Tuesday, December 29, 2009

monolog 2..



sebelum korang start bace, aku nak ingatkan yang aku merepek je dalam post kali ni, so, tak yah bace pun tak pe...

Assalamu’alaikum..

Tiba-tiba teringat di saat awal-awal penglibatan aku dalam jemaah kedua aku ni, aku jadi cam robot, orang suruh ape pun, semua aku buat, tak kisah pun…kenape ek??

Yang aku tahu, aku masuk jemaah kedua aku ni pun sebab aku nak kembangkan sayap da’wah aku..

Aku bukan kesah sangat pun untuk berintima’ dengan mane-mane jemaah, sebab dalam fikiran aku, yang penting adalah ISLAM…

Aku nampak perkara yang jemaah lain tak ‘cover’ yang di’cover’ dalam jemaah kedua aku ni…

So, aku pun amik je peluang yang ada..

Tapi..

Lama-kelamaan, aku makin rapat dengan jemaah kedua ni, jemaah pertama aku, aku stil’ keep in touch’, tapi tak sekerap aku bersama dengan jemaah kedua aku ni…

............................................................................................


Kedua-dua jemaah ni memerlukan pengorbanan, dan kedua-duanya mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing..

Aku rase bahagia sebab Allah ta’ala tunjukkan aku 2 jalan yang saling melengkapi antara satu sama lain…

Jalan yang terang buat diri yang kelam macam aku ni..

Sekarang ni, terpulang pada aku je nak terus istiqomah dalam JALAN DA’WAH ini atau tak..

.......................................................................................

Dari awal penglibatan aku dalam bidang da’wah dan gerakan ISLAM ni, aku sangat-sangatlah mencintai BIDADARI

Kadang-kadang perkara nil ah yang menjadi motivasi paling kuat bagi aku…dalam hati ni, nak je aku mintak Allah untuk matikan aku cepat di atas JALAN DA'WAH ni, tp bila fikir semula, rasa macam tak cukup persiapan lagi lah pulak..

Haih..

Tapi, lama-kelamaan, baru aku faham, keredhaan Allah S.W.T mengatasi segala ni’mat yang diciptakan-Nya..

Tapi kan…stil bidadari tak boleh nak hilang jugak dari hati aku ni…hehehe..

Aku belum kahwin lagi, so memang aku impikan ainul mardhiyah je lah kan..

Kalau aku dah kahwin nanti, aku kena usahakan macam mane isteri aku boleh jadi penghulu bidadari aku…


Aku nak merepek setakat ni je, aku tak suruh korang bace pun kemerepekkan aku ni…kalau sape yang dah terbace, korang tak rase aku ni macam budak-budak ke??..budak-budak mane boleh fikir pasal kahwin kan??..

Wallahua’lam..

p/s : aku tak berminat nak tulis post yang serius-serius sejak kebelakangan ni, sebab aku pun macam baru pulih dari kecederaan IMAN…

Sunday, December 20, 2009

Corak Hati


Assalamu’alaikum..


Memetik mafhum kata-kata Ibn Atho’illah di dalam kitabnya Al-Hikam,

“ tiap sesuatu yang terkeluar dari mulut seseorang akan melambangkan bentuk corak hatinya. “


Sahabat-sahabat yang aku kasihi sekalian,

Ibarat sebuah lori yang terisi dengan buah tembikai, apabila lori tersebut terbalik, InsyaAllah benda yang pasti akan terkeluar adalah buah tembikai…tak kan terkeluar perkara yang lain selain buah tembikai tersebut..

Begitu juga dengan hati kita, apabila hati kita dipenuhi oleh perkara dunia, mulut kita akan kerap mengalunkan perkara dunia tersebut sama ada secara sedar atau tidak sedar.

‘seseorang yang di dalam hatinya penuh rasa CINTA kepada makhluk, nama dan cerita mengenai makhluk tersebut akan sentiasa meniti dibibirnya…jika tidak disebut walau sekali, diri menjadi tidak keruan.’

Begitu juga dengan mereka yang memenuhkan hatinya dengan rasa CINTA kepada IILAHI, alunan zikrullah akan sentiasa meniti dibibirnya, dan jika tidak disebut walau sekali, pasti akan timbul rasa resah dan gelisah di dalam diri.


Apa significantnya aku menceritakan tentang perkara ini?


