akan tercapai.


"Duhai perancang, merancang itu sesuatu yang menyeronokkan, namun, tnjau-tinjaulah sekitarmu, selamilah hati ahlimu, agar tak terpecah jemaah kerana perancanganmu itu."


"Duhai perlaksana, antum kini berada di medan pertempuran, jika sedikit silapmu, nescaya punahlah pasukanmu, hilanglah tujuanmu, oleh itu, jangan gentar untuk menggunakan KETEGASANMU di sini."

Sekadar peringatan buat diri yang selalu lupa ini.

Wallahua’lam.


“PERANCANG DAN PERLAKSANA, KEDUA-DUANNYA ADALAH MANUSIA”


p/s : aku tak nafikan yang situasi yang aku nyatakan di atas kadang-kadang tidak praktikal dalam sesetengah perkara

Sunday, November 22, 2009

Rejecting Force 2


Sambungan…

Ada sahabat yang meminta aku menyambung artikel ‘Rejecting Forcce’, tapi dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, ini saja lah yang dapat aku tulis..

“ umpama gula dan garam yang tidak akan bercampur/sebati melainkan dengan kehadiran air”

Gula dan garam adalah umpama elemen negative yang berada dalam diri seseorang dan elemen positif yang terdapat di dalam majlis ilmu tersebut. Kedua-duanya tidak akan bersatu melainkan dengan kehadiran rahmat daripada Allah S.W.T yang diumpamakan seperti air yang melarutkan gula dan garam tersebut.

Mengapa terhasilnya ‘REJECTING FORCE’ ini?

Merasa tertipu

Sebagai contohnya, seseorang telah memberitahu kepada kita tentang penceramah yang suka berlawak di dalam kuliahnya, ini membuatkan kita berasa tertarik untuk menghadiri kuliah penceramah tersebut, tetapi, apabila kita mengahadiri kuliah tersebut, tiada satu pun lawak yang dianggap menarik oleh kita. Akhirnya, akan timbul rasa menyampah terhadap penceramah dan kuliah yang disampaikannya dan seterusnya menjadi asbab mengapa tiada kesan positif yang didapati dari majlis ilmu tersebut.

Tidak ikhlas

Contohnya telah dinyatakan dalam post sebelum ini.

Kondisi persekitaran yang tidak kondusif.

Persekitaran yang tidak selesa seperti terpaksa berhimpit-himpit di kawasan yang sempit dan cuaca yang panas akan menyebabkan seseorang itu mudah menjadi ‘Irritated’. Apabila berlakunya perkara ini, ini akan menghilangkan focus dan tujuan sebenar menghadiri majlis ilmu tersebut dan sekaligus mewujudkan elemen negative dalam diri seseorang.

wallahua'lam..

Pandanglah ke belakang di saat terhenti di perjalanan.


Assalamu’alaikum..

Segala pujian bagi Allah S.W.T tuhan pentadbir sekalian alam serta selawat dan salam diucapkan buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga baginda dan para sahabat radiallahu’anhum.

Kembara seorang makhluk bergelar insan tidak akan berhenti sampai bila-bila, bermula ketika berada di alam rahim sehinggalah meniti kehidupan di akhirat kelak. Selembar hikayat kembara akan dilakarkan oleh insan yang mana terkandung di dalamnya beribu episod suka, duka, nestapa, ceria dan lain-lain lagi.

Kembara yang berlaku tidak hanya melalui jalan-jalan yang lurus, bahkan seseorang insan itu juga akan melalui denai-denai yang berliku. Ketika tiba di jalan berliku inilah yang akan menyebabkan seseorang itu terhenti seketika.

Terhenti bukan kerana berputus asa, terhenti bukan kerana ingin berpatah semula, tetapi terhentinya insan tersebut adalah kerana memikirkan keputusan yang perlu dibuat ketika itu. Tersalah langkah, lorong yang suram menanti di hadapan, itulah dilema setiap insan yang melaui jalan berliku ini.

Di saat inilah perlunya bagi seseorang insan itu untuk menoleh ke belakang buat seketika.

