Friday, October 30, 2009

Satu Perbarisan


Assalamu’alaikum..

Kali ni aku nak kongsikan satu peristiwa yang berlaku dalam satu perbarisan..

Perbarisan yang diadakan pada hari tersebut adalah sangat teratur dan berjalan dengan lancar pada permulaannya. Semua orang mengikut arahan dan garis panduan yang ditetapkan. Sehinggakan ada di antara mereka yang tidak tahu tujuan mereka berbaris dan kenapa mereka mengikut arah perbarisan tersebut kerana mereka hanya mengikut orang di barisan hadapan.

Tiba-tiba..

Salah seorang dari orang di barisan hadapan perbarisan tersebut berhenti secara mengejut dan menukar arah perjalanan perbarisan tersebut. Ahli-ahli perbarisan lain sangat terkejut dengan tindakan orang di barisan hadapan tersebut dan orang-orang lain di barisan hadapan perbarisan tersebut juga tiba-tiba menjadi sangat gelabah dan tidak tentu arah.

Ada di antara ahli-ahli perbarisan itu bertanya, “ yang mana satu arah yang sebenar ni??” , “di antara dua golongan di barisan hadapan ini, yang mana satu yang betul??” dan “ apakah tujuan kita berbaris ini sebenarnya??”. Daripada persoalan ini, mereka mula memikirkan tujuan mereka berbaris dan juga mereka mula mengkaji tentang arah perjalanan mana yang betul.

Akhirnya, orang-orang di barisan hadapan berbincang sesama mereka untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Alhamdulillah, keputusan bersama telah pun dicapai dan mereka bergerak mengikut seperti arah yang telah diputuskan dalam perbincangan mereka tersebut.

Dan kesan paling besar dari peristiwa ini adalah, ahli-ahli perbarisan yang lain mula memahami tujuan mereka menyertai perbarisan ini dan mereka juga mula memikirkan tentang arah perjalanan yang sebenar yang perlu mereka ikuti. Mereka belajar untuk tidak hanya bergantung kepada orang barisan hadapan sahaja kerana orang di barisan hadapan juga adalah manusia dan mereka juga melakukan kesilapan dan berhak untuk ditegur.

Salam renungan

Wallahua’lam.

Sunday, October 25, 2009

Perkahwinan


assalamu'alaikum..

Aku petik kata-kata ustaz Dzulkhairi yang sedikit sebanyak membuat aku kembali berfikir tentang soal perkahwinan dan masa depan aku..

“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”

Semoga aku akan mendapatkan jawapannya tidak lama lagi...takut untuk berfikir tentang perkara ini..tapi hati kata mahu...

Sahabat-sahabat di sekeliling aku kerap berbicara tentang perkara ini, walaupun aku turut serta dalam perbincangan itu, namun jauh di sudut hatiku menyatakan bahawa aku sangat TAKUT berbicara mengenai perkara ini..

wallahua'lam

Saturday, October 24, 2009

Bagaimana Dunia menjadi akhirat dan Akhirat menjadi Dunia??


Assalamu’alaikum..

Pada hakikatnya, perkara-perkara seperti solat, puasa dan ibadah-ibadah lain adalah perkara yang dirujuk sebagai perbuatan ‘Akhirat’ dan perkara-perkara seperti harta, jawatan, pangkat, populariti dan teknologi pula akn dirujuk sebagai perkara yang bersifat ‘Duniawi’.

Bagaimana Akhirat menjadi Dunia??

Akhirat akan menjadi dunia apabila sesuatu ibadah itu dilakukan kerana tujuan keduniaan dan bukan semata-mata mengharapkan redha Allah S.W.T.

Sebagai contoh, seseorang yang solat hanya kerana inginkan lulus di dalam peperiksaannya telah menukar sebuah ibadah menjadi suatu urusan duniawi. Perkara ini menyebabkan seseorang itu berada dalam kerugian kerana dia hanya menerima habuan keduniaan ( itu pun kalau dapat..) dan tidak mendapat redha dan pahala dari Allah S.W.T.

Bagaimana Dunia menjadi Akhirat?

Dunia akan menjadi akhirat apabila sesuatu urusan yang pada hakikatnya dipandang sebagai suatu urusan keduniaan dilaksanakan dengan niat kerana untuk mendapat redha Allah S.W.T. dan dengan cara yang tidak menyalahi syariat-Nya.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai kekayaan yang melimpah-ruah tetapi dia menggunakan kekayaannya itu semata-mata untuk membantu perjuangan islam dan ingin mendapat redha Allah S.W.T. telah menjadikan kekayaan itu sebagai alat untuk untuk melakukan ibadah dan bukan semata-mata perkara duniawi sahaja.