Di saat kematian kita nanti, yang akan terkeluar dari mulut kita dengan izin-Nya adalah perkara yang selalu berlegar-legar di dalam hati kita.

Tidak hairanlah jika seseorang yang terlampau cintakan dunia, di akhir kalamnya, dia menyebut tentang rumahnya, kerjanya, hartanya, perniagaannya dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan dunia ini.

Dan beruntunglah bagi mereka yang memenuhkan hatinya dengan rasa cinta dan rindu kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, mudah-mudahan apa yang berlegar di ruang hatinya itu dapat menyelamatkannya ketika menghadapi sakaratul maut nanti.


Sabda Rasulullah S.A.W,

“Tiap sesuatu ada alat pembersihnya, dan yang membersihkan hati itu ialah zikir kepada Allah ( igat pada ajaran tuntutan Allah “

(tanbihul Ghafilin)


Ketahuilah bahawa zikir kepada Allah itu mengandungi 5 jenis kebaikan :

  • Tanda keredhaan Allah di dalmnya.
  • Menambah kerajinan berbuat taat.
  • Terlindung dari syaitan selama berzikir.
  • Melunakkan hati.
  • Mencegah dari ma’siat.

Wallahua’lam.

p/s : teringat persoalan yang dilontar oleh sahabat-sahabat seusrah malam tadi, salah seorang dari mereka bertanyakan tentang bagaimana untuk mengelakkan diri dari melakukan ma’siat. Sebagai naqib, aku hanya menjawab seupaya yang aku mampu berdasarkan ilmu yang sangat kurang ini. Aku menyatakan bahawa, jawapan terhadap soalan tersebut terdapat dalam intipati zikir yang diajarkan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani kepada salah seorang anak muridnya, iaitu, “ Allahu Ma’i. Allahu Nazori, Allahu syahidi.” ( Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku). Daripada zikir tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa, jika seseorang itu merasakan Allah sentiasa bersamanya dan memerhatikanya, pasti dia tidak akan tergamak untuk membuat walau satu dosa sekalipun. Aku juga sedang berusaha merasakan ni’mat kebersamaan dengan Allah ini dalam kehidupan. Semoga dipermudahan oleh-Nya.

Monday, December 14, 2009

Perjalanan yang masih panjang..


Assalamu’alaikum…

Duhai kekasih yang dirindu, aku panjatkan kesyukuran kepada-Mu di atas selautan kurnia yang tiada penghujungnya.

Duhai kekasih Ilahi, selawat salam serta seinfiniti kasih sayang ku curahkan buatmu duhai kekasih golongan yang dikasih-Nya.

Setapak demi setapak langkah diatur dalam menyusuri kehidupan yang menguji ini. Kadang-kala tersungkur, kadang kala berlari laju, namun insan tak pernah berputus asa untuk terus melangkah mengharungi jalan yang panjang ini.

Bertatih dalam medan da’wah menjadikan kita ketinggalan berbanding pejuang-pejuang yang telah berjaya menggapai janji Allah di medan a’wah ini.

Satu persoalan terdetik di hati setiap insan yang sedar akan hakikat perjalanan usaha da’wah ini,


“mengapa aku tidak boleh terus melangkah laju seiring mereka yang telah berjaya?”


Masalah hati, kurang daya juang, kurang ilmu, kurang keyakinan, malas, banyak bermain dan masalah-masalah lain telah menyebabkan usaha da’wah ini ‘menangis’ kerana kelesuan da’ie yang merencatkan usaha da’wah ini. Tangisan yang tidak mungkin didengari kecuali bagi insan yang menyerahkan seluruh jiwa dan hartanya bagi perjuangan di atas jalan da’wah ini.

Sekali melangkah di jalan da’wah ini, tiada alasan untuk kita berpatah semula. Tiada yang lebih bahagia andai kita dapat mengharungi jalan ini dengan penuh bersedia dan istiqomah.

Kebersediaan yang bukan dibuat-buat, kebersediaan yang bukan datang dengan sendirinya, tetapi kebersediaan yang lahir dari proses pentarbiyah jangka panjang yang tak pernah kenal erti jemu dan putus asa.

Istiqomah yang bukan dibuat-buat, istiqomah yang bukan datang dengan sendirinya, tetapi istiqomah yang lahir dari jiwa yang merasai kemanisan bergerak di atas jalan da’wah ini.