Merungkai dan menganalisa kisah-kisah golongan terdahulu akan memberikan seribu satu panduan dan pengajaran berguna bagi insan tersebut untuk meneruskan langkahnya yang terhenti itu dengan izin Allah S.W.T.

Menyoroti sejarah hidup, pengalaman dan karya-karya golongan terdahulu adalah suatu usaha pembelajaran yang paling berkesan kerana, telahpun termaktub kejayaan ataupun kegagalan mereka di atas perkara-perkara yang telah mereka laksanakan dan ini akan memudahkan pertimbangan seseorang insan tersebut dalam memilih yang terbaik untuk dirinya dan agamanya.

Bingkisan insan-insan yang telah Berjaya seperti para Nabi ‘alaihi salam, para sahabat r.a, dan para salafussoleh rah. akan menyuluh terang laluan sebenar yang bakal dipilh, manakala bingkisan kisah orang-orang yang telah gagal seperti fir’aun, haman, golongan-golongan munafiq dan musuh-musuh islam akan memalapkan lagi sinar laluan di pilihan yang salah.

Kesimpulannya, jangan kita segan untuk menoleh belakang buat seketika kerana sejarah adalah ‘TEORI YANG TELAH DIBUKTIKAN’.

wallahu’alam..

Wednesday, November 18, 2009

Rejecting Force


Assalamu’alaikum..

Seorang pemuda melangkah masuk ke dalam sebuah majlis ilmu dengan perasaan terpaksa dan tidak ikhlas, dia datang ke majlis tersebut hanyalah kerana ingin menjaga hati sahabat-sahabatnya yang bersungguh-sungguh mengajaknya ke majlis ilmu tersebut. Telah beberapa kali dia menolak pelawaan sahabatnya sebelum ini, sehinggakan dia menjadi segan dengan mereka.

Pengisian yang disampaikan oleh syeikh yang masyhur itu sangat menarik dan memukau hati para hadirin, intipati ceramah yang padat, ringkas dan tidak terlalu berat memudahkan para hadirin untuk memahami setiap bait kata-kata yang keluar dari syeikh tersebut.

Namun begitu, perkara tersebut tidak berlaku kepada pemuda tersebut. Di akhir pengajian tersebut, pemuda itu merasakan bahawa tiada faedahnya dia menghadiri majlis tersebut kerana dia langsung tidak mendapat apa-apa kefahaman melalui apa yang disampaikan oleh syeikh tersebut tadi. Dia bingung apabila semua hadirin memuji keberkesanan penyampaian syeikh tersebut. Lalu dia berangkat pulang ke rumahnya dengan perasaan kesal dan dia merasakan bahawa dia telah membazirkan masanya untuk menghadiri majlis ilmu tersebut…


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Menghadiri majlis ilmu adalah suatu perkara yang amat menyeronokkan, mengghairahkan dan menguntungkan bagi orang-orang yang beriman. Namun begitu, pemuda yang disebutkan dalam kisah di atas tidak dapat merasakannya walaupun dia mengetahui tentang kelebihan-kelebihan menghadiri majlis ilmu tersebut.

Mengapa perkara ini berlaku??

Antara alasan yang paling jelas mengapa terjadinya perkara ini adalah disebabkan oleh keterpaksaan pemuda tersebut untuk menghadiri majlis ilmu tersebut. Keterpaksaan dalam diri pemuda tersebut telah menyebabkan elemen-elemen negative wujud di dalam dirinya, dan elemen-elemen negative ini tidak dapat bergabung dengan majlis ilmu tersebut yang mempunyai elemen–elemen positive. Pertembungan anatara kedua-dua elemen ini menimbulkan satu daya di dalam diri pemuda tersebut yang dinamakan ‘REJECTING FORCE’. Kewujudan daya ini di dalam diri pemuda tersebut akan menyebabkan segala input yang disampaikan oleh penceramah tadi tertolak tanpa sempat untuk minda pemuda tersebut memprosesnya.