Wallahua’lam..

Berfikir Dan Bertindak Berlandaskan Tujuan


Assalamu’alaikum..

Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat dan salam ditujukan buat Rasul tercinta, para sahabat dan ahli keluarganya.

Tulisan aku pada kali ini, bertajuk “ Berfikir Dan Bertindak Berlandaskan Tujuan”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Setiap orang mempunyai tujuan hidup masing-masing, dan setiap orang juga mempunyai gaya berfikir dan tindakan yang tersendiri. Namun begitu, tidak semua orang memahami mengenai kaitan antara tujuan dan pemikiran serta kaitan antara tujuan dan tindakan.

Apabila seseorang itu meletakkan tujuan hidupnya adalah untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T, segala tindakan serta pemikkirannya mestilah berdasarkan tujuan tersebut. Kita mesti berfikir dan sentiasa mengingati tujuan tersebut agar kita tak tersimpang dari jalan yang kita kehendaki. Katakanlah seseorang itu ingin membeli sebuah komputer , dia hendaklah menanyakan kepada dirinya, “adakah komputer ini dapat menjadikan aku insan yang lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T?”, dan daripada persoalan inilah yang akan membuatkan seseorang itu berfikir dan sekali gus bertindak berdasarkan tujuan yang telah dia sendiri tetapkan.

Dan jika seseorang itu bercita-cita untuk memiliki sebuah baitul muslim’ yang penuh dengan unsur sakinah dan rahmah, dia juga perlu memikirkan dan mengingati cita-citanya itu. Sebagai contoh, ketika hendak membuat keputusan sama ada ingin memilih muslimah yang mana untuk dijadikan penyeri hidupnya , sangat perlu bagi dirinya untuk menimbulkan persoalan seperti ,“ mampukah muslimah ini membantuku untuk membina sebuah mahligai yang dipenuhi sakinah dan rahmah tersebut?”, “adakah aku mampu untuk membimbing muslimah tersebut dalam usaha mencapai cita-citaku ini?”, “adakah aku bersedia untuk mencapai cita-citaku ini?” , dan lain-lain soalan yang dirasakan berkaitan. Persoalan demi persoalan yang timbul dalam diri seseorang tersebut, akan mebantunya dalam proses memikir dan membuat keputusan yang tepat. InsyaAllah.

Namun begitu, segala buah fikiran dan tindakan yang dilakukan hendaklah disandarkan kepada Allah S.W.T. agar perkara tersebut tidak mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

Kesimpulannnya, matlamat,tujuan atau cita-cita seseorang mampu membantu seseorang berfikir dan bertindak dengan lebih efisyen tanpa meninggalkan tawakal kepada Allah S.W.T.

Wallahua’lam.

“JANGAN LUPA BERISTIKHARAH DALAM SEMUA PERKARA”

Saturday, October 17, 2009

Sabar..


Assalamu'alaikum..

Abdullah bin Al-Harits meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a berkata :

Seorang Nabi a.s mengeluh kepada Tuhan: Ya Tuhan mengapa seorang hamba mu'min yang taat kepada perintah-perintah-Mu dan menjauhi larangan-larangan-Mu, Engkau hindarkan daripadanya dunia, dan Engkau hidangkan untuknya ujian balak. Sedang hamba kafir yang tidak taat bahkan melanggar larangan-larangan-Mu, Engkau jauhkan daripadanyan balak dan Engkau lapangkan baginya dunia? Maka Allah S.W.T menurunkan wahyu kepadanya:

Sesungguhnya semua hamba-Ku, dan balak ujian-Ku, dan masing-masing mengagungkan-Ku, bertasbih dan bertahmid kepada-Ku. Maka seorang mu'min berbuat dosa dan Aku hindarkan daripadanya dunia, dan Aku turunkan kepadanya balak untuk menjadi penebus dari dosa-dosanya sehingga dia menghadap kepada-Ku dan Aku membalas kebaikan-kebaikannya. Sedang orang kafir yang berbuat dosa, maka Aku lapangkan baginya dunia dan Aku jauhkannya darinya balak, sehingga menghadap kepada-Ku, maka Aku balas semua dosanya.