Teringat lagi di saat BAI’AH dilafazkan,

Janji-janji manis kutaburkan di saat berhadapan dengan makhluk,

Janji yang penuh kepalsuan,

Janji yang tidak didasari kefahaman,

Janji yang tidak diertikan lafaznya,

Janji yang tidak dimaksudkan ungkapannya,

Janji yang meniti di bibir-bibir penipuan,


Pabila janji tak hadir dari hati,

Ibarat menempah jalan berduri,

Manakan mungkin untukku berlari,

Di atas jalan yang meluka diri.


Kerap juga aku bertanya kepada diri,

Sampai bila kan terus begini??


“ Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada allah ( untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah ( apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. “

(surah al- Ahzab : 23)


MEREKA berjanji dan mereka mengecapi janji Ilahi,

MEREKA berjanji dan mereka menunggu datangnya takdir Ilahi,

MEREKA berjanji dan tidak mengubah janji yang terpateri.


BAGAIMANA DENGAN KITA??

wallahua’lam

Sunday, December 13, 2009

Hukum mengucapkan ucapan selamat bagi perayaan-perayaan agama orang bukan ISLAM.


Assalamu’alaikum..

Dalam mu’ammalah kita seharian, pasti akan berlaku banyak interaksi antara kita dengan orang bukan islam. Apabila interaksi ini berlaku, banyak masalah yang akan timbul berkaitan dengan hukum dan batasan pergaulan antara kita orang islam dengan mereka. Sebagai contohnya, masalah aurat antara kits dengan bukan islam yang mempunyai jantina yang sama dan permasalahan seperti yang tertera pada tajuk posting kali ini.

Tuntutan menjaga hubungan sesama manusia menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengucapakan ucapan selamat kepada rakan-rakan kita yang meraikan perayaan agama mereka. Ulama’ bersilih pendapat tentang perkara ini, namun kita sebagai orang awam hendaklah bijak menerima pakai hukum yang diistinbatkan oleh para ulama’ tersebut berdasarkan hujah-hujah mereka dan situasi persekitaran kita.

Aku sisipkan beberapa pendapat ulama’ berkaitan perkara ini untuk rujukan kita bersama ;


Dr Muzammil siddiqi (President of the Fiqh Council of North America)

“You may wish happy holidays to your Christian friends, relatives or neighbors. If they give you gifts, you should thank them and accept them with cheer and should also remember them at the time of Islamic holidays.”


Sheikh Ahmad Kutty, (A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada.)

“Muslims are to wish everyone the best; there is nothing wrong in wishing Christians a happy Christmas or happy season as long as you are clear in your mind that you are not condoning the specific Christian beliefs about divinity of Jesus, etc.”



Dr Yusuf al-Qaradhawi

Laman islam-0nline memuatkan salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi :

ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”

Berdasarkan kenyataan ini, yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.


Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid, (ahli majlis fatwa kerajaan arab Saudi)


Beliau berpendapat perbuatan mengucapkan selamat pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam. Beliau berhujah, hari perayaan agama kaum lain pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia termasuk dalam golongan mereka ” (Sahih riwayat Abu Daud).


Prof. Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor , (Pensyarah Akdemi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

adalah jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari raya kaum bukan Islam seperti memasang lampu warna-warni di sekeliling rumah, menghias rumah dengan pokok krismas, menyertai perarakan Thaipusam dan lain-lain kerana amalan ini ada hubung kait dengan akidah. Begitu juga adalah haram bagi umat Islam jika mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran agama mereka jika ianya bermaksud untuk sama-sama berhari raya dengan mereka, merelai kekufuran mereka dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama (mereka).

Tetapi jika maksud ucapan ‘selamat’ pada hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, maka saya kira pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekaligus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka. Sama seperti sekiranya mereka menghulurkan makanan yang halal kepada kita dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih dengan makanan atau hadiah yang diberi, saya kira ia tidak ada kena mengena dengan akidah, bahkan kita harus menerimanya selagi mana ia adalah halal dan suci.

Wallahua’lam.

Friday, December 11, 2009

Strategi Kemenangan dalam Peperangan 5 ( last)


sambungan..


Strategi peperangan yang baik dan teratur

Perkataan 'strategi' berasal daripada perkataan Greek strategos, iaitu istilah ketenteraan untuk menerangkan kemahiran seorang panglima perang. Ia merujuk kepada perancangan seorang panglima perang mengatur pasukannya dengan matlamat menewaskan pihak musuh.