Penerangan mengenai ‘REJECTING FORCE’ ini bukanlah didasari oleh teori fizik yang kita pelajari, kerna mengikut teori fizik, molekul-molekul yang mempunyai cas yang berlainan akan saling menarik atau mendekati antara satu sama lain. Tetapi penerangan mengenai ‘REJECTING FORCE’ ini aku sandarkan kepada kata-kata ini,

‘Tidak akan bercampur sesuatu kebatilan dan kebenaran melainkan kebatilan itu akan menutupi kebenaran tersebut’

'Tidak akan bercampur antar butiran garam dan gula melainkan terdapat air yang melarutkannya'***

Apakah factor yang menyebabkan ‘REJECTING FORCE’ ini terhasil??

Untuk perkara ini, insyaAllah aku akan bincangkan dalam post-post yang mendatang.

Walaubagaimanapun, kewujudan ‘REJECTING FORCE’ adalah berlaku dengan qudrah dan iradah Allah S.W.T. Jika Allah inginkan seseorang tersebut mendapat hidayah, tiada sebarang kuasa atau daya yang mampu menghalang-Nya, dan jika Allah S.W.T tidak ingin memberi hidayah kepada seseorang, tiada suatu kuasa ataupun daya yang dapat memberikan hidayah kepada seseorang itu.

wallahua’lam

***akan dibincangkan dalam post yang akan datang

Saturday, November 14, 2009

Hati itu milik Allah S.W.T


Assalamu’alaikum w.b.t..

Hati merupakan antara bahagian terpenting dalam diri setiap insan. Rosaknya hati bermakna keseluruhan hidup insan itu akan rosak dengan izin-Nya, dan sempurnanya hati akan menyebabkan seluruh kehidupan insan itu menjadi elok juga dengan izin-Nya . Banyak perkara yang berkaitan atau bersangkutan dengan hati ini, antaranya ialah usaha da’wah dan silaturrahim.

Usaha da’wah adalah usaha para da’ie ke atas hati mad’u-mad’unya. Hati mad’u perlu dipikat dan diikat untuk melahirkan impak da’wah yang sempurna. Namun begitu, seseorang da’ie perlu ingat bahawa hati-hati mad’unya itu adalah milik Allah S.W.T., apa yang mampu dilakukannya adalah berusaha dan berikhtiar untuk mendekatkan diri mad’unya kepada Allah S.W.T. Para da’ie tidak mampu menentukan kepada siapakah hidayah Allah S.W.T akan diberikan berdasarkan ayat al-Quran yang berikut :

“Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai, akan tetapi Allah-lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (Al-Qashash : 56)

Namun begitu, ayat tersebut bukanlah boleh dijadikan alasan oleh para da’ie untuk segera berputus asa terhadap mad’unya kerana usaha da’wah ini adalah usaha yang tidak memandang kepada hasilnya, tetapi yang dipandang adalah ikhtiar dan kesungguhan seseorang da’ie itu.

Begitu juga dengan menghubungkan silaturrahim sesama manusia. Kita hanya boleh berusaha untuk merapatkan jurang hubungan yang jauh atau menjernihkan hubungan yang keruh, tetapi usaha kita itu dibatasi oleh Qudrah dan Iradah Allah S.W.T. Jika Dia mengkehendaki hati orang tersebut menjadi lembut dan akhirnya menyambut salam persaudaraan yang kita hulurkan, itu merupakan kurnia Allah kepada kita, dan jika Allah S.W.T tidak menggerakkan hati orang tersebut untuk menerima salam persaudaraan yang kita hulurkan kepadanya, usaha kita tersebut telah mencukupi untuk melepaskan tuntutan menghubungkan silaturrahim ketika ditanya di mahsyar nanti dengan izin-Nya.

Sebagai penutup, untuk melembutkan atau menundukkan hati manusia, seseorang itu perlulah sentiasa memohon kepada Allah S.W.T kerana hanya Dia-lah pemilik hati seluruh makhluk ciptaan-Nya.

wallahua'lam

Friday, November 13, 2009

Aku,dia dan Dia.


Assalamu’alaikum..