(Tanbihul Ghafilin)

~Sungguh hebat seorang hamba yang mampu mengingati Allah S.W.T di saat merasa senang dan susah~

Friday, October 16, 2009

Sesekali diuji


Salam pembuka bicara..

SESEKALI DIUJI...

baru aku sedar kecil besar diri ini..

Dah selalu sangat hidup dalam 'keselesaan'..

bila 'sesekali diuji'..

baru terasa kerdilnya diri..
di hadapan Allah yang maha Agung...

Sesekali diuji..

Baru kutahu level iman ku..

Sesekali diuji..

Semoga aku mengambil ibrah dari ujian ini...

SEMOGA AKU TAK LUPA LAGI DI LAIN MASA!!!

Tuesday, October 13, 2009

Renungan buat pejuang


kita kalah kerana kita x suke rasuah, kite kalah kerana kita x suke hedonisme, kita kalah kerana kita menegakkan islam...

ape kejadahnye semua ini??

ini menggambarkn sikap rakyat dan bangsa kita..
Allah akan mengangkat pemimpin yang zalim, jika masyarakat itu sendiri bersifat zalim..
keadaan ini berlaku lantaran sikap da'ie yang terlampau rehat dan kurang brfikir tentang umat..
salam renungan..mohon pembetulan jika terdapat kesilapan..
wallahua'lam

.

Sunday, October 11, 2009

Keseimbangan Diri 3

Salam Pembuka Bicara..

Hari ni adalah adalah hari PRK Bagan Pinang..semoga Allah membantu perjuangan pejuang-pejuang Islam..

Hak ketiga yang aku mesti penuhi dalam hidup ini adalah Hak kepada Diri aku...

Dari Abdullah bin Amru Ibn Ash r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah mengetahui tentang keterlaluan (extremisme) di dalam melakukan ibadah, lalu Baginda telah bersabda :

"Tidakkah diberitahu kepadaku bahawa engkau berpuasa di siang hari dan bersembahyang di malam hari ? 'Ya', jawabnya. Baginda bersabda : "Janganlah berbuat demikian, berpuasalah dan berbukalah, dan tidurlah dan bangunlah, kerana sesungguhnya badanmu mempunyai hak ke atasmu, kedua matamu mempunyai hak ke atasmu, isterimu mempunyai hak ke atasmu dan penziarah-penziarahmu mempunyai hak ke atasmu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Merujuk kepada hasil karya Mohd Ali Hashimi iaitu 'Keperibadian Muslim'(Syahsiatul muslim), ada beberapa bahagian kehidupan yang perlu dipenuhi di dalam tuntutan hak ini, antaranye ialah :

Jasmani

Seseorang itu perlu bersederhana di dalam Makan dan Minumnya

Umar r.a berkata :

"Awasilah dari perut buncit, jangan makan dan minum dengan banyaknya, kerana sesungguhnya ia merosakkan tubuh, membawa penyakit dan menjadikan orang malas sembahyang, bersederhanalah kamu dalam keduanya, kerana itulah yang lebih patut, lebih jauh dari melampaui dan sesungguhnya Allah S.W.T membenci pendita yang buncit badannya dan gemuk badannya. Sesungguhnya seorang lelaki itu tidak akan binasa sehinggalah dia mengutamakan hawa nafsu mendahului agamanya. "

Melakukan riadah badaniyah

Menjaga kebersihan

"Sesungguhnya Islam itu bersih, lantaran itu berbuat bersihlah kerana tidak ada yang masuk syurga kecuali orang yang bersih."
(Riwayat Al-Khatib Al-Baghdadi)

Berperawakan menarik

Makhul telah meriwayatkan dari Aisyah r.a., dia berkata :

" Ada suatu rombongan dari sahabta-sahabat Rasulullah S.A.W menunggu baginda di hadapan pintu, ketika baginda hendak keluar menemui mereka, baginda memandang kepada suatu bekas air yang terletak di tepi rumah, lalu baginda mengemaskan janggut dan rambut baginda. Lalu aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah S.A.W, engkau berbuat begini??", Baginda menjawab, " Ya, apabila seorang lelaki keluar untuk menemui saudara-saudaranya, hendaklah dia memperkemaskan dulu dirinya kerana sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai sesuatu yang indah."
(Riwayat Muslim)

Akal

Mewajibkan dirinya menuntut ilmu

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
(Az-Zumar : 9)

Menuntut ilmu berterusan hingga ke akhir hayat

Diriwayatkan oleh Al-Imam Ibn abdul Barri dari Abu Ghassan, katanya :

" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar, maka apabila kamu merasa cukup(perasaan kaya ilmu), sesungguhnya kamu telah menjadi jahil."
(Riwayat Muslim)

Rohani

Memurnikan jiwa dengan ibadat

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat baginda :

" Perbaharuilah iman kamu. Baginda ditanya, " bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda menjawab, "perbanyakkanlah mengucapkan kalimah Lailahaillallah, tiada tuhan melainkan Allah."
(Riwayat Ahamad)

Mendampingi Sahabat-sahabat yang soleh dan menghadiri majlis-majlis iman

"dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya di waktu pagi dan senja dengan mengharapkan keredhaan-Nya, janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang yang hatinyatelah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas."
(Al=Kahfi : 28)

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Semoga Allah merahmati Ibn Rawahah, sesungguhnya dia cinta kepada majlis-majlis yang dibanggakan oleh para malaikat."
(Riwayat Ahmad)

Selalu membaca doa-doa ma'thurat

......................................................................................................................


Keseimbangan antara ketiga-tiga hak ini penting bagi kita semua dalam menjayakan misi untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan Hamba Allah S.W.T yang berdarjat muqorrobin insyaAllah...

wallahua'lam..


Saturday, October 10, 2009

Cahaya,kegelapan dan Ingin mencuba..


assalamu'alaikum..

Ade orang yang kini berada dalam cahaya dan dia tak nak langsung terjerumus ke lembah kegelapan..

Ada orang yang kini berada dalam kegelapan dan dia tak nak langsung kembali ke arah cahaya..

Ada orang yang kini berada dalam cahaya, tetapi dia masih nak cube mendekati kegelapan dan Alhamdulillah dia tak terjerumus terus ke dalam kegelapan tersebut..

Ada orang yang kini berada dalam cahaya, tetapi dia masih nak cube mendekati kegelapan dan akhirnya dia ikut terjerumus ke lembah kegelapan tersebut..Nauzubillah..

Ada orang yang kini berada di dalam kegelapan, tetapi dia mempunyai keinginan untuk menghampiri cahaya dan Alhamdulillah dia akhirnya dikurniakan cahaya tersebut...

Ada orang yang kini berada dalam kegelapan,tetapi dia mempunyai keinginan untuk menghampiri cahaya..namun cahaya itu bukan miliknya..

...........................................................................................................................................

"Ya Allah, Janganlah Kau palingkan hati kami selepas Engkau memberikan hidayah kepada kami.."

Saiyidina Umar Al-Khattab r.a berkata :

“sesungguhnya terungkai untaian islam serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam islam mereka yang tidak mengerti jahiliyah.”

Salam renungan buat kita semua..

Wallahua'lam..

Monday, October 5, 2009

Keseimbangan Diri 2

Salam pembuka bicara..

aku nak kongsikan satu perkare yang aku alami minggu ni. Mase dalam lepas exam aritu, aku terdengar ada seorang kawan aku nie bercakap :

"buat ape kite nak tolong orang lain, diri sendiri pun tak tahu lagi dapat ditolong or tak"

Menyampah giler aku dengan kawan aku tu mase dy cakap macam tu.Tapi mase tu aku diam je..malas nak cari gaduh sebab tension exam pun tak abis lagi..

Respon aku :

Rasulullah S.A.W bersabda,

"Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya seperti apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri." - muttafaqun 'alaihi

dan juga sabda Rasulullah S.A.W :

"kasihanilah siapa yang di bumi supaya yang di langit itu mengasihani kamu, supaya kamu dicintai Allah dan dikasihi-Nya" - (Rimayat at-Tabrani)

Sahabat-sahabat yang aku kasihi sekalian,

Berbalik semula kepada tajuk " Keseimbangan diri" yang aku bincang sebelum nie, hak kedua yang perlu aku tunaikan di dalam kehidupan ini adalah hak kepada orang/makhluk lain.

Apabila berbincang tentang perkara ni, ia akan berkait rapat dengan perkataan 'ithar'. Ithar yang maksudnya adalah lebih kurang macam ni, mendahulukan keperluan saudara yang lain melebihi keperluan diri sendiri. Sifat ithar ini amat sukar untuk dijumpai pada zaman sekarang. Dan aku pun sendiri mengaku yang aku tidak selalu beramal dengan sifat ini.