Carl von Clausewitz, ahli teori seni perang di abad ke-19, menyatakan strategi sebagai usaha merangka perancangan perang dan membentuk kempen individu termasuklah membuat keputusan penglibatan individu tersebut (The Essentials of Strategy, 2006: xiii).

Secara ringkasnya, strategi adalah cara panglima tentera untuk mencapai objektif pasukan tenteranya.

Tiada keraguan bahawa strategi Rasulullah dalam beberapa siri peperangan telah menghasilkan konsep ketenteraan Islam yang menjadi asas dalam menangani konflik persenjataan. Konsep ini harus dikembangkan bersama perkembangan tamadun itu sendiri demi survival umat dan tidak harus dipinggirkan dari arus perdana pemikiran umat Islam khasnya.Saidina Umar pernah menjelaskan bahawa :

“Kebenaran yang tidak ada perancangan akan dapat ditewaskan dengan kebatilan yang terancang”

Oleh itu, penyusunan sesuatu strategi perlulah dilakukan secara teliti dan terperinci bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran sesuatu misi peperangan.

p/s : Sebagai suatu cadangan, konsep SWOT boleh diadaptasi untuk melahirkan idea strategi yang berkesan.



Rancangan yang dirancang dibawah wahyu dan bantuan Allah

Bagi mu’min, segala perancangan ataupun perbuatan hendaklah disandarkan kepada Allah S.W.T sahaja kerana hanya Dia sahajalah yang dapat menetukan kejayaan atau kegagalan sesuatu strategi atau perancangan tersebut.

‘ (Ingatlah), ketika orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata, “ Mereka itu (orang mu’min) ditipu agamanya.” (Allah berfirman), “Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa , Maha Bijaksana. ‘

( surah al-anfal : 49)


Sebenarnya, terdapat banyak lagi strategi kemenangan yang dapat digarap dari sejarah orang-orang yang terdahulu, namun, atas kelemahan diri aku, hanya inilah yang dapat aku catatkan. Segala teguran ke atas sebarang kesilapan di dalam artikel ini amatlah dialu-alukan.

Wallahua’lam.

Thursday, December 10, 2009

Perlu Hipokrit!!!


Assalamu’alaikum..


Mesti ada di kalangan korang yang bace tajuk post aku kali ni, akan brase bengang dan menyampah dengan aku kan…pedulik ape aku!!


Apsal pulak kena hipokrit??

Hipokrit tu bukan munafik ke??

Munafik ni musuh dalam selimut bagi orang islam!!!


Hahaha….. jangan gelabah d0L …


Jom kita periksa maksud hipokrit dalam kamus dewan….maksud hipokrit adalah lebih kurang cam ni, orang yang berpura-pura berperangai baik atau memperlihatkan perangai berlainan daripada yang sebenarnya...


Bro/ sis ,


Aku dah muak sangat dengar korg cakap,


“dia tu pura-pura je baik depan orang lain, kalau kat belakang orang, fuh mengalahkan setan…”

“si fulan tu, kalau jalan depan pempuan/lelaki, pijak semut pun tak mati, kalo kat belakang pempuan/lelaki…..”

“ ko kenal budak …………… tu ??..dia, kalo depan orang ramai, punyer lh poyo giler, berlagak ‘elegant’ lah kononnya, padehal………”


Dan ayat-ayat lain yang korang biase gunakan untuk menunjukkan kejengkelan korg terhadap orang yang bersifat talam 2 muka ni…

Bro / sis,


Perkara pertama yang aku nak beritahu korang adalah, korang dah lakukan 1 dosa, ape dosa tu???

MENGUMPAT!!!


Ke -2, aku nak kita same-same fikirkan semula, betul ke hipokrit ni salah dalam semua tempat dan keadaan??