Sebagai muqaddimah untuk entry kali ni, aku titipkan bait kata-kata dari filem @ novel “Ketika Cinta Bertasbih” iatu :

“CINTA SEJATI itu menyembuhkan, bukan menyakitkan”

Dalam sedar atau tidak, aku telah hidup di muka bumi ini sejak 20 tahun yang lalu. Hari demi hari aku lalui dengan episod kehidupan yang berlainan. Kadang-kadang ketawa, kadang-kadang bersedih dan kadang-kadang aku pun tak tahu apa perasaan aku ketika itu. Perasaan gembira, kasih, simpati, dan lain-lain menyerikan lagi episod kehidupanku ini.

Namun begitu, dalam kehidupan ini, aku hanya merasakan CINTA SEJATI ketika aku menyerahkan cintaku kepada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W., dan usaha da’wah yang mulia. Ya, ketika itu sahajalah aku merasakan bahawa CINTA itu sesuatu yang menyembuhkan, mendamaikan,membahagiakan sehinggakan aku tidak dapat menggambarkan kenikmatan CINTA tersebut dengan sesuatu yang lebih indah daripada CINTA itu sendiri.

Cinta yang aku cari aku temui dalam selimut cinta ilahi yang dipenuhi pujian kepada-Nya, kasih-sayang terhadap rasul-Nya serta bingkisan keringat di jalan da’wah. Aku bahagia mengecapi cinta sebegini.

Pernah juga aku mencurahkan cinta kepada manusia di atas dorongan sifatku yang terlalu suka mencuba sesuatu yang baru. Bahagia ku kecapi ketika itu, dan dengan CINTA itu jugalah aku berubah dengan izin-Nya. Aku berubah dalam usaha untuk sekufu dengannya dari segi pengamalan agama. Biarpun kisah ini sudah berlalu beberapa tahun yang lalu, ia tetap memberi KESAN yang mendalam kepada diri aku.

Alhamdulillah, cinta kepada manusia itu tidak lama, Allah ta’ala selamatkan aku dengan cinta-Nya. Walaupun sakit dirasa ketika melepaskan cinta manusia, Alhamdulillah,dengan limpah rahmat kurnia-Nya,aku telah berjaya mengharunginya..

Hakikat CINTA SEJATI dari Ilahi, semoga aku kekal memilikinya. InsyaAllah.

Bingkisan ini hanyalah sebagai PERINGATAN buat diri aku agar sentiasa mendambakan CINTA –Nya sehingga ke akhir hayat kerna aku sedar bahawa sebahagian cintaku akan dimiliki oleh manusia bergelar isteri, anak-anak ,kaum keluarga serta ummahku.

wallahua’alam.

Wednesday, November 11, 2009

Terbeban dan membebankan..


Assalamu’alaikum..

Dalam bergerak kerja, pasti akan wujud kedua-dua pihak yang aku sebutkan dalam tajuk post nie iaitu golongan yang TERBEBAN dan golongan yang MEMBEBANKAN..

Ini berlaku jika semua orang tidak menjalankan fungsi masing-masing dan jika terdapat pihak yang ber 'HATI BATU'.

“KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MANE YE??”

Sebenarnye post ni juz nak ingatkan diri aku je.

Wallahu’alam.

Tak tau nak jawab ape..

Assalamu’alaikum..



Aku didatangi lagi 1 soalan yang pelik dari kawan aku..

“ Wan, ana nak tanya nta lah, kalau ada di antara sahabat muslimat yang rapat dengan ana nie tiba-tiba jatuh hati dengan ana, apa ana nak buat ye?? Dan yang jadikan bende tu lebih rumit lagi adalah sahabat dy pun ada hati kat ana juge?? Apa ana nak buat ye?? Ana pun tak tahu ape yang terbaik buat mase nie dan ana amik pendekatan mendiamkan diri, OK ke tindakan ana ni?? “

Respone aku :

“Aku rase ko tanye salah orang lah..hahaha”

Kalau ada sahabat-sahabat yang nak bantu aku jawab soalan ni, aku teramatlah mengalu-alukannya…

Wallahua’lam..