Mengutamakan hak orang lain berbanding hak diri sendiri merupakan suatu sifat yang mempunyai mahar yang tinggi untuk memilikinya. Pengorbanan yang menyeluruh serta perasaan kasih-sayang yang mendalam terhadap saudara maisng-masing amatlah perlu dalam usaha kita untuk memperaktikkan dan meng'habit'kan sifat ini dalam diri kita.

Banyak kisah-kisah para sahabat yang menceritakan berkenaan bagaimana mereka mempraktikkan sifat ini di dalam kehidupan mereka dan juga bagaimana mereka boleh ber'istiqomah' dengan sifat ini. Semoga aku mempunyai mase untuk menukilkan contoh-contoh kisah yang insyaAllah dapat memberikan kesedaran kepada kita semua, terutamanya aku...

Banyak perkara yang berkaitan dengan topik ini, tapi aku dah malas nak menulis lah tentang hak kepada orang lain ni..kalo aku ade mood nanti, insyaAllah aku sambung balik...

wallahua'lam..


Friday, October 2, 2009

Keseimbangan Diri 1


Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat ilahi kerna masih memberi peluang bagi aku meneruskan kehidupan di muka buminya ini dan sekali gus menghirup seberkas ilmu dan pengalaman bagi panduan hidupku sehingga ke akhir hayat. Salam kasih sayangku buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Berbicara mengenai keseimbangan diri, tiba2 hatiku terdetik untuk menulis tentang topik ini.

Kehidupan pada dasarnya, mempunyai beberapa hak yang perlu ditunaikan bagi melengkapkan suatu rantaian kehidupan seorang insan yang dicipta oleh Allah S.W.T di muka bumi yang bakal hancur ini. Menyedari hakikat ini, aku cuba membahagikan kehidupanku kepada beberapa hak yang perlu aku penuhi.

Hak yang pertama adalah hak yang paling penting dalam kehidupanku iaitu hak kepada Allah S.W.T. Allah S.W.T telan banyak mengajar kita bagaimana menunaikan hak kepada-Nya melalui Al-Quran ataupun melalui perantaraan Nabi Muhammad S.A.W. Sejak kebelakangan ni, aku acap kali menghitung amalanku sebagai usahaku untuk menunaikan hak yang satu ni. Dan acap kali itu juga, aku merasa semakin hina, rendah diri dan tidak mampu untuk memenuhi tuntutan hak ini. Aku sering bertanya kepada diriku,

"aku sentiasa sembahyang, tetapi adakah aku sembahyang di awal waktu??, adakah aku solat berjemaah di tempat azan dilaungkan??, adakah aku sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan tuhan pencipta alam ini??, adakah aku betul2 ikhlas ketika melakukan ibadah dihadapan-Nya??, dan banyak lagi persoalan yang bermain di benakku ini.."

Lama-kelamaan aku menjadi semakin tidak kuat untuk menunaikan hak ini. Namun begitu, aku sentiasa berharap allah S.W.T. akan menerima segala amalanku kerana aku yakin bahawa rahamat, kasih sayang dan limpah kurnia-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang lemah ini amat luas sekali. Aku sertakan sebuah hadis bagi tatapan kita semua,

Abu Said al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a. berkata : Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Tiada seorang di antara kamu yang dapat selamat kerana amalanya sendiri, Sahabat sahaya bertanya : Engkau juga tidak ya Rasulullah? Jawab Nabi Muhammad S.A.W : Saya juga tidak, kecuali Allah S.W.T. meliputi saya dengan rahmat-Nya. Kerana itu, sedang-sedanglah kamu, dan tepatkanlah segala perbuatanmu, dan beramal di waktu pagi dan petang, dan sedikit di waktu malam, sederhanalah supaya sampai dengan selamat.
(tanbihul ghafilin)

Melalui hadis ini, dapatlah kita pelajari bahawa, kita perlulah bersederhana ketika menunaikan tuntutan hak Allah S.W.T. kerana pekerjaan yang sedikit tetapi berkualiti adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tidak berkualiti.

Allah S.W.T. teramatlah luas limpah kurniaan-Nya kepada hamba-hamba- Nya, oleh itu, kita sebagai hamba tidak boleh berputus asa dalam melakukan amal perbuatan sekalipun kita merasakan banyak kekurangan terhadap amalan kita.

aku sisipkan sebuah lirik lagu dari kumpulan Mawaddah, semoga dapat dihayati bersama ,


Terimalah Taubatku
Album : Kembali Kepada Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu

Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku 3x



To be continued...