Aku bagi 1 situasi,

Alkisahnya, ada sorang manusia ni yang amat ‘sengal’ perangainya di hadapan sahabat-sahabat rapatnya. Pada suatu hari, dia diberi tanggungjawab untuk mengetuai sebuah program yang mana, ahli-ahli jawatankuasa program tersebut adalah kebanyakannya orang-orang yang asing bagi dia ( kire tak rapat sangat lh..). Dalam situasi cmni, perlu bagi dia untuk berlagak ‘tsiqoh’, sebab ape?? Cuba lah korang bayangkan kalau dia buat perangai ‘sengal’ dia tu depan orang lain, korang raselah kn, nak ke ahli-ahli organisasi dia yang lain hormat dan mengikut ape yang dia cakap??.. memang nampak poyo bangang dan menyakitkan hati, tapi cuba korang fikir baik-baik tentang akibat kalau dia tak ‘hipokrit’ macam tu…

Bro / sis,


Aku tak nafikan langsung yang benda ‘pura-pura’ ni biasenya tak kan kekal lama. Dan once muka sebenar kita terdedah pada orang lain, habis runtuh segala kepercayaan yang dibina selama ni.


Tapi… Kita mesti ingat bahawa, jika seseorang itu selalu sangat berlagak baik, manalah tahu pada suatu masa nanti, dengan izin Allah, perkara baik tu akan jadi ‘habitual action’ bagi dia. ..who knows??

Bro / sis,


Bukanlah tujuan aku menulis ni sebab nak back up sangat budak-budak hipokrit ni ( kemungkinan aku pun termasuk dalam golongan ni ..), tapi, aku hanya tak nak sifat husnuzzhon (sangka baik) hilang dalam diri setiap dari kita.

Kita cenderung menghukum, tak pernah fahami hati budi orag yang kita hukum tu..(ni aku tak cakap semua kita adalah penghukum ye, jz aku cakap ni untuk orang yang terasa jer..)

Last sekali, aku mintak maaf banyak-banyak…aku bukan nak attack sesape..juz nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni jer dan nak ingatkan diri aku juge…. Aku akhiri tulisan kali ni dengan memetik mafhum sebuah hadis dari Rasulullah S.A.W buat tatapan bersama ;

“ anda mendapati sejahat-jahat manusia di sisi Allah adalah orang yang bermuka dua, yang menemui mereka ini dengan satu muka, dan menemui mereka itu dengan muka yang lain.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim dan yang lainnya)

Wallahua’lam..

Strategi Kemenangan dalam Peperangan 4


sambungan..

Maklumat perisikan yang terancang.

Maklumat adalah asas di dalam sesuatu perancangan dan tindakan, aspek ini tidak pernah diabaikan oleh baginda dalam sebarang tindakannya lebih-lebih lagi tindakan ketenteraan yang tentunya menjadi amat penting kerana ia banyak membantu mencapai kemenangan dalam sesuatu peperangan. Sebagai contoh, baginda Rasulullah S.A.W sendiri melaksanakan tugas mengumpul dan menganalisa maklumat yang diperolehi sebelum melancarkan serangan.

Sebagai buktinya ada riwayat yang menceritakan bahawa, sebelum peperangan Badar bermula, Rasulullah S.A.W sendiri dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar r.a. telah membuat tinjauan mengenai kedudukan tentera musuh.

Menurut seorang bekas pegawai tentera darat Malaysia, perisikan ialah satu ‘foundation’ dimana operasi ketenteraan dibina dan juga sebagai asas kepada pengubalan doktrin, taktik,latihan dan keperluan peralatan. Perisikanbukanlah satu fungsi bantuan tempur (combat support function) tetapi satu elemen tempur yang penting atau komponen kuasa tempur (component of combat power) dan menjadi naluri kepada Panglima/Komander mengguna kuasa tempur di waktu dan tempat yang tertentu.

Kepentingan perisikan ini juga dapat diambil dari beberapa kata-kata Sun Tzu di dalam karyanya, The Art of War. Antara kata-kata beliau adalah,


“Raja dan panglima yang bijak boleh menewaskan musuh jika mereka bergerak dan mencapai kejayaan melebihi orang biasa kerana mempunyai maklumat awal. Maklumat tersebut tidak dapat diperoleh daripada makhluk halus, dewa atau pengalaman mahupun telekan nujum. Ia mesti diperoleh daripada orang yang mengetahui situasi musuh."

“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat.”


Daripada bukti-bukti di atas dapatlah kita ketahui bahawa penggunaan khidmat perisikan adalah sangat penting dalam penyusunan strategi dan penentuan menang kalah dalam suatu pertempuran.