Sunday, November 8, 2009

Khusnul Khotimah


Khusnul Khotimah
Munsyid : Opick

terangkanlah, terangkanlah
jiwa yang berkabut, langkah penuh dosa
bila masa, tlah tiada, kereta kencana datang tiba-tiba

air mata dalam duka, tak merubah ceritanya
hanya hening dan berjuta tanya
dalam resah, dalam pasrah

terangkanlah, terangkanlah
hati yang mengeluh, saat hilang arah
detik waktu, yang memburu,
detik yang tak pernah kembali padaMu

terangilah, terangilah
bimbing kami dalam langkah
ampunilah, maafkanlah
dosa hidup sebelum diakhir masa

Ya Allah biha Ya Allah biha
Ya Allah bi Khusnil khatimah...

Lorong kematian 2


Assalamu’alaikum..

Ketika itu aku sedang terbaring kesakitan. Aku didatangi oleh satu ucapan salam dari muka pintu rumahku. Dari pintutersebut muncul seorang lelaki yang elok parasnya lagi bercahaya wajahnya, namun terdapat sedikit tanda ketakutan dan kegelisahan dibawa oleh lelaki tersebut.

“Assalamu’alaik wahai hamba Allah yang dikasihi”, lelaki tersebut merapati pintu rumahku.

Lelaki itu menyambung lagi, “izinkan aku untuk masuk dan melaksanakan tugasku di rumahmu ini duhai kekasih Allah.”

Aku membalas kata-katanya dengan ucapan, “wa’alaikumussalam wbt . Wahai lelaki yang berperawakan elok, siapakah gerangan dikau? Atas tujuan apakah kau diutuskan ke rumahku ini? Dan apakah tugas yang kau maksudkan itu?”

“Duhai hamba Allah yang beriman, jangan ada gusar di hatimu, jangan ada risau di hatimu, aku hanyalah hamba Allah yang ditugaskan menjalankan kewajipanku. Sedarlah kamu bahawa, masa pertemuan dengan kekasihmu semaki hampir. Dan akulah makhluk yang ditugaskan oleh Allah S.W.T untuk memutuskan hubungan manusia dengan dunia yang fana’ini. Namaku IZRAIL. Janganlah kau gentar denganku jika engkau betul-betul di kalangan orang yang beriman.” , lelaki tersebut menjawa bdengan tenang.

“IZRAIL!! “, terus timbul sedikit kegusaran di hatiku. Namun, aku segera tersedar bahawa saatku untuk berjumpa dengan kekasih hatiku semakin hampir. Hatiku melonjak girang. Tiada keni’matan yang lebih indah dapat dirasai oleh orang yang sedang bercinta dari melihat atau berjumpa dengan yang dicintainya.

“Ya tuhanku, aku kini redha dengan ketentuanmu. Sudikanlah untuk bertemu hamba-Mu yang banyak berdosa ini agar aku tidak tergolong di dalam orang yang bermuram durja”

“Duhai pemutus ni’mat dunia, jalankanlah kewajipanmu kerana aku tidak sabar lagi untuk bertemu dengan kekasihku.”

Lelaki tersebut berkata, “ jika begitu, pejamkanlah matamu, tenangkanlah hatimu, akan aku laksanakan tugasku ini sebagaimana aku menjalankannya ke atas para kekasih Allah yang lain.”

Di saat itu, terlupa aku kepada kehidupan duniaku. Isteri-isteriku, anak-anakku, saudara-saudaraku, harta-hartaku, semuanya tenggalam dalam keghairahanku bertemu kekasih abadi.

Ada sedikit kesakitan yang ku alami di saat itu, namun ianya tidak dapat mengatasi rasa rinduku bertemu kekasih hati yang telah lama ku nanti saat pertemuannya.

Aku terasa jauh, seakan-akan tubuhku melayang di awangan.

“ apakah nasibku selepas ini? “…

wallahua’lam.