Terdapat banyak cara perisikan yang dapat dilakukan, dan cara yang paling konvensional adalah melalui HUMINT iatu human intelligence. Dewasa ini, segala teknologi telah digunakan bagi tujuan perisikan ini, dari cryptology hinggalah mesin penganalisis data, semuanya telah dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam gerak kerja perisikan ini. Walaubagaimanapun, menurut Sun Tzu, terdapat lima kelas/jenis perisikan iaitu ;

  1. Local spies : melantik perisik di kalangan penduduk di kawasan musuh
  2. Moles : menggunakan seseorang yang bekerja atau berkhidmat dengan organisasi musuh (secara rasmi) untuk membawa keluar sebarang maklumat dari musuh.
  3. Double agents : menggunakan khidmat perisik musuh yang telah ditangkap untuk kebaikan organisasi kita.
  4. Doomed spies : melakukan sesuatu perkara secara terbuka untuk tujuan helah dan membenarkan perisik yang dilantik oleh kita untuk membocorkan rahsia atau identiti perisik-perisik lain yang dilantik oleh kita.
  5. Surviving spies : menggunakan maklumat yang dibawa keluar oleh ahli kita yang dapat emloloskan diri dari kawasan musuh.

Manakala di dalam unit tentera di Malaysia, unit perisikan dibahagikan kepada 3 bahagian secara umumnya iatu ;

Strategik.

Perisikan ini merangkumi semua aspek yang mampu dilakukan oleh pihak lawan atau musuh. Maklumat yang diperoleh di lapisanini adalah luas dan terlalu umum merangkumi hal ehwal ketenteraan dan awam. Pihak atasan atau pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk menggubal dasar seringkali menggunakan Perisikan Strategik. Kutipan maklumat ini adalah pelbagai cara dan yang paling mudah ialah melalui sumber terbuka. Disamping itu, data yang diperoleh di peringkat operasional dan taktikal juga dimajukan ke pihak atasan untuk mengisi gambaran strategik.*

Operasional.

Perisikan dalam lapisan iniadalah lebih mendalam kerana kawasan tanggungjawabnya tidak begitu luas seperti bidang strategik. Seringkali perisikan ini dibahagikan mengikut aktiviti: darat, laut dan operasi udara. Panglima-panglima perkhidmatan selalu menggunakan Perisikan Operasi. Cara untuk memperoleh maklumat adalah sama seperti Perisikan Strategik, tetapi data yang diperolehi dari kawasan berkenaan dikaji lebihmendalam dan dianalisa dengan lebih pantas lagi. Perisikan Strategik dikemaskinikan setiap bulan manakala Perisikan Operasional lebih kerap lagi tertakluk kepada semasa.

Taktikal.

lni adalah perisikan combat (diguna dalam CIW) atau perisikan medanperang (battle-field intelligence) dalam Taktikal. lni adalah perisikan combat (diguna dalam CIW) atau perisikan medan perang (battle-field intelligence) dalam peperangan konvensional. Perisikan ini memerlukan data-data yang khusus dan digunakan secepat mungkin setiap hari jika situasi memaksa. Unit-unit di peringkat battalion atau pasukan petugas (task force), akan mengarah anggotanya untuk mengutip maklumat atau data ini. Setelah digunapakai maklumat tersebut akan diedarkan ke pihak atasan.

Melalui maklumat-maklumat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, unit perisikan merupakan satu unit yang penting dalam sesuatu organisasi ketenteraan dan unit juga perlulah diuruskan secara sistematik agar segala maklumat yang telah dikumpul dan diproses dapat digunakan semaksima mungkin.

akan bersambung...

Wednesday, December 9, 2009

Strategi Kemenangan dalam Peperangan 3


Sambungan…


Mewujudkan hubungan yang baik antara peringkat tertinggi kepimpinan dan orang bawahan.

Menurut Sun Tzu, seorang panglima perlulah mengadunkan dan mengharmonikan elemen-elemen ketenteraan yang telah dikumpulkan i.e askar-askarnya sebelum sesuatu kem ketenteraan didirikan.

Menurut Chang Yu pula, keyakinan dan keharmonian di kalangan kepmpinan tertinggi dan orang bawahan amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu peperangan.