Saturday, November 7, 2009

“Usah lari dari kerangka ASWJ”


Assalamu’alaikum…

Di sini, aku sertakan petikan artikel dari ruangan agama berita harian :

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata untuk mendepani pelbagai aliran baru, masyarakat perlu kembali kepada jati diri rantau ini yang sejak asal berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Malah, mendepani isu globalisasi, percambahan ilmu, berdepan dengan masalah yang mengganggu juga dalam kekuatan intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan cara itu akan timbul suasana keseragaman, kebenaran dan keharmonian terjaga,” katanya.

Dr Muhammad Uthman berkata, setiap ilmu yang baru boleh dipelajari serta terbuka kepada ruang perbahasan kerana tidak semua yang diperoleh itu sesuai tetapi mana yang baik dan boleh diterima tanpa merosakkan akidah, tidak menjadi kesalahan mendalaminya.

Katanya, kata kunci yang perlu diberi penekanan ialah apakah yang datang itu sesuai, dapat diterima dan paling penting tidak mengganggu keharmonian serta ketenangan masyarakat keseluruhannya.

“Maknanya bukan tidak boleh membincangkan ilmu baru kerana saya juga membicarakan mengenai pelbagai bidang baru dan tidak perlu pula mengganggu kerangka ilmu serta sistem yang ada,” katanya.

Beliau berkata, golongan pemikir kontemporari hari ini jangan terlalu terkesan dengan terma digunakan bagi menggambarkan Islam atau daya intelektual kerana takut apa yang dikatakan tidak seperti gambaran sebenar.

“Saya hormat dengan Said Nursi yang baru muncul di Turki tetapi masih setia dengan kerangka asal. Orang Turki maju dalam kerangka asal. Kita juga begitu dengan kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita ada Bank Islam, takaful, malah sistem pendidikan kita mendapat perhatian,” katanya.

Dr Muhammad Uthman berkata, pendekatan golongan membawa aliran pemikiran kontemporari ini mudah diterima kerana mereka menyeru kepada khayalan sosial yang dibentuk media Barat dan sebaiknya dikaji susur galur asal pemikiran itu serta kesannya.

Oleh itu katanya, menjadi tanggungjawab pemimpin, ulama, guru dan ibu bapa termasuk media cetak dan elektronik kembali mendidik kerangka pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya masyarakat dapat hidup mengikut prinsip tamadun serta kerangka intelektual yang asal.

“Ungkapan orang tua, hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah"

Untuk artikel penuh, KLIK SINI.

wallahua’lam

Thursday, November 5, 2009

Lorong Kematian 1


assalamu'alaikum..


Aku menapaki lorong kematian. Satu persatu langkahnya kugagahi. Namun aku tak terlepas dari gelinciran, angkara kelalaian, kealpaan, kekhilafan dan kelemahanku sebagai seorang makhluk berstatus hamba.

Kini aku sedari, langkahnya semakin pendek. Sesak di dada kian mencengkam diri, lantaran kerisauan bertemu ilahi. Andai diberi peluang tertinggi, ingin ku putar masa kembali, Supaya tak segan bertemu ilahi..

Namun kini masaku kian suntuk..Tiap nafasku, Tiap denyut nadiku semakin rancak menyebut nama yang jarang ku alunkan sebelum ini..

Duhai Rabbi, alpanya aku, terhanyut dalam 'permainan' ini..

Bagaimana aku kan menjadi seperti wali-Mu, kekasih-Mu yang mendamba pertemuan dengan-Mu, yang tersenyum di saat IZRAIL datang menjemput mereka..

Dalam mimpi, Dalam jaga...akan ku terus mendamba...selautan rahmat-Mu...agar aku bisa tersenyum jua...di saat IZRAIL menziarahi buat kali terakhirnya..

wallahua'lam..

Tuesday, November 3, 2009

Hati yang Gersang


Assalamu'alaikum..


Aku tak risau jika duniaku runtuh satu persatu..
Aku tak risau jika kebahagiaanku lari jauh meninggalkan aku..
Aku tak risau jika aku tewas di arena duniawi ini..

Tapi..

Aku sangat risau jika ni'mat akhirat menjauhiku..
Aku sangat risau jika aku tak berupaya membahagiakan diriku di akhirat nanti..
Aku sangat risau jika aku berada di golongan yang tewas di akhirat nanti..