Kenyataan Chang Yu diperkuatkan oleh kata-kata dari Wu Tzu iatu,

“ Tanpa keharmonian di dalam negara, ekspidisi ketenteraan tidak dapat dilakukan. Tanpa keharmonian di dalam tentera, tiada angkatan ketenteraan yang dapat dibentuk”

Aku suka memetik kata-kata Sun Tzu terhadap Wu Yuan iatu,

“ sebagai seorang pegawai pemerintah tentera yang menuju ke medan peperangan, masalah-masalah domestic atau dalaman perlulah diselesaikan sebelum berhadapan dengan musuh luaran. “

Kesimpulannya, kita mestilah menyelesaikan masalah dalaman organisasi sebelum sibuk untuk menetang musuh-musuh di luar.


Pembangunan spiritual

Saidina Umar pernah mengungkap kalimah yang menggambarkan peri pentingnya aspek kerohanian untuk menjamin sesuatu kemenangan dan untuk mendapat mardhatillah yang berbunyi:

“Kemenangan itu milik kamu adalah kerana ketaatan kamu kepada Allah dan kemaksiatan musuh Allah.Sekiranya kedua duanya melakukan maksiat maka keutamaan dan kekuatan itu milik musuh kamu.”

Kita boleh mengambil iktibar dari peperangan menakluk Constantinople yang diketuai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda menghantar para tenteranya untuk menjalani latihan kerohanian sebelum mereka bergerak ke medan peperangan kerana baginda sedar bahawa pembangunan spiritual ini amat penting dalam usaha merealisasikan pembinaan pemerintah yang baik, tentera yang baik serta rakyat yang baik.

Akan bersambung…

Strategi Kemenangan dalam Peperangan 2


sambungan..



Melatih atau melantik panglima yang terbaik.

Di dalam sesuatu angkatan ketenteraan, panglima adalah ketua yang menjadi penentu kepada segala-galanya, jika pincang seorang panglima, pincanglah seluruh angkatan tenteranya.

Menurut Rasulullah S.A.W terdapat 3 elemen penting yang perlu dimiliki oleh seorang panglima tentera, elemen-elemen tersebut adalah ;

1) Elemen keilmuan

Ilmu merupakan tunggak bagi pembangunan sesuatu kaum atau organisasi, pemimpin yang berilmu dapat mengarahkan kaumnya atau orang bawahannya ke arah kebaikan dan jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

2) Elemen Kerohanian

‘Sebaik-baik pemimpin adalah insan yang paling bertaqwa di kalangan kamu’

Saidina Umar pernah mengungkap kalimah yang menggambarkan peri pentingnya aspek kerohanian untuk menjamin sesuatu kemenangan dan untuk mendapat mardhatillahi

“Kemenangan itu milik kamu adalah kerana ketaatan kamu kepada Allah dan kemaksiatan musuh Allah.Sekiranya kedua duanya melakukan maksiat maka keutamaan dan kekuatan itu milik musuh kamu.”

3) Elemen Syura

Kepimpinan yang bercirikan syura bermaksud memberi ruang kepada kebebasan memberi pendapat,mengkritik ,membeza pendapat demi mencari formula terbaik untuk masalah ummah


Menurut Sun Tzu, terdapat beberapa kesilapan berbahaya yang berkemungkinan dilakukan oleh seseorang panglima, oleh itu, pemilihan seseorang panglima perlulah diambil kira dari segi sejauh mana seseorang insan tersebut dapat mengelakkan diri dari melakukan kesilapan berbahaya yang dimaksudkan oleh Sun Tzu tersebut. Antara kesilapan berbahaya tersebut adalah ;

  1. Kecuaian, yang membawa kepada kemusnahan.
  2. Penakut, yang membawa kepada penangkapan dirinya.
  3. Tidak dapat mengawal kemarahan
  4. Meletakkan harga diri di atas segala-galanya iaitu, panglima tersebut terlalu sensitif dan mudah berubah emosinya apabila di’trigger’ oleh sesuatu perkara.. Menurut Mei Yao-ch`en, usaha mencari sesuatu kejayaan perlulah dilakukan tanpa mengira pendapat ataupun pandangan orang awam yang lain.
  5. Terlampau mengambil berat terhadap orang bawahannya yang menyebabkan dia mudah berasa risau dan mudah mendapat masalah.

Pemilihan pemimpin tentera yang baik perlulah dititik-beratkan oleh sesebuah organisasi agar matlamat yang ingin dicapai dapat disempurnakan dengan sebaiknya oleh panglima tentera tersebut.

akan bersambung...