'CINTA DUNIA'
'TAKUT MATI'
'TIDAK ISTIQOMAH DALAM BERIBADAH'
'TIDAK YAKIN DENGAN JANJI ALLAH'

Semua ini perlu aku kikis dari diriku...

Namun, aku kerap terkeliru..
"Dari mana harus aku kikis semua ini??"
Akhirnya aku kian hanyut tanpa kikisan bermakna..

Kematian semakin menghampiri..
Aku kian menyendiri..
Dalam kesepian seorang 'asi..

Moga bekalku berjumpa tuhanku mencukupi..

"IMAN DAN TAQWA BUNGA DIRI DALAM MENGHIASI HATI YANG GERSANG INI"

wallahua'lam..


Hati Yang Gersang
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com


hati insan telah gersang
sudah lama ditimpa kemarau
benih iman sudah tidak tumbuh menjulang
tidak subur seperti semalam [2x]

ia lesu sayu seperti kesusahan
ibarat pohon tak berkumbang
tidak menghasilkan yang diperlukan
begitulah hati yang telah gersang

benih iman tidak melahirkan pohon Islam yang menjulang
bunga dan buahnya amat berkurangan tidak lagi memberi faedah

bilakah hati insan disiram
dengan sinaran iman dan takwa
membuahkan cahaya dari diri insani
begitulah keindahan iman dan takwa
memberi kebahagiaan seorang insani 2x

supaya menyeri dan memeriahkan
taman-taman kediaman
itulah syurga yang disegerakan
sebelum syurga yang dinantikan

[ulang 1]
menunggu turunnya iman

Monday, November 2, 2009

Meraikan pendapat ulama’..


Assalamu’alaikum..

Seluruh negara tersentak dengan berita penangkapan Ustaz Asri(Dr MAZA) malam tadi. Antara sebab penangkapannya adalah mengajar tanpa tauliah dan berkaitan dengan isu berikut :

“Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.” - ( Sumber : Berita Harian)

Berbalik semula pada tajuk yang ingin dibincangkan iaitu, “MERAIKAN PENDAPAT ULAMA’ “ , aku merasakan bahawa tindakan pihak JAIS ada betulnya kerana apa yang aku nampak di kalangan pengikut DR asri ni, diorang langsung tak nak terima pendapat ulama’ lain. Semuanya di bid’ahkan. Diorang cakap, “Nabi tak buat bende-bende nie”.

Yang masalahnya, kalo yang bercakap tu adalah di kalangan ulama’ or ilmuwan yang dah habis beratus-ratus kitab or dah kuasai semua cabang ilmu tu, kire tak pe lah, tapi yang bercakap tu adalah orang yang hanya membaca karangan ulama’-ulama’ tertentu dan dengan gelabahnya membuat keputusan atau pendapat berdasarkan pembacaan diorang tu dan juga tak teragak-agak untuk menafikan pendapat ulama’ lain.

Perbezaan pendapat di kalangan ulama’ adalah rahmat bagi kita ‘ orang awam’ nie, kita perlu belajar meraikan pendapat ulama’ lain. Sedangkan ulama’ seperti imam syafi’I pun meraikan pendapat ulama’ lain, inikan kita yang berada di tahap ‘orang awam’.

Tapi, aku sangat tidak menyokong tindakan penangkapan Dr asri yang dilakukan seperti ingin menangkap seorang penjenayah berbahaya yang telah membunuh banyak nyawa. Sekurang-kurangnya, tunjukkanlah sedikir rasa hormat terhadap dia kerana dia tergolong dari kalangan orang yang berilmu juga.

Tiba-tiba teringat suatu kata-kata yang diucapkan seseorang kepada aku suatu ketika dahulu,

“Janganlah sebab orang tu selalu mengeluarkan pendapat yang menyebelahi kita, kita butakan mata kita dari melihat khilaf orang tersebut”

'KE ARAH KESATUAN UMMAH'

wallahu’alam.

p/s : serabut giler entry kali ni..hahaha..